Ekonomi Biru, pendorong perubahan untuk Kudat (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KUDAT: Daerah Kudat mempunyai banyak potensi untuk berkembang, terutamanya  dalam sektor Ekonomi Biru berdasarkan lokasi strategiknya yang hampir dengan negara  China, Korea Selatan, dan Jepun. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Ekonomi Biru, yang  dilancarkan tahun lalu, diharapkan dapat menjadi pendorong perubahan dalam  pemelbagaian ekonomi negeri ini. 

“Kudat, dengan kemudahan utamanya, termasuk laut dalam dan pelabuhan, sangat  sesuai untuk pembangunan ini. Begitu juga, Taman Perindustrian Kudat yang  dicadangkan, yang memfokuskan kepada industri berkaitan makanan laut dan logistik  perdagangan, diharapkan dapat memacu pembangunan ekonomi dan mencipta  peluang pekerjaan,” katanya. 

“Perkhidmatan feri baharu ke Palawan juga diharapkan dapat meningkatkan  perdagangan, pelancongan, dan perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS)  tempatan, serta mendorong pemelbagaian ekonomi,” katanya pada majlis perasmian  Pusat Pameran Galeri Sejarah Hakka dan Mercu Tanda Kapal-Gereja, Lausan di sini  hari ini. 

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir menyampaikan  ucapan Ketua Menteri. 

Hajiji memuji usaha Gereja Kristian Basel Malaysia (BCCM) membina Mercu Tanda  Kapal-Gereja dan Pusat Pameran Galeri Sejarah Hakka yang mempamerkan warisan  budaya komuniti Hakka Cina di Sabah yang berhijrah ke Kudat pada tahun 1883, lebih  dari seratus tahun yang lalu. 

“Sesungguhnya, kedua-dua mercu tanda bersejarah ini merupakan bukan sahaja  pencapaian seni bina dan budaya tetapi adalah simbol warisan, semangat komuniti, dan  perpaduan. 

“Kita menghargai bahawa tempat ini, yang dibina sebagai kompleks komuniti harta  warisan, akan berfungsi untuk mendidik generasi akan datang tentang akar dan identiti  mereka,” katanya.

Tambah beliau, pembangunan tapak ini yang akan menjadi destinasi pelancongan yang  unik adalah pemikiran kehadapan. 

“Daya tarik budaya dan sejarahnya akan menarik pelancong dari dekat dan jauh. Aliran  pengunjung yang ramai tidak hanya akan meningkatkan visibiliti Kudat tetapi juga akan  menghasilkan keuntungan ekonomi untuk komuniti setempat—mencipta pekerjaan,  menggalakkan keusahawanan, dan meningkatkan mata pencarian,” katanya. 

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha  seumpama itu sepenuhnya. 

“Kerajaan negeri komited dan sentiasa mengamalkan dasar keadilan dan kesaksamaan  untuk membantu rakyat, tanpa mengira bangsa atau agama. 

Beliau berkata tahun ini, kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM70 juta untuk badan agama bukan Islam, sekolah misi, dan sekolah swasta bagi memastikan keperluan  mereka dipenuhi. 

“Ini adalah peningkatan RM13.25 juta berbanding peruntukan 2024 sebanyak RM56.75  juta. Kami akan terus membantu untuk memastikan perpaduan, keharmonian kaum dan  toleransi agama yang kukuh akan terus wujud,” katanya. 

Tamat

 

English version

KUDAT: Kudat district has much more potential for growth, particularly in the Blue  Economy sector, due to its strategic location and proximity to countries such as China,  South Korea and Japan. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the Blue Economy, which  was launched last year, is also expected to be a game changer in the state’s economic  diversification.  

“Kudat, with its prime facilities, including deep seas and a port, is suitable for this  development. Likewise, the proposed Kudat Industrial Park, focusing on seafood-related  industries and trade logistics, is expected to drive economic development and create  jobs,” he said. 

“A new ferry service to Palawan is also expected to boost trade, tourism, and local SMEs,  diversifying the economy,” he said at the grand opening of the Hakka Historical Gallery  Exhibition Centre and Ship-Chapel Landmark, Lausan here today. 

Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Abidin Madingkir delivered the Chief  Minister’s speech. 

Hajiji commended the Basel Christian Church of Malaysia (BCCM) for completing the  Ship-Chapel Landmark and the Hakka Historical Gallery Exhibition Centre that  showcases the cultural legacy of the Chinese Hakka community in Sabah whose  ancestors set foot in Kudat in 1883, more than a hundred years ago. 

“Indeed, these two meaningful landmarks are not only architectural and cultural  achievements - they are symbols of heritage, community spirit, and unity. 

“We appreciate that this place, built as a community complex of heritage treasures, will  serve to educate future generations about their roots and identity,” he said. 

He added the development of the site into a unique tourist destination was forward thinking.  

“Its cultural and historical charm will attract tourists from near and far. The resulting influx  of visitors will not only enhance Kudat’s visibility but will also generate economic spin-offs for the local community—creating jobs, encouraging entrepreneurship, and  enhancing livelihoods,” he said. 

Hajiji assured the State Government would continue to support such endeavour fully.  

“The state government is committed and consistently practices a policy of fairness and  equality to assist the people, regardless of race or religion.  

He said this year, the Sabah government has allocated RM70 million for non-Muslim  religious bodies, mission schools, and private schools to ensure their needs are met. 

“This is an increase of RM13.25 million compared to the 2024 allocation of RM56.75  million. We will continue to assist to ensure unity, racial harmony and that strong religious  tolerance will prevail,” he said. 

Ends