Jangan terpedaya dengan cerita tidak sahih di media sosial

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa rakyat agar tidak  mudah terpengaruh dengan cerita-cerita yang tidak sahih yang tersebar di media sosial. 

Beliau berkata menjelang pilihan raya, pelbagai berita palsu telah disebarkan melalui platform  media sosial. 

"Jangan buat pilihan yang salah. Kerajaan Negeri yang ada sekarang telah mencapai pelbagai  kejayaan, sama ada dalam membangunkan Sabah melalui perancangan strategik, bidang  pendidikan, pelancongan dan kerjasama dengan Petronas bagi meningkatkan hasil negeri. 

"Pilihan raya kali ini adalah cabaran besar dan ianya peluang keemasan untuk rakyat memilih  sebuah kerajaan yang bukan sahaja peka terhadap keperluan rakyat tetapi juga berasaskan  aspirasi tempatan," katanya. 

Berucap pada Majlis Penutupan Festival Budaya Lotud BBKWDDP di Dewan Hone, IPGM Kent  di sini hari ini, Ketua Menteri berkata hanya semasa pentadbiran beliau banyak bantuan telah  disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk pelajar Sabah. 

Beliau berkata, sebelum ini tidak pernah ada bantuan disalurkan kepada pelajar Sabah yang  belajar di Semenanjung Malaysia mahupun bantuan untuk pelajar dalam negeri pulang ke  kampung halaman semasa perayaan utama. 

"Kita mahu membantu meringankan beban pelajar kita hari ini," katanya. 

Hajiji berkata pelaburan juga telah masuk ke Sabah, sehingga Taman Perindustrian Minyak dan  Gas Sabah (SOGIP) di Sipitang kini telah penuh. 

Yang terbaru, katanya, sebuah syarikat dari Singapura membawa masuk pelaburan berjumlah  lebih RM19.5 bilion dalam tiga fasa, dengan fasa pertama sahaja memerlukan kira-kira 8,000  peluang pekerjaan. 

"Inilah aspirasi kita, untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah," katanya. 

Ketua Menteri turut memuji inisiatif penganjur Festival Budaya Lotud BBKWDDP yang  membantu memelihara budaya dan tradisi masyarakat suku Lotud. 

"Kerajaan Negeri menyokong penuh inisiatif seperti ini yang memperkukuh nilai budaya dan  memperkasakan belia melalui aktiviti seni warisan," katanya. 

Hajiji turut mengulangi harapan beliau agar kaum Dusun Lotud menjadi kaum yang progresif  dan setanding dengan komuniti lain di negeri ini.

Pesta Budaya Lotud BBKWDDP melibatkan tujuh kampung iaitu: Batangan, Barus, Korompitut,  Wokok, Dungang 1, Dungang 2, dan Pendamai. 

Tamat

 

English Version 

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor urged the people not  to be influenced by unverified stories making its rounds in the social media. 

He said that with the election looming there have been many untruths currently being  spread in the social media platforms. 

"Do not make the wrong choice, the present State Government has made many  achievements in developing Sabah through strategic planning in education, tourism and  collaboration with Petronas to get more revenue for the state. 

"This election is a major challenge and it is a golden opportunity for the people to choose  a government that is not only sensitive to the needs of the people but it is also a  government that is based on local aspiration," he said. 

Speaking at the closing of the BBKWDDP Lotud Cultural Festival at Hone Hall, IPGM  Kent here today, the Chief Minister said that only during the GRS administration that  much assistance have been handed out by the State Government to the Sabah students. 

Never before, he said that assistance been disbursed for Sabah students studying in  Peninsula Malaysia as well as for domestic students to return to their hometown during  all major festivities. 

"We want to help lessen the burden of our students," he said. 

Hajiji said investments have been coming into Sabah so much so the Sabah Oil and Gas  Industrial Park (Sogip) in Sipitang is now fully occupied. 

The latest is a Singapore-based company, which is bringing in RM19.5 billion total  investments in three phases, he said, adding that in the first phase alone, the project  required some 8,000 jobs. 

"This is our aspiration to create jobs for the people of Sabah," he said. 

The Chief Minister also lauded the initiative of the organiser of the BBKWDDP Lotud  Cultural Festival to help preserve the Lotud community's culture and tradition.

"The State Government fully supports such initiative that strengthen cultural values and  empower youth through heritage and cultural activities," he said. 

Hajiji reiterated his hope for the Dusun Lotud to become a progressive race and be at  par with other communities in the state. 

The BBKWDDP Lotud Cultural Festival involved seven villages: Batangan, Barus,  Korompitut, Wokok, Dungang 1, Dugang 2, and Pendamai.

Ends