SEDIA pohon 14 projek di bawah Rolling Plan Pertama RMK13 (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TUARAN: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) telah mengemukakan permohonan 14 projek, termasuk 10 projek baharu bernilai RM702 juta di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula awal tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap permohonan Sedia akan mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Kementerian Ekonomi.
Mempengerusikan mesyuarat Sedia di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama di Kampung Lok Batik di sini hari ini, Hajiji memuji Sedia kerana mengekalkan rekod sijil tanpa teguran dari segi pengurusan kewangan daripada Ketua Audit Negara selama 15 tahun berturut-turut.
"Pada masa yang sama, saya menyeru agar pemantauan semua projek di bawah kawalan Sedia hendaklah dilakukan dengan kerap dan bersungguh-sungguh agar masalah-masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan segera," katanya.
Hajiji, yang juga pengerusi Sedia, berkata dalam tempoh dua tahun ini pihak berkuasa itu telah berjaya menjalankan penyelidikan dan persidangan tentang sektor-sektor yang berpotensi untuk membangunkan aktiviti ekonomi Sabah.
"Sedia, dengan pembiayaan daripada Kementerian Ekonomi, telah menyiapkan Kajian Pembangunan Ekonomi Kawasan Sempadan Sabah, yang menyediakan satu pelan strategik komprehesif untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan di kawasan sempadan di Sipitang, Nabawan, Kalabakan dan Tawau.
"Kawasan-kawasan ini terletak secara strategik berhampiran Kalimantan Utara, Brunei dan Sarawak. Sembilan sektor ekonomi berpotensi tinggi telah dikenal pasti," katanya.
Beliau menyatakan bahawa sektor-sektor ekonomi tersebut termasuk pelancongan berasaskan komuniti, perikanan dan akuakultur, industri hiliran minyak sawit, biokimia, biofuel dan perdagangan rentas sempadan yang dijangkakan dapat meningkatkan Nilai Tambah Kasar kepada sumber sedia ada sebanyak 330 peratus kepada RM1.6 bilion dan membuka 10,660 peluang pekerjaan menjelang 2040.
Selain itu, satu kajian kebolehlaksanaan mengenai penternakan kerang darah yang dijalankan antara Sedia dan Jabatan Perikanan Malaysia dan Sabah telah mengenal pasti beberapa lokasi di Tawau, Semporna, Tuaran, Kudat, Beluran dan Teluk Padas Beaufort.
"Projek Kerang Darah, yang merupakan pertama di Sabah, mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu lebih daripada 3,000 orang," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerjasama yang dijalin antara Sedia dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah dapat menilai dan membimbing 10 kajian tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Hajiji berkata Sabah juga telah dipilih sebagai medan ujian pengunaan dron pengangkutan penumpang dan kargo yang bakal dilakukan oleh Sedia bersama FUTURISE Berhad, sebuah syarikat Kementerian Kewangan Malaysia, di lokasi sesuai yang sedang dikenal pasti.
Hajiji berkata Sedia telah melaksanakan lebih daripada 1,275 projek sejak 2009 melalui RMK9 hingga ke RMK12.
Ketua Menteri berkata dalam tempoh tersebut Sedia telah diperuntukkan sejumlah RM3.8 bilion dengan RM3.1 bilion telah disalurkan dan lebih kurang 90 peratus atau RM2.8 bilion telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek berimpak tinggi, people-centric, program pembasmian kemiskinan dan pembangunan modal insan.
"Melihat kepada inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan itu, saya mahu agar Sedia dan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk sentiasa mencari rakan strategik supaya dapat meneroka bidang-bidang baharu yang berpotensi menjana pendapatan dan peluang peluang pekerjaan," katanya.
Bercakap pada majlis Iftar bersama pengerusi masjid dan surau, Imam, Ketua-Ketua Kaum, Wakil Ketua-Ketua Kaum dan Ketua Kampung selepas mesyuarat Sedia, Hajiji bersyukur begitu banyak yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya sejak 2020.
“Ini membuktikan bahawa lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan jika kita terus komited dan fokus dalam mengurus negeri ini. Semua ini juga dapat dilakukan dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, terutamanya pemimpin akar umbi selain ditambah dengan kestabilan politik.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin di peringkat akar umbi atas komitmen mereka dan peranan penting yang telah mereka mainkan selama ini,” katanya.
Sempena majlis tersebut, Sedia menyampaikan sumbangan Kasih Ramadan kepada semua pengerusi masjid dan surau, Imam, Ketua-Ketua Kaum, Wakil Ketua-Ketua Kaum dan Ketua Kampung sebagai penghargaan untuk sumbangan mereka kepada masyarakat.
TAMAT
English version
TUARAN: The Sabah Economic Development and Investment Authority (Sedia) has submitted 14 project applications, including 10 new ones costing RM702 million under the First Rolling Plan of the 13th Malaysia Plan (13MP) beginning early next year.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hoped Sedia's applications would receive the necessary consideration and approval from the Ministry of Economy.
Chairing Sedia's meeting at the Rumpun Bajau Sama Cultural Centre in Kampung Lok Batik here today, Hajiji commended Sedia for maintaining its clean bill of financial health from the Auditor-General for 15 consecutive years.
"I want all projects under Sedia's supervision to be monitored regularly and diligently to ensure any arising problems can be resolved immediately," he said.
Hajiji, who is also chairman of Sedia, said that in the past two years, the authority has successfully conducted research and conferences on sectors that can boost Sabah's economic activities.
"Sedia, with funding from the Economy Ministry, has completed the Sabah Border Area Economic Development Study, which provides a comprehensive strategic plan to spur sustainable economic growth at the Sipitang, Nabawan, Kalabakan and Tawau borders.
"These areas are strategically located near Northern Kalimantan, Brunei and Sarawak. Nine high potential economic sectors have been identified," he said.
He said the economic sectors included community-based tourism, fishery and aquaculture, palm oil downstream industry, biochemical, biofuel and cross-border trade that has been projected to boost the Gross Value Added to existing resources by 330 per cent to RM1.6 billion and opened up 10,660 job opportunities by 2040.
Apart from that, a feasibility study on blood cockle farming carried out by Sedia and the Malaysia and Sabah Fisheries departments has identified several suitable locations in Tawau, Semporna, Tuaran, Kudat, Beluran and Teluk Padas Beaufort.
"The Blood Cockles project, which would be the first in Sabah, has the potential to be turned into a People Income Initiative (IPR) project to help more than 3,000 people," he said.
Meanwhile, he said the collaboration between Sedia and Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) has assessed and guided 10 local research with commercial potential.
Hajiji said Sabah was also chosen as the testing ground for passenger and cargo transportation drones prepared by Sedia and FUTURISE Berhad, a Malaysia Finance Ministry company at a suitable location.
Hajiji said Sedia had implemented more than 1,275 projects since 2009 through the 9th Malaysia Plan until the 12MP.
The Chief Minister said that during the same period, Sedia had been allocated a total of RM3.8 billion with RM3.1 billion received and about 90 per cent of it, or RM2.8 billion, had been spent to implement high-impact, people-centric, poverty eradication programme and human capital development projects, among others.
"Looking at the past, current and future initiatives, I want Sedia and other State Government agencies to continue looking for strategic partners so that they can explore new fields with the potential to generate income and job opportunities," he said.
Speaking at the Iftar ceremony with mosque and surau chairmen, Imam, Native Chiefs, Native Chief Representatives and Village Heads after meeting, Hajiji was glad to note that much has been done by the State Government in line with the Sabah Maju Jaya aspirations since 2020.
“This proved that more development could be carried out if we remained committed and focused on managing the state. All these were also made possible with the cooperation from all quarters, particularly the grassroots leaders, coupled with political stability.
“I want to take this opportunity to express my gratitude to all grassroots leaders for their commitment and the vital role they have played all these while.
In conjunction with the ceremony, Sedia presented Kasih Ramadan's contribution to all the mosque and surau chairmen, Imam, Native Chiefs, Native Chief Representatives and Village Heads as an appreciation for their contribution to society.
Ends
