Bendung permintaan dan penawaran dadah haram di Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Usaha bersepadu harus diambil untuk mengurangkan bilangan  penagih dadah dan pengguna bahan terlarang di Sabah dengan membendung  permintaan dan penawaran dadah haram, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji  Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata Sabah merekodkan peningkatan sebanyak 7.5 peratus dalam jumlah  penagih dadah dan pengguna bahan terlarang dengan 9,207 dikesan tahun lalu  berbanding 8,567 pada tahun 2023, tetapi angka ini hanya mewakili 4.8 peratus  daripada statistik nasional. 

“Sabah telah mencatatkan kadar penagihan sebanyak 246 selari dengan sasaran  nasional iaitu tidak lebih daripada 400 penagih dan penyalah guna dadah bagi setiap  100,000 penduduk. 

“Angka-angka ini menunjukkan peningkatan di seluruh negara dan hampir semua  negeri. Trend peningkatan ini menjadi cabaran dan kebimbangan kepada kita semua.  Usaha berterusan dan bersepadu perlu digembeleng untuk menangani masalah ini,  terutamanya dalam mengekang penawaran dan permintaan dadah di negeri ini,”  katanya. 

Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri (MTMD) di  Menara Kinabalu hari ini, Hajiji berkata untuk tahun ini, fokus akan diberikan untuk  menghijaukan dua kawasan berisiko tinggi, iaitu Penampang dan Balung di Tawau. 

“Bagi memastikan kita berjaya mencapai penghijauan kawasan Penampang dan  Balung, Presiden Majlis Perbandaran Penampang dan Presiden Majlis Perbandaran  Tawau yang merupakan pengerusi MTMD daerah telah dilantik sebagai penyelaras  kawasan berisiko tinggi di daerah masing-masing,” katanya. 

Beliau berkata usaha juga akan diambil untuk mengekalkan status “hijau” tujuh kawasan  berisiko tinggi, iaitu Likas, Inanam, Luagan, Patikang dan Tuarid Taud, Tanjung Batu  dan Merotai. 

Dua kertas kerja dibentangkan, termasuk untuk program perintis “Kampung Sejahtera  Tanggungjawab Bersama” oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah dalam  mesyuarat berkenaan.

"Saya menyeru agar semua ahli yang hadir dapat memberi perhatian dan mengambil  peluang untuk mengutarakan pandangan serta syor yang boleh dilaksanakan dalam  usaha membanteras permasalahan dadah di Negeri Sabah bagi mencapai matlamat  Dadah Terkawal 2025," katanya. 

Beliau berkata dadah masih merupakan Musuh Nombor 1 Negara oleh itu kerjasama  semua ahli mesyuarat adalah dimohon untuk komited dan berganding bahu  membanteras ancaman ini demi masa depan generasi akan datang. 

Yang turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,  Datuk James Ratib; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong;  Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Pengarah AADK Sabah yang  baharu, Elmariah Chung. 

Tamat

 

English version
KOTA KINABALU: Concerted efforts must be taken to reduce the number of Sabah’s  drug addicts and substance users by curbing the demand and supply of illicit drugs, said  Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said Sabah recorded an increase of 7.5 per cent in drug addicts and substance users,  with 9,207 detected last year compared to 8,567 in 2023, but this figure only constituted  4.8 per cent of the national statistics. 

“Sabah has recorded a rate of 246 addicts, in line with the national target of not more  than 400 drug addicts and abusers for every 100,000 population. 

“These figures showed an increase throughout the nation and almost all the states. The  increasing trend is worrying and has posed a challenge for all of us. We must step up  efforts to address this problem, especially in curbing the supply and demand of drugs in  the state,” he said. 

Chairing the State Drug Eradication Action Council (MTMD) at Menara Kinabalu here  today, Hajiji said that for this year, priority would be given to neutralising two high-risk  areas, namely Penampang and Balung, Tawau. 

“To ensure we can succeed in making Penampang and Balung a green area, the  Penampang Municipal Council and Tawau Municipal Council presidents as district  MTMD chairmen have been appointed coordinators of the high-risk areas at their  respective districts,” he added.  

He said efforts would also be taken to maintain the “green” status of seven high-risk  areas, namely Likas, Inanam, Luagan, Patikang dan Tuarid Taud, Tanjung Batu and  Merotai. 

During the meeting, two papers were tabled, the “Kampung Sejahtera Tanggungjawab  Bersama” pilot programme by the Sabah National Anti-Drug Agency (AADK). 

"I call upon all members in the meeting to take heed and to provide feedback on their  efforts to eradicate the drug problem in Sabah in order to achieve the Drug Under Control  2025 goal," he said.

He said drugs are still the country's Number 1 enemy, therefore all members of the council  must work together to eliminate the threat for the sake of the nation's future generation. 

Also present were Datuk James Ratib, Minister of Community Development and  People's Wellbeing, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, State Secretary, Datuk Jauteh Dikun, State Police Commissioner and new Sabah AADK Director, Elmariah Chung.  

Ends