Pembangunan ekonomi Sabah kini berpaksikan asas kukuh (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini telah meletakkan asas yang kukuh dalam merealisasikan visi dan hala tuju pembangunan ekonomi yang mantap, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Beliau berkata selama lima tahun kebelakangan ini, Kerajaan Negeri telah membina sebuah Sabah baharu yang kuat dan bersatu padu serta mengalu-alukan dunia untuk memanfaatkan kekayaan dan khazanah semula jadi negeri ini demi kehidupan rakyat yang lebih baik.
“Kita ada pelbagai kekayaan– daripada galian seperti emas, tembaga, silika, kelapa sawit, koko dan pelbagai sumber tenaga seperti petroleum mentah, gas, hidroelektrik, arang batu dan banyak lagi.
“Lautan kita pula memberikan hasil laut yang menjadi buruan ramai serta tenaga haba, sambil mengekalkan terumbu karang yang masih asli dan tidak tercemar,” katanya pada majlis Anugerah ASEAN International Business Review (IBR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Hajiji berkata Sabah telah memeterai Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas, yang membolehkan Sabah memainkan peranan lebih besar dan mempunyai hak bersuara dalam industri minyak dan gas di negeri ini sendiri.
“Kita kini mempunyai pegangan ekuiti 50 peratus dalam medan minyak dan gas Samarang, 25 peratus dalam Samur, dan pada 17 Julai 2025, kita telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh 25 peratus ekuiti dalam projek gas asli cecair terapung berhampiran pesisir pantai (ZLNG), juga dikenalai sebagai PFLNG 3
bernilai USD3.1 bilion di Sipitang,” katanya.
“Dari segi pelaburan pula, usaha gigih kita telah membuahkan hasil apabila Sabah mencatat RM17.41 bilion daripada 73 syarikat melalui kelulusan keseluruhan pelaburan asing dan domestik dalam sektor perkilangan sejak September 2020.
“Daripada jumlah itu, 52 syarikat telah memulakan operasi di Sabah dengan jumlah pelaburan sebanyak RM7.8 bilion dan mewujudkan 3,636 peluang pekerjaan,” ujarnya.
Antara tahun 2022 hingga 2024, Ketua Menteri menyatakan Sabah telah menerima cadangan pelaburan baharu berjumlah RM42.3 bilion, yang dijangka mewujudkan 32,996 peluang pekerjaan.
Beliau berkata projek tiga fasa bernilai RM31 bilion oleh Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd yang dilancarkan pada lewat Jun tahun ini akan memberi kesan berganda yang bukan sahaja tertumpu kepada teknologi hijau, malah merangsang inovasi serta memberi manfaat kepada perniagaan dan komuniti di Sabah.
Hajiji menyatakan bahawa disebabkan permintaan tinggi daripada pelabur, Kerajaan Negeri telah meluluskan tiga taman perindustrian baharu masing-masing di Kota Belud, Beaufort dan di utara Kudat bagi Taman Perindustrian Ekonomi Biru – semuanya terletak secara strategik untuk merancakkan peluang pelaburan.
“Kami yakin pembangunan ini membawa petanda positif dalam perjalanan Sabah meneroka ufuk baharu untuk merealisasikan potensi sebenar negeri ini.
“Sabah akan sentiasa mesra pelabur dan kami telah melaksanakan dasar-dasar yang mampu menarik lebih ramai pelabur ke sini. Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif, menyokong pelaburan dan merangsang kerjasama.
“Kami faham betapa pentingnya mewujudkan suasana yang stabil, telus dan menyokong agar pelaburan dapat berkembang,” katanya.
“Kami mengalu-alukan lebih banyak sambungan penerbangan terus supaya pelabur, pelancong dan pengembara perniagaan dapat mengakses Sabah dengan mudah. Laluan baharu AirAsia dari Kota Kinabalu ke Taipei dan Fukuoka adalah satu contoh yang akan memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan pelaburan, dan kami berharap lebih banyak laluan seperti ini akan dibuka tidak lama lagi,” tambahnya.
Hajiji berkata satu industri yang bakal menjadi pemangkin perubahan besar dan menawarkan peluang pelaburan yang luas untuk Sabah ialah Ekonomi Biru, yang telah diwujudkan di Kudat.
“Industri ini dianggarkan mampu menghasilkan 491,000 tan metrik hasil laut seperti ikan dan udang setiap tahun, dengan nilai mencecah RM3.25 bilion. Namun, Ekonomi Biru bukan hanya tentang perikanan laut dalam,” katanya.
Malah, katanya lagi, terdapat 14 komponen dalam Ekonomi Biru yang boleh diterokai termasuk tenaga laut boleh diperbaharui, karbon biru, pelancongan, pengangkutan maritim dan bioteknologi marin, antara lain.
Berhubung tenaga laut, Ketua Menteri berkata salah satu yang paling menarik adalah Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC), yang menjana tenaga daripada lautan.
“Loji kuasa OTEC kita kini dalam perancangan untuk merangkumi sepanjang 500km pesisir pantai dan dijangka mampu menjana 20,000MW tenaga hijau, skala yang belum pernah dicapai di peringkat global. Ini bukan sahaja mencetuskan perubahan besar untuk negara, malah untuk rantau ini,” katanya.
Hajiji berkata dari segi bekalan tenaga, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040, yang dijangka menjana 700MW dalam tempoh 1-2 tahun bagi memenuhi keperluan pelabur dan rakyat.
Begitu juga, katanya, sebanyak RM679.85 juta telah diperuntukkan pada tahun 2024 untuk menangani masalah kekurangan air secara segera, dan pelan jangka panjang termasuklah menyiapkan projek hidroelektrik Ulu Padas yang mampu membekalkan 6,000 juta liter air setiap hari.
Hajiji turut menyatakan bahawa Sabah telah banyak melabur dalam pembangunan modal insan, dengan hampir RM1 bilion telah dibelanjakan untuk sektor pendidikan serta pelbagai program pembangunan belia dari 2021 hingga 2024.
Sempena majlis anugerah, Sabah dinamakan sebagai Negeri Paling Cemerlang Malaysia untuk tahun 2024 atau Most Outstanding State in Malaysia for the Year 2024.
Pengiktirafan ini berdasarkan penilaian oleh satu panel hakim profesional, yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka dari pelbagai bidang, disokong oleh data daripada penilaian menyeluruh yang dilaksanakan oleh penasihat-penasihat pakar.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The present State Government has firmly anchored Sabah’s vision and roadmaps for a robust economic development on solid foundations, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
He said that for the last five years, the State Government has been creating a new Sabah, strong and united, and inviting the world to leverage the state’s natural wealth and treasures to build better lives for its people.
“Our riches are manifold – from minerals such as gold, copper, silica, palm oil, cocoa and multiple energy resources such as crude petroleum, gas, hydroelectricity, coal and more.
“Our oceans benevolently give us the abundance of some of the most sought-after seafood delicacies and thermal energy while maintaining pristine and untouched coral reefs,” he said at the International Business Review (IBR) ASEAN Awards at the Sabah International Convention Centre (SICC) here tonight.
Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun delivered his speech.
Hajiji said Sabah had sealed the Commercial Collaborative Agreement with Petronas, allowing the state to have more participation and more say in the oil and gas industry in Sabah itself.
“We now have 50 per cent equity from the Samarang oil and gas field, 25 per cent equity from Samur, and on 17 July 2025, we signed an agreement with Petronas to acquire a 25 per cent equity in the USD3.1 billion floating liquefied natural gas (ZLNG), also known as PFLNG 3, a shore based US$3.1 billion LNG investment in Sipitang,” he said.
“On the investment front, our hard work paid off when Sabah recorded RM17.41 billion from 73 companies in overall approved foreign and domestic investments in the manufacturing sector since September 2020.
“Of these 73 companies, 52 have already set up businesses in the state with a total investment of RM7.8 billion, creating 3,636 jobs,” he said.
Between 2022 and 2024, the Chief Minister stated that Sabah has received new investment proposals worth an additional RM42.3 billion, which will create 32,996 jobs.
He said the three-phase RM31 billion Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd launched at the end of June this year is set to create a ripple effect extending beyond green technology to spur innovation, drive benefits for businesses and communities in Sabah.
Hajiji said that due to high demand from investors, the State Government has approved three new industrial parks in Kota Belud, Beaufort and in the north, Kudat for the Blue Economy Industrial Park - all strategically located to grow investment opportunities.
“We are confident this development bodes well for Sabah as the state progresses in its journey to explore new horizons to realise the state’s full potential.
“Sabah will always remain investor-friendly, and we have implemented policies to attract more investors here. We are committed to creating a conducive space that nurtures investments and fosters collaboration.
“We understand the importance of creating a stable, transparent, and supportive environment for investments to flourish,” he said.
“We welcome more direct connectivity so that investors, tourists and business travellers have easy access to Sabah. AirAsia’s new Kota Kinabalu-Taipei-Fukuoka route is one example that would benefit both the tourism and investment sectors, and we look forward to many more opening up in the near future,” he said.
Hajiji said that one industry that will be a game changer and offer immense investment opportunities for Sabah is the Blue Economy, which has been established in Kudat.
“This sector is estimated to yield 491,000 metric tons of marine harvests such as fish and prawns annually, with a value of RM3.25 billion. But, there is more to Blue Economy than just deep-sea harvesting,” he said.
In fact, 14 components of the Blue Economy can be explored, such as renewable ocean energy, blue carbon, tourism, maritime transport, and marine biotechnology, among others, he said.
On ocean energy, the Chief Minister said one of the most exciting is the Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC), which harnesses energy from our oceans.
“OTEC power plants are currently being planned to span 500km of coastline and, in time, to be able to generate 20,000MW of green energy, an unprecedented scale globally. This is not only a gamechanger for the country, it’s a gamechanger for the region,” he said.
Hajiji said that as far as power supply is concerned, the State Government has launched the Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040, which is expected to generate 700MW in the next 1-2 years to meet the needs of investors and citizens.
Likewise, he said RM679.85 million has been allocated in 2024 to address immediate water shortages, and long-term plans include the completion of the Ulu Padas hydropower project, which has a daily release capacity of 6,000 million litres of water.
Hajiji said Sabah has also invested substantially in human capital development, with close to RM1 billion spent on education as well as on various youth development programmes from 2021 to 2024.
At the Awards ceremony, Sabah was named Malaysia’s Most Outstanding State for 2024.
The recognition was based on the assessment by a panel of professional judges, comprising prominent figures from diverse fields, supported by data from a comprehensive evaluation conducted by expert advisors.
Ends
