Kenaikan kadar elaun bulanan kepada 3,963 Ketua Adat di Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TAWAU: Seramai 3,963 pemimpin masyarakat (Ketua Adat) di Sabah akan mendapat purata 48 peratus kenaikan elaun bulanan mulai September tahun ini. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan elaun bulanan Ketua Daerah dinaikkan kepada RM3,500 daripada RM2,700 (29.6 peratus kenaikan), Ketua Anak Negeri kepada RM2,500 daripada RM1,700 (47.1 peratus peningkatan),Wakil Ketua Anak Negeri kepada RM1,300 daripada RM900 (44.4 peratus kenaikan), Ketua Kampung dan Kapitan kepada RM1,200 daripada RM700 (71.4 peratus kenaikan). 

Langkah itu akan memberi manfaat kepada 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan di seluruh negeri. 

Ketua Menteri membuat pengumuman demikian pada Sesi Ramah Mesra bersama pemimpin dan ahli Gagasan Sabah Bahagian Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini pada Ahad. 

Antara justifikasi kenaikan ini ialah sebagai pengiktirafan kedudukan terhormat Ketua Adat dalam masyarakat, termasuk peranan mereka sebagai hakim di Mahkamah Anak Negeri dan menampung perbelanjaan ketika menghadiri mesyuarat, kursus dan majlis rasmi di luar daerah. 

“Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan penting Ketua Adat sebagai pemimpin di peringkat akar umbi dan kenaikan itu bertujuan meningkatkan motivasi ketua adat untuk memberikan perkhidmatan yang penuh integriti kepada masyarakat, 

“Tambahan pula, ia telah lama tertunggak dengan semakan yang terakhir dilakukan pada tahun 2013. Elaun mereka kekal tidak berubah manakala kos sara hidup meningkat,” katanya. 

“Ini adalah bukti komitmen Kerajaan untuk memenuhi keperluan semua pihak dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya. 

Tamat

 

English Version

TAWAU: Some 3,963 community leaders (Ketua Adat) in Sabah will get an average of 48 per cent in monthly allowance increment beginning September this year. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor announced that the monthly allowance for District Chiefs will be raised to RM3,500 from RM2,700 (29.6 per cent increase), Native Chiefs (Ketua Anak Negeri) to RM2,500 from RM1,700 (47.1 per cent increase), Native Chief Representatives (Wakil Ketua Anak Negeri) to RM1,300 from RM900 (44.4 per cent increase), Village Heads and Kapitans to RM1,200 from RM700 (71.4 per cent increase). 

The move will benefit 57 District Chiefs, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Village Heads and 176 Kapitans throughout the state. 

The Chief Minister announced this at the meet and greet session with Tawau and Kalabakan Parti Gagasan Rakyat leaders and members today. 

Among the justifications for this increment is the recognition of the esteemed position of the Ketua Adat in the community, including their role as judges in the Native Court and to cover their expenses while attending meetings, courses and official functions outside the district. 

“The State Government recognises the important role of the Ketua Adat as grassroots leaders and the raise is intended to motivate the Ketua Adats to serve with integrity to the community, 

“Furthermore, it has been long overdue with the last upward revision done in 2013. Their allowance has remained unchanged since then while the cost of living has risen,” he stated. 

“This is a testament to the Government’s commitment to meeting the needs of everyone in providing quality service, in line with the Hala Tuju Sabah Maju Jaya aspirations,” he said. 

Ends