Penjawat Awam diminta pastikan pentadbiran kerajaan berjalan lancar seperti biasa sepanjang tahun Pilihan Raya ini (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap agar semua penjawat awam akan terus berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme, neutraliti dan integriti dalam melaksanakan tugas sepanjang tahun pilihan raya ini.
“Kita bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri pada tahun ini. Sebagai tulang belakang pentadbiran Kerajaan Negeri, penjawat awam harus memastikan segala urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas serta terus berjalan lancar seperti biasa.
“Kecekapan dan ketelusan penjawat awam dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini mencerminkan komitmen kita untuk terus mendukung sistem demokrasi dan kestabilan pentadbiran negeri,” katanya.
Berucap semasa mempengerusikan mesyuarat Pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu hari ini, Hajiji turut menggesa semua Ketua Jabatan untuk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Katanya, mereka perlu menjalankan tugasan dengan lebih cekap dan tepat serta memantau projek dengan lebih berkesan agar semua projek yang telah diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual.
“Perkara ini penting bagi mengelakkan kita daripada berdepan dengan kelewatan pelaksanaan, pembaziran sumber dan menjejaskan reputasi serta kepercayaan rakyat terhadap keupayaan jentera pentadbiran kerajaan,” katanya.
Ketua Menteri turut mengingatkan semua penjawat awam agar sentiasa bersikap responsif, proaktif dan mengamalkan tadbir urus yang baik dalam melaksanakan tugas bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Penjawat awam hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan amanah, ketelusan dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Mereka mesti mengelakkan sebarang konflik kepentingan supaya matlamat dan objektif kerajaan negeri dapat dicapai dengan jayanya.
“Kepentingan kerajaan sentiasa lebih utama daripada kepentingan peribadi,” katanya.
Hajiji turut mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memelihara integriti diri dan menjadikannya sebagai salah satu asas penting dalam nilai diri masing-masing.
“Tanpa nilai integriti diri yang tinggi, kesannya kepada imej perkhidmatan awam dan keseluruhan institusi kerajaan negeri akan amatlah sangat serius,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata empat rang undang-undang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri selama dua hari yang akan bermula Isnin depan.
Jabatan Ketua Menteri akan membentangkan dua rang undang-undang: Rang Undang-Undang Perhutanan (Pindaan 2025) dan Rang Undang-Undang Tadbir Urus Iklim dan Karbon 2025.
Dua lagi akan dibentangkan oleh Kementerian Kewangan, iaitu Rang Undang-Undang Cukai Jualan Negeri (Pindaan 2025) dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2025.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hoped public service personnel will continue to uphold the principles of professionalism, neutrality and integrity in carrying out their duties during this election year.
"We are facing the State Elections this year. As the backbone of the State Government administration, civil servants must ensure that all administrative affairs and service delivery to the people are not disrupted and continue to run smoothly as usual.
"The efficiency and transparency of civil servants in facing this challenging period will reflect our commitment to continue supporting the democratic system and stability of the state administration," he said
Speaking at the Chief Minister's Department post-cabinet meeting at Menara Kinabalu today, Hajiji also urged all Department Heads to demonstrate strong commitment in carrying out their responsibilities.
He said they must carry out their duties with greater efficiency and accuracy, as well as monitor projects more effectively to ensure all approved projects are completed within schedule.
"This is crucial to avoid having to deal with delays in execution, wastage of resources and jeopardising reputation and public trust in the capabilities of the government's administrative machinery," he said.
The Chief Minister also reminded all public service personnel to be always responsive, proactive and to practice good governance in carrying out their duties in order to provide the best services to the people.
"Civil servants must carry out their responsibilities with trust, transparency and a strong sense of accountability. They must avoid conflicts of interest so that the state government's goals and objectives can be successfully achieved.
"The interest of the government is always more important than personal interest," he said.
Hajiji also reminded civil servants to always uphold personal integrity and make it a core value in their character.
"Withouth high personal integrity the consequences to the image of the public and the entire state government institution would be severe," he said.
On another note, Hajiji said that four bills would be tabled during the two-day State Assembly sitting, beginning next Monday.
The Chief Minister's Department will table two bills: the Forestry Bill (Amendment 2025) and the Climate and Carbon Governance 2025 Bill.
The other two would be tabled by the Finance Ministry - the State Sales Tax Bill (Amendment 2025) and the Supplementary Supply Bill 2025.
Ends
