TYT dan KM hadir Majlis Kesyukuran Sambutan Awal Tahun Hijrah

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri  Panglima (Dr.) Musa Haji Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Baharu Hijrah  Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah pada  Khamis. 

Keberangkatan tiba Tun Musa pada jam 6.00 petang disambut oleh Hajiji dan barisan  kepimpinan negeri, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima  Haji Kadzim Haji M. Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi  Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji  Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1446H, disusuli Doa Awal Tahun  1447H, sebelum jemaah menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah. 

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat. Para jemaah  kemudiannya diberikan Tazkirah Khas yang menyentuh pengajaran penting daripada  peristiwa hijrah Rasulullah SAW. 

Program diteruskan dengan Solat Fardhu Isyak berjemaah sebelum para tetamu dijamu  dalam satu jamuan ringkas. 

Tamat