Biasiswa juga untuk pelajar asasi, matrikulasi dan A-Level (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ditawarkan kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat asasi, matrikulasi dan A-Level bermula tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Selain itu, elaun biasiswa bagi semua pelajar tajaan yang sedang melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta akan turut diseragamkan.
“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan BKNS dalam menyokong pembangunan pendidikan di negeri ini bagi memastikan lebih ramai pelajar berpotensi mendapat akses kepada pendidikan tinggi,” katanya.
Berucap pada majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini, Ketua Menteri berkata tahun ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah tertinggi untuk biasiswa berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Daripada hanya RM50 juta pada tahun 2020, peruntukan BKNS telah meningkat setiap tahun sepanjang lima tahun lalu, dan mencapai RM136 juta pada tahun 2025.
“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM86 juta berbanding tahun 2019, mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyokong pendidikan anak-anak Sabah,” katanya.
Ketua Menteri berkata bahawa Kerajaan Negeri telah membuat pelaburan yang besar untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dalam pembangunan pendidikan di negeri ini, yang telah memberi manfaat kepada sejumlah 13,550 pelajar dari tahun 2021 hingga 2024.
Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa komitmen Kumpulan Yayasan Sabah amat jelas dengan peruntukan sebanyak RM67.17 juta untuk sektor pendidikan tahun lalu, yang memberi manfaat kepada 3,234 pelajar.
Jumlah ini mencatat peningkatan ketara sebanyak 148.96 peratus berbanding hanya RM26.98 juta pada tahun 2020, katanya, sambil menambah bahawa seramai 10,104 penerima telah mendapat manfaat daripada Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan beliau pada Jun 2022, melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM15.8 juta.
Beliau berkata melalui Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) lebih 48,000 pelajar di seluruh Sabah telah menerima manfaat dalam tempoh lima tahun lalu, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM92.4 juta.
Hajiji berkata inisiatif-inisiatif ini akan terus membantu meningkatkan mutu pendidikan anak anak Sabah serta menyokong pembangunan modal insan yang berkualiti.
Beliau turut menegaskan bahawa selaras dengan usaha memperkukuh dan mempelbagaikan inisiatif bantuan pendidikan di negeri ini, pelbagai jenis bantuan telah dilaksanakan melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas).
Tahun ini sahaja, katanya, sebanyak RM77.5 juta telah diperuntukkan bagi membiayai 14 inisiatif bantuan pendidikan, antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one-off (BUDI); Bantuan Ihsan Komputer (BAIK); Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS SUBFLY); dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA).
Inisiatif bantuan pendidikan ini turut disokong oleh agensi seperti Yayasan Kebajikan Sabah dan Perbadanan Baitulmal Sabah, katanya.
Hajiji berkata pelbagai bentuk bantuan pendidikan yang disediakan melalui jabatan dan agensi berbeza mencerminkan komitmen kuat Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan dan masa depan anak-anak Sabah.
“Kita akan terus memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dijaga dan diberi perhatian sewajarnya, tanpa mengira latar belakang. Kepada golongan belia, belajarlah bersungguh sungguh dan berusahalah mencapai kecemerlangan lebih tinggi.
“Terokailah bidang profesional seperti minyak, gas dan tenaga, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta Kecerdasan Buatan (AI), bagi melahirkan individu berkepakaran tinggi dan berkualiti dari Sabah dalam pelbagai sektor,” katanya.
Hajiji berharap anugerah ini menjadi dorongan kuat kepada para pelajar untuk terus cemerlang dan pada masa yang sama, membantu mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Saya juga ingin mengingatkan semua penerima supaya tidak menjadikan anugerah ini sebagai alasan untuk berasa selesa. Sebaliknya, jadikan ia sebagai aspirasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, demi menyokong agenda Sabah Maju Jaya dan visi Madani negara.
“Pelajar yang menerima Anugerah Biasiswa Kecemerlangan ini memikul amanah dan tanggungjawab yang lebih besar di masa depan. Ini termasuk menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan sebaya, tidak mudah terpengaruh dengan sentimen, retorik berlebihan, atau perkara yang boleh merosakkan negeri dan negara kita,” katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: The Sabah State Scholarship (BKNS) is offering scholarships to students pursuing foundation, matriculation and A-level studies beginning this year, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"Apart from that, the scholarship allowance for all sponsored students currently studying in public and private universities will also be standardised.
"This initiative is part of BKNS's ongoing commitment to support the development of education in the state to ensure that more promising students gain access to higher education," he said.
Speaking at the Sabah Excellence Scholarship Award presentation ceremony at the Sabah International Convention Centre here today, the Chief Minister said this year, the State Government has allocated the highest amount for scholarships compared to previous years.
"From only RM50 million in 2020, the BKNS allocation has continued to increase year by year over the past five years, reaching RM136 million in 2025.
"This marks an increase of RM86 million from 2019, reflecting the State Government's commitment to supporting the education of Sabah's children," he said.
The Chief Minister said the State Government has made significant investments to implement various initiatives in the development of education in the state benefiting a total of 13,550 students from 2021 to 2024.
Meanwhile, he noted that the Yayasan Sabah Group's commitment was evident, with an allocation of RM67.17 million for the education sector last year, benefiting 3,234 students.
It represented a significant increase of 148.96 per cent compared to only RM26.98 million in 2020, he said, adding that some 10,104 recipients benefited from the Sabah State Education Fund (TPNS) that he had launched in June 2022, involving a total expenditure of RM15.8 million.
He said that through the Sabah Islamic Religious Council (MUIS) Zakat and Fitrah Division, more than 48,000 students across Sabah have benefited over the past five years, with a total expenditure of RM92.4 million.
Hajiji said the initiative will help to improve the education standards of Sabah's children and support the development of quality human capital.
He also reiterated that, in line with efforts to strengthen and diversify education aid initiatives in the state, various types of assistance have been implemented through the office of the Deputy State Secretary (Special Task).
This year alone, he said, a total of RM77.5 million has been allocated to fund 14 educational assistance initiatives, among them were the One-Off IPT Registration Cash Aid (BUDI); Computer Assistance Initiative (BAIK); Sabah Student Flight Ticket Assistance (GRS-SUBFLY); and SENTOSA - aid for students in local higher learning institutes.
These education assistance initiatives were also supported by agencies such as the Yayasan Kebajikan Sabah and the Sabah Baitulmal Corporation, he said.
Hajiji said the various educational assistance initiatives provided through different departments and agencies reflected the State Government's strong commitment to safeguarding the welfare and future of Sabah's children.
"We will continue to ensure that the people's well-being is always protected and given due attention, regardless of their background. To our youth, study diligently and strive for greater excellence.
"Explore professional fields such as oil, gas and energy, Technical and Vocational Education and Training (TVET), as well as Artificial Intelligence (AI), to produce highly skilled and quality individuals from Sabah across various sectors," he said.
Hajiji hoped that this award would serve as a strong motivation for the students to excel further and at the same time, help elevate the name of Sabah on the national and international stage.
"I would also like to remind all recipients not to let this award become a reason for complacency. Instead, let it be an aspiration to continue striving for excellence, in support of the Sabah Maju Jaya agenda and the national Madani vision.
"Students who receive this excellent scholarship award carry a greater responsibility and trust in the future. This includes being exemplary role models to their peers, not easily influenced by sentiments, excessive rhetoric, or matters that could ultimately harm our state and country," he said.
Ends
