Membebaskan belia Sabah daripada perangkap kitaran pengangguran (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya usaha memperkukuh  ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan  belia Sabah berdaya saing dalam pasaran kerja dan tidak lagi terperangkap dalam  kitaran pengangguran. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata penubuhan Majlis TVET  Sabah pada Mei tahun ini merupakan satu anjakan paradigma yang penting dalam  landskap pembangunan TVET negeri. 

Beliau menegaskan bahawa TVET tidak lagi boleh dianggap sebagai sekadar satu  pilihan. 

“Sebaliknya, ia perlu diterima sebagai pilihan arus perdana dalam usaha melahirkan  tenaga kerja berkemahiran yang mampu membentuk masa depan Sabah. TVET bukan  hanya memberikan kemahiran teknikal, malah memperkasa individu, mewujudkan  peluang pekerjaan dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya  sempena Simposium TVET Sabah di Magellan Sutera Harbour, di sini hari ini. 

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan  dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.  

Hajiji berkata Kerajaan Negeri menyedari bahawa kemahiran teknikal dan vokasional  adalah tunjang kepada pembangunan negeri yang kaya dengan pelbagai potensi  termasuk sumber asli, sektor minyak dan gas, pertanian, pelancongan dan pembuatan. 

“Namun, untuk meneruskan pertumbuhan sektor-sektor, kita memerlukan modal insan  berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi kehendak industri yang semakin rancak  membangun di negeri ini,” katanya. 

Dalam konteks ini, Ketua Menteri menekankan peranan penting ibu bapa dan  masyarakat. 

“Kerajaan Negeri menyeru golongan belia untuk melihat TVET sebagai pilihan utama  dan bukan sekadar alternatif dalam merancang masa depan mereka. TVET sepatutnya  dilihat sebagai satu pilihan bijak yang mampu melahirkan profesional, usahawan dan  inovator masa hadapan.

“Belia Sabah perlu merebut peluang untuk menyertai bidang TVET kerana kursus kursus yang ditawarkan hari ini adalah selari dengan kehendak pasaran kerja semasa,  sekali gus menjamin kebolehpasaran graduan,” katanya. 

Tambah beliau, dalam era Revolusi Industri 4.0 dan gelombang pendigitalan, kemahiran  dalam bidang teknikal, automasi dan kecerdasan buatan (AI) merupakan aset yang  amat bernilai. 

“Jika belia Sabah tidak dilengkapi dengan kemahiran ini, kita akan ketinggalan dalam  arus perubahan ini. Maka, TVET ialah platform terbaik untuk membina tenaga kerja  berkemahiran tinggi yang akan memacu kemajuan Sabah,” katanya. 

Menurut beliau lagi, komitmen kerajaan dalam membangunkan modal insan jelas dapat  dilihat menerusi pelbagai inisiatif dan pelaburan. 

“Usaha-usaha yang kita kini mula membuahkan hasil. Statistik terkini menunjukkan  kadar pengangguran di Sabah telah menurun daripada sekitar 8.2 peratus pada tahun  2021 kepada 7.5 peratus pada tahun 2023. 

“Meskipun kadar ini masih tinggi berbanding kadar pengangguran kebangsaan, namun  trend penurunan ini amat memberangsangkan dan mencerminkan keberkesanan  pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi dan modal insan yang dilaksanakan oleh  kerajaan,” katanya. 

Namun begitu, beliau berkata data Jabatan Perangkaan menunjukkan Sabah masih  berdepan cabaran apabila lebih separuh atau 58.6 peratus daripada jumlah penganggur  di negeri ini terdiri adalah golongan belia berumur 15 hingga 24 tahun, manakala 55.8  peratus daripada keseluruhan penganggur hanya mempunyai kelayakan pendidikan  sehingga peringkat sekolah menengah sahaja. 

“Angka ini jelas menunjukkan bahawa ramai belia memerlukan latihan kemahiran dan  pendidikan lanjutan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka,” katanya. 

Sehubungan itu, katanya, simposium bertemakan ‘TVET Mampan untuk Masa Depan  Modal Insan Sabah: Ekosistem TVET Bersepadu’ amat bertepatan dengan keperluan  semasa negeri Sabah. 

Hajiji berharap para peserta dapat memanfaatkan peluang ini untuk mewujudkan  jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak industri sepanjang dua hari  simposium berlangsung. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The State Government fully supports the strengthening of the  Technical and Vocational Education and Training (TVET) ecosystem to ensure Sabah  youths are competitive in the job market and no longer trapped in the unemployment  cycle. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the establishment of the  Sabah TVET Council in May this year was a significant paradigm shift in the state’s  TVET development landscape. 

He reiterated that TVET must no longer be viewed merely as a choice. 

“Instead, it must gain traction as the mainstream education choice in the bid to produce  a skilled workforce that can create Sabah’s future. TVET is not just about providing  technical skills as it empowers individuals, creates job opportunities, and acts as a  catalyst for the state’s economic growth,” he said at the Sabah TVET Symposium at the  Magellan Sutera Harbour here today. 

His speech was read by Deputy Chief Minister II/Minister of Local Government and  Housing Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

Hajiji said the State Government recognised that technical and vocational skills are  fundamental to the development of the state, which is endowed with diverse potential  from natural resources, the oil and gas sector, agriculture, tourism and manufacturing.  

“However, to sustain the growth of these sectors, we need a highly skilled workforce that  can meet the demands of rapidly developing industries in the state,” he said 

In this context, the Chief Minister emphasised the crucial role of parents and the  community.  

“The State Government urge youths to consider TVET as a primary option, not merely  an alternative, in planning their future. TVET should be seen as a wise choice that can  produce future professionals, entrepreneurs, and innovators.  

“Sabah’s youth must seize the opportunity to pursue TVET, as the courses offered today  are aligned with current job market demands, thereby ensuring the employability of  graduates,” he said. 

He added that in the era of the Industrial Revolution 4.0 and the wave of digitalisation,  skills in technical fields, automation, and artificial intelligence (AI) are valuable assets. 

“If Sabah’s youth are not equipped with these skills, we will be left behind in this wave  of change. Therefore, TVET is the best platform to build a highly skilled workforce that  will drive Sabah’s advancement,” he said. 

The Chief Minister said the government’s commitment to human capital development is  evident through various initiatives and investments. 

“Our efforts are now beginning to bear fruit. Recent statistics show that Sabah’s  unemployment rate has decreased from around 8.2 per cent in 2021 to 7.5 per cent in  2023.  

“Although this figure remains high compared to the national unemployment rate, the  downward trend is encouraging and reflects the effectiveness of the government’s  various economic and human capital development initiatives,” he said. 

However, he said that based on Department of Statistics data, Sabah is facing  challenges, with more than half or 58.6 per cent of the unemployed in Sabah being  youths aged 15–24, while 55.8 per cent of the total unemployed individuals have only  completed secondary school education.  

“These figures indicate that many youths need skills training and further education to  improve their employability,” he said. 

Therefore, the symposium, themed ‘Sustainable TVET for Sabah’s Future Human  Capital: Integrated TVET Ecosystem’ is highly relevant to the current needs of the state  of Sabah, he said. 

Hajiji hoped that the participants would use the opportunity to establish a network  between educational institutions and industry training during the two-day symposium. 

Ends