Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom bukti komitmen Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
LAHAD DATU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pembukaan Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom di Kawasan Konservasi Lembah Danum merupakan bukti komitmen Kerajaan Sabah terhadap usaha pemuliharaan dan penyelidikan biodiversiti di negeri ini.
Beliau berkata inisiatif oleh Yayasan Sabah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri itu selari dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran penyelidikan yang kondusif di samping memastikan pengurusan hutan secara lestari.
“Oleh itu, saya ingin mengulangi sokongan penuh Kerajaan Negeri terhadap usaha pemuliharaan dan penyelidikan seperti ini.
“Saya amat berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk menyalurkan lebih banyak sokongan, khususnya dalam bentuk pembiayaan berterusan menerusi Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) serta dalam Rancangan Malaysia Ke-13 akan datang,” katanya semasa merasmikan Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom, di sini hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya.
Ketua Menteri yakin melalui sokongan daripada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, kawasan-kawasan pemuliharaan seperti Lembah Danum dan keseluruhan Landskap Hutan Hujan DaMaI (Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Imbak Canyon) akan terus kekal sebagai khazanah biodiversiti dunia serta menjadi pusat penyelidikan, pendidikan dan pemuliharaan terulung negara.
Hajiji berkata penubuhan pusat ini melalui peruntukan RM5.6 juta daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 adalah sejajar dengan teras utama Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), khususnya dalam pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pemuliharaan sumber asli demi kesejahteraan jangka panjang rakyat dan generasi akan datang,” katanya.
Hajiji turut memuji pencapaian cemerlang Yayasan Sabah dalam mengurus dan memelihara Kawasan Konservasi Lembah Danum dan kawasan lain sepertinya sejak sekian lama.
“Kumpulan Yayasan Sabah bukan sahaja memainkan peranan penting dalam menjaga kawasan konservasi hutan simpan perlindungan dan hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya (Totally Protected Area) yang begitu berharga ini, malah telah mengangkat nama Sabah ke persada antarabangsa sebagai contoh pengurusan kawasan konservasi yang telus, berintegriti dan berwawasan,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar atas sokongan mereka yang membolehkan stesen penyelidikan ini disiapkan.
Beliau berkata stesen penyelidikan yang ditubuhkan di dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua, di bawah Jawatankuasa Pengurusan Jabatan Perhutanan Sabah yang turut melibatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di antara kawasan projek Face The Future, Netherlands (INFAPRO) dan Pusat Pembelajaran Lembah Danum.
“Dengan hutan dara Lembah Danum terletak hanya di seberang sungai, kawasan tempat kita berdiri ini merupakan zon penampan yang telah dipulihkan melalui Projek INFAPRO dalam Hutan Simpan Ulu Segama-Malua.
“Ramai yang tidak sedar bahawa hutan yang kita lalui dalam perjalanan ke sini hari ini adalah hutan yang telah dipulihkan hasil usaha bertahun-tahun. Ini membuktikan bahawa pemulihan hutan boleh berjaya jika kita mempunyai visi dan komitmen, dan Sabah telah pun berjaya melaksanakannya,” katanya.
Ketua Menteri berkata pusat ini juga sangat sesuai untuk mendidik generasi muda melalui program pendidikan alam sekitar seperti yang dilaksanakan oleh Kelab Pencinta Alam Sabah.
Beliau mengalu-alukan inisiatif Kelab Pencinta Alam Sabah di bawah seliaan Kumpulan Yayasan Sabah untuk memilih beberapa sekolah di Lahad Datu sebagai sekolah angkat di bawah program mereka.
“Saya percaya langkah ini akan membuka peluang kepada generasi muda untuk memahami dan menghargai pemuliharaan alam sekitar sejak dari usia awal,” katanya.
Ketua Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Sabah akan terus melaksanakan program pembangunan yang bercirikan kelestarian hijau dengan mengutamakan penggunaan dan pengurusan sumber asli secara bertanggungjawab serta memastikan perlindungan alam sekitar, kesejahteraan sosial dan pertumbuhan ekonomi untuk generasi akan datang.
“Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli, penyelidikan mengenai pengurusan dan pemuliharaan sumber ini adalah sangat penting. Ini termasuk penyelidikan bagaimana sumber ini dapat dimanfaatkan secara lestari untuk kepentingan rakyat dan negara serta kesannya kepada alam sekitar,” katanya.
Tamat
English Version
LAHAD DATU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the opening of the Langom Control Centre and Research Station at the Danum Valley Conservation Area is testimony of the Sabah Government's commitment to the conservation and biodiversity research efforts in the state.
He said the initiative by Yayasan Sabah, in collaboration with the State Forestry Department, augured well with the goal of creating a conducive research environment while ensuring sustainable forest management.
"Therefore, I wish to reiterate the State Government's full support to conservation and research efforts such as this.
"I am hopeful that the Federal Government will consider channeling more support, particularly in the form of continuous funding through the National Conservation Trust Fund for Natural Resources (NCTF) as well as in the upcoming 13th Malaysia Plan," he said at the opening of the Langom Control Centre and Research Station here today.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister III/Works Minister Datuk Shahelmey Yahya.
The Chief Minister was confident that with support from all quarters, including the Federal Government, conservation areas like Danum Valley and the whole of DaMaI (Danum Valley, Maliau Basin and Imbak Canyon) Rainforest Landscape would remain as the world’s biodiversity treasure troves, while at the same time making it as the country's foremost research, education and conservation centre.
Hajiji said the setting up of the centre through the RM5.6 million fund from the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability under the 12th Malaysia Plan was in line with the thrust of the Sabah Maju Jaya (SMJ) Development Plan, especially in environment conservation and sustainable development.
"This initiative reflects the State Government's commitment to balance economic development with conservation of natural resources for the long-term prosperity of the people and future generations," he said.
Hajiji commended Yayasan Sabah for its excellent achievement in managing and preserving the Danum Valley Conservation Area and others like it for so long.
"Yayasan Sabah Group has not only played a crucial role in safeguarding the priceless forest reserves conservation areas and Totally Protected Areas (TPA) but also in elevating Sabah's name onto the international stage as a model of transparent, integrity driven, and visionary conservation area management," he said.
He also paid tribute to the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability for its support, which led to the completion of the research station.
He said the research station, established within the Ulu Segama-Malua Forest Reserve under the Management Committee of the Sabah Forestry Department that also involved Universiti Malaysia Sabah (UMS), is located in a very strategic area between the Face The Future project site from the Netherlands (INFAPRO) and the Danum Valley Studies Centre.
"With the virgin Danum Valley forest just across the river, the area where we now stand is a buffer zone that has been restored through the INFAPRO Project within the Ulu Segama-Malua Forest Reserve.
"Many are unaware that the forest we passed through on our way here today is a restored forest, the result of years of dedicated effort. This is proof that forest restoration can be successful if we have vision and commitment, and Sabah has already accomplished this," he said.
The Chief Minister said the centre would also be ideal for educating the younger generation through environmental education programmes such as those currently conducted by the Sabah Nature Club.
He welcomed the initiative by the Sabah Nature Club under the supervision of the Yayasan Sabah Group to adopt several schools in Lahad Datu under its wings.
"I believe this step will open opportunities for the younger generation to understand and appreciate environmental conservation from an early age," he said.
The Chief Minister assured that the Sabah Government will continue to implement development programmes characterised by green sustainability by prioritising the responsible use and management of natural resources and ensuring environmental protection, social well-being, and economic growth for future generations.
"As a state rich in natural resources, research on the management and conservation of these resources is significant. This includes research on how these resources can be used sustainably for the benefit of the people and the nation, as well as the impact on the environment," he said.
Ends
