Regatta Lepa Semporna kini tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

SEMPORNA: Regatta Lepa Semporna, pesta tradisional ikonik suku kaum Bajau serta  tarikan pelancongan tahunan utama bagi negeri ini, telah disenaraikan dalam Kalendar  Pelancongan Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor. 

“Lebih istimewa, tahun ini merupakan kali ke-30 tahun pesta Regatta Lepa Semporna  dianjurkan sekaligus membuktikan keteguhan komitmen masyarakat Semporna dalam  memartabatkan warisan budaya mereka. 

“Dengan penyenaraian pesta ini dalam kalendar pelancongan, diharapkan acara ini  akan mencapai tahap baharu dan mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang  dan merasai kemeriahannya,” katanya semasa majlis penutupan Regatta Lepa  Semporna di Padang Bandaran di sini malam ini. 

Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam  Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew. 

“Menerusi Regatta Lepa, kita dapat memperkenalkan keindahan budaya masyarakat  Bajau dan usaha pemeliharaan warisan maritim kepada para pelancong dari seluruh  dunia,” katanya. 

Ketua Menteri turut menyatakan bahawa Regatta Lepa tahun ini akan menampilkan  pelbagai pengisian menarik seperti perarakan lepa tradisi, pengibaran Sambulayang,  penobatan Ratu Lepa dan penganugerahan Tokoh Regatta Lepa. 

Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran acara Igalthon yang  menyaksikan persembahan tarian tradisional Bajau dikenali sebagai Igal-Igal  berlangsung selama satu jam tanpa henti melibatkan penari-penari dari pelbagai  kumpulan budaya dan komuniti. 

Acara ini telah dimasukkan kedalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan  tarian Igal-Igal terpanjang pada 21 Jun lalu. 

“Memartabatkan khazanah budaya dan warisan etnik negeri ini merupakan salah satu  elemen utama yang menjadikannya produk pelancongan yang popular. Ini kerana  Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya.

“Rakyat Sabah terdiri daripada 35 kumpulan etnik yang masing-masing mempunyai  budaya, bahasa dan perayaan tersendiri, namun masih mampu hidup secara harmoni  dan bertoleransi antara satu sama lain. 

“Ini menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan, sama ada bagi  pelancong tempatan mahupun antarabangsa,” katanya. 

Tamat

 

English Version 

SEMPORNA: The Regatta Lepa Semporna, an iconic traditional festival of the Bajau  community and a major annual tourist attraction for the state, has been listed in this  year’s Sabah Tourism Calendar, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor. 

“What makes it more special is that this year marks the 30th year the Regatta Lepa  Semporna is held, proving the strong commitment of the Semporna community in  upholding their cultural heritage. 

“With the inclusion of the festival in the tourism calendar, it is hoped this event will reach  a new level and be able to attract more tourists to come and experience its vibrancy,” he  said at the closing of the Regatta Lepa Semporna at the Padang Bandaran here tonight. 

Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Panglima Christina Liew  delivered the Chief Minister’s speech. 

“Through the Regatta Lepa, we can showcase the beauty of the Bajau cculture and the  ommunity’s efforts to preserve its seafaring heritage to tourists from around the world,”  he said. 

The Chief Minister noted that this year’s Regatta Lepa will feature a variety of exciting  contents such as the traditional Lepa parade, Sambulayang flag hoisting, crowning of  the Lepa Queen and the awarding of the Tokoh Regatta Lepa. 

He also congratulated the success of the Igalthon event, which featured a non-stop one hour performance of the traditional Bajau dance known as Igal-Igal involving dancers  from various cultural groups and communities. 

The event has been entered into the Malaysia Book of Records as the longest Igal-Igal  dance performance on June 21. 

“Upholding the cultural treasures and ethnic heritage of the state is one of the key  elements that makes it a popular tourism product. This is because Sabah is a state rich  in diverse ethnicities and cultures. 

“The people of Sabah comprise of 35 ethnic groups, each with its own unique culture,  language, and festivals. Despite their diversity, they live harmoniously and with mutual  respect.  

“This makes Sabah one of the most favoured tourist destinations, both for domestic and  international visitors,” he said. 

Ends