Kerajaan Negeri prihatin terhadap keperluan rakyat (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri  hari ini adalah sebuah kerajaan yang peka terhadap keperluan rakyat. 

Beliau berkata pelbagai projek pembangunan dan bantuan telah dilaksanakan demi  kesejahteraan rakyat di Sabah. 

Di kawasan Sulaman sahaja, katanya, banyak projek pembangunan telah siap dilaksanakan  termasuk Rumah Mesra SMJ, kerja-kerja naik taraf jalan raya, jambatan dan jeti, dan lebih  banyak lagi projek sedang dirancang. 

“Insya-Allah, sekiranya kerajaan GRS diberi peluang sekali lagi untuk mentadbir negeri ini,  lebih banyak projek akan dilaksanakan termasuk jambatan simen Labuaya di sini,” katanya. 

Berucap sempena sambutan Pesta Kaamatan Suang Olung 2025, pelancaran Persatuan  Pembangunan Lotud Sabah (SALDA) dan perasmian Dewan Orang Tua Kari Bin Guban di  Kampung Tutu Selupoh hari ini, beliau turut menyeru masyarakat Suang Lotud agar terus  bersatu padu. 

“Kita mesti kekal bersatu dan terus memupuk semangat kerjasama dan gotong-royong demi  memastikan masa depan yang lebih cerah untuk komuniti ini. 

“Saya mahu suku Dusun Suang Lotud di Tuaran, menjadi satu komuniti yang hebat dan  tidak ketinggalan,” katanya. 

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, untuk menjadi satu  bangsa yang hebat, masyarakat Dusun Suang Lotud perlu memiliki pemikiran yang positif. 

“Melalui cara ini, saya yakin penuh masyarakat Dusun Suang Lotud mampu setanding  dengan bangsa-bangsa etnik yang lain di Sabah,” katanya sambil menambah masyarakat  Suang Lotud harus memastikan budaya dan tradisi mereka terus dipelihara demi generasi  akan datang. 

Pesta Kaamatan Suang Olung 2025 yang dianjurkan oleh SALDA melibatkan sembilan  buah kampung iaitu Kampung Tutu, Penampang Baru, Limposu, Roun, Kiwatu, Labuaya,  Selupoh, D’Angki dan D’Mulus. 

Tamat

English Version 

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government of the day is a government that is sensitive to the needs of the people. 

He said various development projects and assistance have been implemented for the  prosperity of the people in Sabah. 

In Sulaman, he said many development projects have been completed including Rumah  Mesra SMJ, roads upgrading, bridges and jetties with more coming up. 

"God willing, if the GRS government is given another chance to govern the State, many  other projects like the Labuaya concrete bridge here will be implemented," he said. 

Speaking at at the Suang Olung Kaamatan 2025 Festival celebration, launching of the  Sabah Lotud Development Association and opening of the Dewan Orang Tua Kari Bin  Guban in Kampung Tutu Selupoh here today, he also called upon the Suang Lotud  community to remain united. 

"We must stay united and to ensure a brighter future for the community. 

"I want the Dusun Suang Lotud community here in Tuaran to become a great community  and not lag behind," he said. 

Hajiji who is also Sulaman Assemblyman said in order to become a great ethnic race,  the Dusun Suang Lotud must embrace a positive mindset. 

"By doing so, I have full confidence that the Dusun Suang Lotud could be at par with  other ethnic races in Sabah," he said, adding the Suang Lotud community must also  ensure their culture and tradition is protected for the future generation. 

The Suang Olung Kaamatan 2025 organised by the SALDA involved nine villages - Kampung Tutu, Penampang Baru, Limposu, Roun, Kiwatu, Labuaya, Selupoh, D’Angki  and D’Mulus. 

Ends