80 Kontinjen meriahkan perbarisan Ulangtahun Kelahiran Rasmi pertama Tun Musa Aman sebagai TYT (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Sabah meraikan Ulangtahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang di-Pertua Negeri, Tun  Musa Aman dengan perarakan 80 kontinjen di Padang Merdeka hari ini. 

Tun Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin untuk menghadiri upacara  perbarisan pertama sempena Ulangtahun Kelahiran rasmi beliau selaku Yang di-Pertua Negeri,  disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin  Seri Panglima Datuk Juliah Salag sejurus ketibaan di Padang Merdeka. 

Turut menyambut kehadiran mereka ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap  Pengerusi Jawatankuasa Induk, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam bersama  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong serta para  kenamaan lain. 

Majlis dimulakan dengan Tun Musa memeriksa pasukan kawalan kehormatan utama  diiringi 17 das tembakan meriam dari Bukit Bendera.  

Selepas itu, beliau menaiki kenderaan istiadat untuk memeriksa 80 kontinjen yang  berbaris di padang. 

Upacara memotong kek turut diadakan semasa persembahan tarian khas oleh Jabatan  Kebudayaan dan Kesenian Sabah. 

Majlis kemudiannya ditangguhkan bagi Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran  Negeri di Istana Seri Kinabalu. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Sabah celebrated Head of State Tun Musa Aman’s official 74th birthday with an 80-strong contingent parade at Padang Merdeka today. 

Tun Musa accompanied by his wife Toh Puan Faridah Tussin for his inaugural official  Head of State birthday parade was greeted by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji  Hajiji Haji Noor and wife Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag upon arrival at Padang Merdeka. 

Also on hand to greet them was Deputy Chief Minister and main organising chairman  Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam together with State Secretary Datuk Seri  Panglima Sr Safar Untong and other dignitaries. 

At the start of the ceremony, Tun Musa inspected the guard of honour accompanied by  17 cannon shots fired from Signal Hill.  

Later, he rode the ceremonial vehicle inspecting the 80 contingents on the field. 

A cake cutting ceremony was also held during the dance performance led by the Sabah  Cultural and Arts Department. 

The parade was then adjourned for the investiture and state medals presentation  ceremony at Istana Seri Kinabalu. 

Ends