Undang-undang Baharu Mahkamah Anak Negeri Sabah untuk Memperkasa Institusi Mahkamah Anak Negeri (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TAMBUNAN: Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 1992 akan digantikan dengan versi baharu bagi memperkemas struktur Mahkamah Anak Negeri dan memperkasa institusi tersebut, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Ini yang sedang kita buat bagi memastikan agar Mahkamah Anak Negeri lebih berkesan dan relevan,” katanya.

Hajiji berkata Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah telah menyediakan draf enakmen baharu iaitu Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 2025 yang kini sedang diteliti oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Draf ini memerlukan ulasan daripada Pejabat Peguam Besar Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan Kementerian Kewangan sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri dan seterusnya dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri,” katanya.

“Ia adalah salah satu daripada banyak inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya semasa pelancaran Pesta Kaamatan 2025 di Dewan Terbuka Pisompuruan di sini hari ini.

Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri, melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, terus komited dalam usaha meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) hasil pertanian bagi memperkukuhkan keterjaminan makanan di Sabah.

SSL Sabah ketika ini hanya 22.8 peratus, dan negeri ini masih bergantung kepada makanan yang diimport, katanya.

Atas sebab itu, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) tahun lalu, dan kini sedang giat membangunkan kira-kira 22,146 hektar sawah padi terbiar di daerah Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Papar dan Tambunan.

“Sudah pasti ini akan membantu usaha MAFFI untuk meningkatkan SSL makanan Sabah kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2026 dan 60 peratus menjelang 2030,” katanya.

Mengulas mengenai program Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar (REPLB) yang dilancarkan pada hari Rabu (30 April), Ketua Menteri berkata ia selari dengan semangat Pesta Kaamatan dan menandakan keprihatinan mendalam Kerajaan Negeri terhadap golongan berpendapatan rendah, khususnya golongan miskin dan miskin tegar di kawasan luar bandar.

“Program ini dilancarkan sebagai langkah strategik melonjak pengeluaran hasil pertanian demi memacu pertumbuhan ekonomi petani sara diri.

“Ia bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian dan keselamatan makanan di Sabah khususnya dan Malaysia amnya, tetapi juga merupakan usaha untuk memartabatkan ekonomi rakyat luar bandar, memperkasa petani, nelayan dan usahawan tani agar mereka dapat berdikari, berinovasi dan menjana pendapatan yang mampan.

“Melalui penggunaan teknologi moden, sistem sokongan rantaian bekalan, dan pembukaan peluang pasaran baharu, revolusi ini membuka jalan bagi komuniti luar bandar untuk bangkit sebagai pemain utama dalam ekonomi Sabah,” katanya.

Lebih penting lagi, Hajiji berkata pembangunan ekonomi luar bandar juga menjadi pemangkin kepada perpaduan dan kestabilan sosial.

“Apabila pendapatan meningkat, peluang pekerjaan diwujudkan, dan golongan muda kembali ke kampung dengan ilmu dan harapan, maka komuniti akan menjadi lebih kukuh, bersatu dan sejahtera. Saya berharap program ini akan membantu komuniti petani, khususnya di luar bandar,” katanya.

Hajiji berkata sambutan Pesta Kaamatan adalah antara acara penting bagi rakyat Sabah yang bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim dan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama sebaliknya juga bagi menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik.

“Lebih daripada itu, Kaamatan juga adalah cerminan keharmonian dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Sabah, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, saling menghormati dan kebersamaan,” katanya.

Ketua Menteri menegaskan bahawa tema Pesta Kaamatan tahun ini - Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan - membawa mesej yang sangat mendalam dan inklusif.

“Ia menekankan bahawa Pesta Kaamatan bukan hanya milik satu komuniti, tetapi satu perayaan bersama yang merangkul semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Kaamatan kini bukan hanya pesta menuai. Ia menjadi lambang penyatuan rakyat, satu ruang untuk kita saling mengenali, menghormati, dan meraikan keunikan budaya masing masing.

“Tema ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyatukan rakyat Sabah dari pelbagai lapisan masyarakat bagi meraikan warisan budaya kita yang kaya dan pelbagai,” katanya.

Tamat

 

English version

TAMBUNAN: The Sabah Native Court Enactment 1992 will be replaced with a new version to streamline the structure of the Native Court and to strengthen the institution, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

"This is what we are doing to ensure that the Native Court is more effective and relevant," he said.

Hajiji stated that the Sabah Native Affairs Council has prepared a draft of the new enactment, the Sabah Native Court Enactment 2025, which is currently under review by the Ministry of Local Government and Housing.

"This draft requires inputs from the State Attorney General's Office, the State Public Service Department, and the Finance Ministry before it is submitted to the State Cabinet and subsequently tabled at the State Legislative Assembly," he said.

"It is one of many initiatives the State Government is looking at to benefit people at the grassroots," he said at the launching of the 2025 Kaamatan Festival at the Pisompuruan Hall here today.

The Chief Minister said the State Government, through the Ministry of Agriculture, Fisheries and Food Industry (MAFFI), remains committed to enhancing the SelfSufficiency Level (SSL) of agricultural produce to strengthen food security in Sabah. Sabah's current SSL is only 22.8 percent, and the state still relies on imported food, he said.

For this reason, the Chief Minister said that the State Government has decided to revive the Sabah Padi and Rice Board (LPBS) last year and is now in the midst of developing approximately 22,146 hectares of abandoned padi fields in the districts of Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Papar, and Tambunan.

"This will certainly help MAFFI's efforts to increase Sabah's food SSL to at least 30 percent by 2026 and 60 percent by 2030," he added.

Commenting on the Rural Agricultural Economic Revolution Program (REPLB) launched on Wednesday (April 30), the Chief Minister said it aligns with the spirit of the Kaamatan Festival and signifies the State Government's deep concern for the low-income groups, particularly the poor and hard-core poor in the rural areas.

"This program was launched as a strategic step to boost agricultural output to drive the economic growth of self-subsistent farmers."

"It is not only aimed at improving agricultural yields and food security in Sabah specifically and Malaysia generally, but it is aimed at elevating the economy of rural folks, empowering farmers, fishermen, and agropreneurs so they can be self-reliant, innovative, and be able to generate sustainable income.

"Through the use of modern technology, supply chain support systems, and the opening of new market opportunities, this program paves the way for rural communities to rise as key players in Sabah’s economy," he said.

More importantly, Hajiji said that the development of the rural economy also serves as a catalyst for unity and social stability.

"As income increases, job opportunities are created, and young people return to their villages with knowledge and hope, hence the community will become stronger, united, and prosperous. I hope this program will assist farming communities, especially in the rural areas," he said.

The Chief Minister said that the Kaamatan Festival celebrations is among the important events for the people of Sabah, which not only aims to strengthen ties and unity among the diverse ethnic and religious groups but also serves to express gratitude for a good harvest.

"More than that, Kaamatan also reflects harmony and the spirit of goodwill among the people of Sabah, in line with the aspirations of Malaysia Madani which emphasizes human values, mutual respect, and togetherness," he said.

The Chief Minister said that the theme of this year's Kaamatan Festival - Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan, carries a significant and inclusive message.

"It emphasizes that the Kaamatan Festival does not belong to just one community, but is a shared celebration that embraces all citizens regardless of race, religion, and background.

"Kaamatan is no longer just a harvest festival. It has become a symbol of unity among the people, a space for us to get to know and respect each other, and celebrate each other's cultural uniqueness.

"This theme also reflects the State Government's commitment to unite the people of Sabah from all walks of life to celebrate our rich and diverse cultural heritage," he said.

Ends