Industri kerang boleh jana pendapatan tahunan RM34.4 Juta (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Kerajaan Negeri telah melancarkan Projek Pembangunan Sumber dan  Industri Kerang Sabah yang berpotensi untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak  RM34.4 juta, berdasarkan anggaran pendaratan sebanyak 3,240 metrik tan setahun dan  pulangan pelaburan sebanyak 7.6 kali ganda. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata projek ini akan  membuka peluang eksport baharu bagi hasil kerang Sabah melalui aktiviti hiliran seperti  pengetinan, sambal kerang dan produk makanan berasaskan kerang darah. 

“Bagi sektor swasta, inilah masa terbaik untuk melabur dalam pemprosesan hasil laut,  pembungkusan lestari dan pembinaan rantaian eksport Sabah.  

Peluang ini bukan sahaja menguntungkan, malah membina masa depan yang  mampan,” katanya semasa merasmikan projek tersebut di Borneo Beach and Mangrove  Resort, di sini hari ini. 

Kata Ketua Menteri, Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan Ekonomi Biru menjadi  landasan ekonomi yang kukuh untuk rakyat negeri ini. 

Menurutnya, Kerajaan Sabah komited untuk mengorak langkah dalam penerokaan  khazanah laut dan maritim sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan  kedudukan negeri ini dalam penerokaan Ekonomi Biru di peringkat antarabangsa. 

”Ekonomi Biru bukan saja berupaya menseimbangkan kemakmuran dengan  kelestarian, malah menjelang tahun 2030, nilai ekonomi biru global dijangka mencapai  USD3 trilion,” katanya. 

Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah ini merupakan kerjasama  antara Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Jabatan  Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Sabah, dan dilaksanakan dalam dua fasa. 

Fasa pertama yang telah pun selesai melibatkan kajian pemetaan dan eksplorasi  sumber kerang darah (Tegillarca granosa) dari Oktober 2024 hingga Mei 2025 di enam  lokasi berpotensi, termasuk Tuaran dan Beluran yang menjadi tapak projek rintis.

Fasa kedua dijadualkan bermula pada tahun 2026, melibatkan pemindahan teknologi  dan pelaksanaan sebenar projek di lapangan. 

Hajiji berkata sebanyak 77 lot penternakan telah dikenal pasti, merangkumi 12 lot di  Tuaran dan 65 lot di Beluran, meliputi kawasan seluas 1,617 hektar. 

Setiap lot akan diusahakan oleh 10 Ketua Isi Rumah (KIR), menjadikan jumlah keseluruhan seramai 770 KIR sebagai penerima manfaat utama, terdiri daripada pengusaha perikanan, komuniti luar bandar dan golongan B40. 

Malah, jika hanya 40 peratus daripada lot ini beroperasi secara optimum, peserta masih  mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM4,800 hingga RM6,500,” katanya. 

“Sudah tentu komuniti yang terlibat akan memperoleh pendapatan mampan melalui  ternakan kerang darah. Golongan belia juga akan dilatih dengan kemahiran akuakultur  moden, melahirkan generasi baharu usahawan laut Sabah. 

“Sesungguhnya, projek ini bukan sahaja membawa perubahan besar kepada rakyat,  khususnya komuniti yang terlibat, tetapi juga kepada alam sekitar dan ekonomi negeri. 

“Sabah akan dibangunkan sebagai Hab Makanan Laut Biru ASEAN, setanding dengan  negeri-negeri pengeluar utama seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor,” katanya. 

Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri komited sepenuhnya untuk menyokong industri  ini dan mahu para peserta projek mendapat latihan berterusan serta teknologi moden. 

“Saya menyeru kepada komuniti di Tuaran dan Beluran, sebagai perintis atau peneraju  projek ini, agar manfaatkan sepenuhnya teknologi moden yang diperolehi untuk  meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor akuakultur,” katanya. 

Tamat

 

English Version 

TUARAN: The State Government has launched the Sabah Cockle Resource and  Industry Development Project that has potential to generate RM34.4 million, based on  an estimated landing of 3,240 metric tonnes per year and a return on investment of 7.6  times. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the project would open up  new export opportunities for Sabah cockles through downstream activities such as  canning, sambal kerang (cockle paste) and blood cockle-based food products. 

“For the private sector, this is the best time to invest in seafood processing, sustainable  packaging, and the development of Sabah’s export supply chain.  

“This opportunity is not only profitable but also builds a sustainable future,” he said at  the launching of the project at the Borneo Beach and Mangrove Resort here today. 

The Chief Minister said the Sabah Cockle Resource and Industry Development Project  aligns with the State Government’s commitment to ensure the Blue Economy becomes  a solid economic foundation for the people of Sabah. 

The State Government is committed to taking steps in exploring marine and maritime  resources as part of efforts to strengthen the state’s position in the international Blue  Economy landscape. 

“The Blue Economy not only has the potential to balance prosperity with sustainability,  but by the year 2030, the global value of the Blue Economy is projected to reach USD3  trillion,” he said. 

The Sabah Cockle Resource and Industry Development Project, to be carried out in two  phases, is a collaboration between the Sabah Economic Development and Investment  Authority (SEDIA), the Malaysia Fisheries Department and the Sabah Fisheries  Department. 

The first phase, which has already been completed, involved mapping studies and  exploration of blood cockle (Tegillarca granosa) resources conducted from October 2024  to May 2025 at six potential locations, including Tuaran and Beluran, which would  kickstart the pilot project.

The second phase of the project is scheduled to commence in 2026, involving the  transfer of technology and actual field implementation. 

Hajiji said that a total of 77 aquaculture lots have been identified, comprising 12 in  Tuaran and 65 in Beluran covering an area of 1,617 hectares.  

Each lot will be managed by 10 household heads (KIR), making it a total of 770 KIR as  the main beneficiaries, comprising fishery entrepreneurs, rural communities, and the  B40 group. 

“In fact, even if only 40 per cent of the lots operate at optimum capacity, participants can  generate a monthly income of around RM4,800 to RM6,500,” he said. 

“Certainly, the communities involved will gain sustainable income through blood cockle  farming. Youth will also be trained in modern aquaculture skills, producing a new  generation of Sabah’s marine entrepreneurs.  

“Indeed, this project will not only bring significant change to the people, particularly the  community involved, but also to the environment and the state’s economy.  

“Sabah will be developed as the ASEAN Blue Seafood Hub, on par with major producing  states such as Perak, Penang, and Selangor,” he said. 

The Chief Minister said the State Government is fully committed to supporting this  industry and want the project participants to get continuous training and modern  technology. 

“I urge the communities in Tuaran and Beluran, as the pioneers or leaders of this project,  to fully utilise the acquired modern technology to enhance the capacity and productivity  of the aquaculture sector,” he said. 

Ends