2,515 Sertai MAPPA XX Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah melepaskan peserta Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Zon Sabah ke-20 yang berlangsung di Stadium Likas, dekat sini malam ini.
Seramai 2,515 peserta dari sektor kerajaan dan orang awam telah mengambil bahagian dalam larian tersebut yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5km dan 10km.
Kira-kira 1,700 peserta menyertai larian sejauh 5km manakala 815 lagi menyertai kategori 10km.
MAPPA XX telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Sabah.
Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Panglima Christina Liew; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor flagged off the 20th Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Sabah Region at Likas Stadium, near here tonight.
A total of 2,515 participants from the government sector and members of the public took part in the run divided into the 5km and 10km categories.
Some 1,700 participants ran the 5km distance while another 815 took part in the 10km category.
MAPPA XX was organised by the Federal Public Service Department through the National Institute of Public Administration (Intan) Sabah.
Also present were State Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Panglima Christina Liew, Public Service (Development) Deputy Director General Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail and State Federal Secretary Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa.
Ends
