Pelancongan kekal sebagai teras pemacu ekonomi Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  pelancongan kekal sebagai pemacu ekonomi Sabah, mewujudkan lebih daripada  380,000 peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor. 

Beliau berkata industry pelancongan Sabah menyumbang kira-kira 15 peratus daripada  Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun lalu dan mencatat pencapaian signifikan  pada tahun 2023 apabila menyumbang sebanyak RM13.1 bilion kepada ekonomi  negeri. 

“Namun, statistik semata-mata tidak menceritakan keseluruhan cerita. Di sebalik setiap  angka, terletak kehidupan, keluarga, dan individu yang menyumbang kepada ekonomi  pelancongan. 

“Kita telah menyaksikan sendiri bagaimana pelancongan dapat memperkasa komuniti,  dan kita berbangga dengan kemajuan pelancongan berasaskan komuniti di Sabah,”  katanya semasa pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) di Magellan Sutera  Resort, di sini hari ini. 

Ucapan beliau telah disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam  Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew. 

Beliau berkata Sabah merupakan tempat kepada ramai pengusaha pelancongan  berasaskan komuniti, yang digerakkan oleh individu serta keluarga dari kampung kampung tempatan, terutamanya komuniti luar bandar, yang mencipta pengalaman unik  yang benar-benar menggambarkan keistimewaan berciri Sabah. 

“Setakat ini, pelancongan berasaskan komuniti terus berkembang di Sabah disebabkan  potensinya yang besar dalam merangsang ekonomi, khususnya di kawasan luar bandar. 

“Pada tahun 2024, jumlah sumbangan hasil negeri daripada sektor ini mencecah RM7  juta yang datang dari 18 daerah aktif. Lebih banyak inisiatif berasaskan komuniti di  daerah luar bandar sedang diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada masyarakat  luar bandar,” katanya. 

Hajiji berkata Kerajaan Negeri turut kekal komited terhadap pembangunan industri  pelancongan. 

“Kita sedang melabur dalam infrastruktur melalui kerja penaiktarafan Lapangan Terbang  Antarabangsa Kota Kinabalu yang sedang berjalan, penambahbaikan jalan raya yang  menghubungkan kawasan pelancongan luar bandar serta platform digital yang  dipertingkatkan untuk mempromosi dan mengurus pengalaman pelawat secara efektif. 

“Kita sedang membina asas kepada ekonomi pelancongan yang berdaya tahan dan  bersedia menghadapi masa depan. Strategi Sabah termasuklah penerapan prinsip  ekonomi hijau, pendigitalan, serta memperkukuh profil kita sebagai lokasi dan tuan  rumah utama bagi acara pelancongan antarabangsa,” katanya. 

Ketua Menteri berkata Sabah membayangkan dirinya sebagai sebuah hab keamanan  – sebuah negeri di mana perniagaan berkembang maju, budaya, sejarah dan alam  semula jadi wujud secara harmoni, dan pembangunan sentiasa seimbang dengan  tanggungjawab dan kelestarian. 

“Kita berhasrat menjadi model bagaimana pelancongan boleh berjaya sambil  memelihara elemen-elemen yang menjadikannya unik – alam sekitar, budaya dan  komuniti kita,” katanya. 

Hajiji berkata ATEX 2025 merupakan pencapaian penting bagi Sabah kerana ia  memberikan peluang kepada negeri ini bukan sahaja sebagai destinasi, tetapi juga  sebagai rakan strategik dalam membentuk masa depan pelancongan ASEAN. 

“Kita mengalu-alukan para pemimpin industri dari seluruh rantau ke negeri ini, mengajak  semua untuk mengeratkan persahabatan, mencetuskan peluang perniagaan baru dan  berkongsi dalam perjalanan yang masa depan," katanya. 

Pada masa yang sama, beliau berkata ATEX 2025 menjadi peringatan tentang betapa  kuatnya kombinasi pelancongan, perjalanan, hospitaliti dan penerbangan. 

“Ia mencipta enjin pertumbuhan dan pergerakan yang kukuh, membuka pelbagai  peluang untuk perkongsian pengalaman. 

“Penganjuran ATEX 2025 di Kota Kinabalu bukan sahaja satu penghormatan bagi kita  di Sabah, malah ia adalah satu platform yang penuh dengan potensi. Ia memberi kita  peluang untuk saling belajar, membina jaringan baharu, dan bersama-sama membentuk  masa depan pelancongan di rantau ini,” katanya. 

Tamat

 

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said tourism  remains the driving force of Sabah's economy, creating more than 380,000 jobs across  various sectors. 

He said that Sabah's tourism industry contributed approximately 15 per cent of the  state's Gross Domestic Product (GDP) last year and recorded a significant achievement  in 2023, contributing RM13.1 billion to the state's economy. 

"Yet, statistics alone do not tell the whole story. Behind each number lies a livelihood, a  family, and individuals who have contributed to the tourism economy.  

"We have witnessed firsthand how tourism uplifts communities, and we take pride in our  progress in community-based tourism here in Sabah," he said at the launching of the  ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) at Magellan Sutera Resort, here today. 

Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Panglima Christina Liew  delivered his speech. 

He said Sabah is home to many community-based tourism operators, and these  initiatives were spearheaded by individuals and families from local villages, particularly  rural communities, who create experiences that are distinctly Sabahan. 

"As we speak, community-based tourism continues to expand in Sabah due to its  immense potential to grow the economy, especially in the rural areas of Sabah. 

"In 2024, the total state revenue contribution from this sector amounted to RM7 million  from 18 active districts. More community-based initiatives in the rural districts are being  introduced to benefit the rural communities," he said. 

Hajiji said the State Government is committed to the tourism industry’s development. 

"We are investing in infrastructure with ongoing upgrades to the Kota Kinabalu  International Airport, improved road conditions giving access to rural tourism areas and  enhanced digital platforms designed to promote and manage visitor experiences  effectively.

"We are laying the foundation for a resilient and future-ready tourism economy. Sabah's  strategy includes embracing green economy principles, advocating for digital  transformation, and enhancing our profile as a premier venue and host for international  tourism events," he said. 

The Chief Minister said Sabah envisioned itself as a peace hub - a state where  businesses thrive, culture, history, and nature exist harmoniously, and development is  always balanced with responsibility and sustainability. 

"We aspire to be a model demonstrating how tourism can succeed while preserving the  very elements that make it unique - our environment, cultures, and communities," he  said. 

Hajiji said ATEX 2025 marked a significant milestone for Sabah as it presents an  opportunity to position the state not only as a destination but also as a strategic partner  in shaping ASEAN's tourism future. 

"We warmly welcome industry leaders from across the region to our shores, inviting all  of them to deepen friendships to spark new business ventures and share in the journey  ahead," he said. 

At the same time, he noted that ATEX 2025 serves as a reminder of just how powerful  the combination of tourism, travel, hospitality, and aviation can be. "It creates a robust engine of growth and movement that generates vast opportunities  for shared experiences. 

"Hosting ATEX 2025 in Kota Kinabalu is not just an honour for us in Sabah, but it is also  a platform brimming with potential. It offers us the chance to learn from one another,  forge new connections, and collectively shape the future of tourism in this region," he  said. 

Ends