Sektor tenaga kritikal dalam pembangunan ekonomi sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Sektor tenaga akan terus memainkan peranan penting dalam  pembangunan ekonomi masa depan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima  Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Induk dan Halatuju Tenaga  Sabah 2040 (Sabah Energy RAMP 2040), yang bertujuan untuk merangka hala tuju dan  menggariskan keutamaan utama untuk sektor tenaga negeri. 

"Dengan ini, Sabah akan dapat membangunkan sepenuhnya sektor tenaga hijau,  dengan potensi untuk memberikan sehingga 75 peratus bekalan tenaga hijau negara. 

"Kerajaan Negeri mengharapkan kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua  pihak berkepentingan dalam memacu Sabah ke arah masa depan yang lebih hijau dan  mampan," katanya pada Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah 2025: Koridor  untuk Mengubah Visi kepada Realiti (SAREC 2025) di Shangri-La Tanjung Aru Resort  di sini hari ini. 

Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi  Manjun. 

Beliau berkata Sabah dikurniakan dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang  banyak dan berpotensi menawarkan prospek yang kukuh untuk menyumbang secara  signifikan kepada transformasi negeri dan negara menuju ekonomi berimpak tinggi. 

“Sektor tenaga telah menjadi enjin pertumbuhan yang kritikal bagi ekonomi Sabah  selama beberapa dekad lepas, memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi  negeri. 

“Adalah menjadi harapan saya untuk melihat sektor tenaga Sabah terus berkembang  sambil memberikan kesan sosial yang positif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,”  katanya. 

Hajiji berkata Kerajaan Negeri telah secara agresif memacu agendanya dalam  menggalakkan tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan tenaga bersih dengan  melaksanakan program yang akan membantu mempromosikan aktiviti ekonomi dan  mempercepatkan pertumbuhan ekonomi yang akan membentuk dan memperkuatkan  sektor tenaga boleh diperbaharui dan industri hijau Sabah.

“Kerajaan Negeri akan terus membangunkan infrastruktur berkaitan dengan sektor  tenaga yang diperlukan. Kami sentiasa teguh dalam usaha untuk mengambil alih dan  mengurus sumber tenaga negeri bagi memperkasakan Sabah untuk membangunkan  dan terus mengembangkan sektor tenaga dengan lebih berkesan dan efisien,” katanya. 

Ketua Menteri mengulangi bahawa Kerajaan Negeri telah mengenalpasti satu sektor  ekonomi baharu - Ekonomi Biru - yang melibatkan eksplorasi lestari sumber marin dan  pesisir Sabah. 

Beliau berkata Dewan Undangan Negeri Sabah pada bulan April lalu meluluskan  Enakmen Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC) 2024 yang membuka jalan bagi  pembangunan OTEC sebagai satu sumber tenaga boleh diperbaharui dan sebagai  salah satu inisiatif di bawah Ekonomi Biru. 

Hajiji memuji Qhazanah Sabah Berhad dan Malaysian Rating Corporation Berhad kerana berjaya menganjurkan SAREC 2025. 

"Kerajaan Negeri sedia untuk berkolaborasi dengan semua pihak berkepentingan untuk  menyatukan usaha, bertukar idea dan meneroka penyelesaian," katanya. 

Tamat
 

 

English version

KOTA KINABALU: The energy sector will continue to play a critical role in Sabah’s future  economic development, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said the State Government had launched the Sabah Energy Roadmap and Master  Plan 2040 (Sabah Energy RAMP 2040), which was aimed at charting the way forward  and outlining key priorities for the state energy sector.  

“With this in place, Sabah should be able to fully develop its green energy sector with  the potential of providing up to 75 percent of the nation’s green energy supply.  

“The State Government looks forward to the continued cooperation and support of all  stakeholders in driving Sabah towards a greener and more sustainable future,” he said  at the Sabah Renewable Energy Conference 2025: Corridor to Transform Vision to  Reality (SAREC 2025) at the Shangri-La Tanjung Aru Resort here today. 

Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun read his speech. 

He said Sabah is endowed with an abundance of renewable energy sources that have  the potential to offer strong prospects of contributing significantly to both the state and  nation’s transformation into a high value-added economy.  

“The energy sector has been a critical engine of growth for Sabah’s economy over the  past decades, contributing significantly to the State’s economy.  

“It is my aspiration to see Sabah’s energy sector continuing to grow whilst contributing  to positive social outcomes to uplift the quality of life of the people,” he said. 

Hajiji said the State government has been aggressively pushing its agenda in  encouraging renewable energy and the development of clean energy by implementing programmes that would help promote economic activities and accelerate economic  growth to ultimately shape and strengthen Sabah’s renewable energy and green industry  sector. 

“The State Government will continue to develop the necessary infrastructure related to  the energy sector. We have been steadfast in our pursuit of taking control and managing  the State’s energy resources to empower Sabah to develop and continuously grow the  energy sector more effectively and efficiently,” he said. 

The Chief Minister reiterated that the State Government had identified a new economic  sector - the Blue Economy that involves sustainable exploration of Sabah’s incredible  marine and coastal resources.  

He said in April last year, the Sabah State Legislative Assembly approved the new  Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) Enactment 2024, paving the way for the  development of OTEC as a new source of renewable energy and as one of the initiatives  under the Blue Economy.  

Hajiji commended Qhazanah Sabah Berhad and the Malaysian Rating Corporation Berhad for bringing SAREC 2025 to fruition. 

“The State Government is ready to collaborate with all stakeholders to unite efforts,  exchange ideas, and explore solutions,” he said. 

Ends