Sabah dijangka menerima pelaburan keseluruhan berjumlah RM58.3 bilion (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Pelaburan asing dan domestik yang diluluskan secara keseluruhan di Sabah dalam sektor pembuatan sejak September 2020 dianggarkan berjumlah RM17.41 bilion daripada 73 syarikat.
Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Datuk Thomas Logijin berkata daripada 73 syarikat ini, sebanyak 52 telah pun beroperasi di negeri ini dengan pelaburan keseluruhan sebanyak RM7.8 bilion, mencipta 3,636 pekerjaan.
Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja Ketua Menteri ke Kementerian tersebut hari ini. Lawatan kerja ke MIDE menandakan lawatan Ketua Menteri ke semua kementerian negeri bermula tahun lalu untuk mendengar kemajuan dan pelaksanaan program yang sedang berjalan dan pelan baharu.
Logijin berkata dari 2022 hingga 2024, Sabah juga menerima cadangan pelaburan tambahan Baharu RM42.3 bilion yang menawarkan 32,996 pekerjaan, termasuk daripada Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (RM19.6 bilion), yang sedang dimuktamadkan.
Menurutnya, Esteel telah pun menerima Lesen Pembuatan Persekutuan (FML) pada 24 Januari tahun ini untuk projek Fasa Satu yang berjumlah RM5.77 bilion di Taman Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Beliau berkata yang lain termasuk Curix Sdn Bhd (KKIP), Barisan pengeluaran ketiga Kibing Group (KKIP), Tex Evolusi Waste Management Sdn Bhd (SOGIP) dan E Concern (Borneo) Sdn Bhd (SOGIP).
Logijin berkata MIDE juga sedang menyelaras cadangan pelaburan terkini daripada Kibing Group di Kimanis, TS Asia Green Infrastructure Sdn Bhd di POIC Lahad Datu dan PMB Technology/Press Metal di Sipitang.
“Secara keseluruhan, Sabah dijangka mendapatkan pelaburan berjumlah RM58.319 bilion,” katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Sabah’s overall approved foreign and domestic investments in the manufacturing sector since September 2020 are estimated at RM17.41 billion from 73 companies.
Ministry of Industrial Development and Entrepreneurship (MIDE) Permanent Secretary Datuk Thomas Logijin said of these 73 companies, 52 have already set up businesses in the state with a total investment of RM7.8 billion, creating 3,636 jobs.
He said this during the Chief Minister’s working visit to the Ministry here today. The visit to MIDE marked the end of the Chief Minister’s visit to all state ministries beginning last year to hear progress and implementation of on-going programmes and new plans going forward.
Logijin said from 2022 to 2024 Sabah also received new investment proposals worth an additional RM42.3 billion offering 32,996 jobs, including from Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (RM19.6 billion), which are currently being finalised.
According to him, Esteel had already received its Federal Manufacturing License (FML) on January 24 this year for its Phase One project costing RM5.77 billion at the Sipitang Oil and Gas Park (SOGIP).
He said the others included Curix Sdn Bhd (KKIP), Kibing Group's third production line (KKIP), Tex Evolusi Waste Management Sdn Bhd (SOGIP) and E Concern (Borneo) Sdn Bhd (SOGIP).
Logijin said MIDE was also currently coordinating the latest investment proposals from the Kibing Group at Kimanis, TS Asia Green Infrastructure Sdn Bhd at POIC Lahad Datu and PMB Technology/Press Metal in Sipitang.
“Overall, Sabah stands to gain RM58.319 billion worth of investments,” he said. Ends
