Sabah, Itali perkukuh kerjasama dua hala (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Sabah berharap dapat memperkukuh kerjasama dua hala dengan  Itali, khususnya dalam meneroka peluang pelaburan dalam sektor minyak dan gas,  pelancongan serta pendidikan tinggi. 

“Kita mengalu-alukan minat kerajaan dan komuniti perniagaan Itali untuk meneroka lebih  banyak peluang perniagaan di Sabah,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji  Hajiji Haji Noor selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Itali ke Malaysia,  Raffaele Langella, di Menara Kinabalu dekat sini hari ini. 

Ditemui selepas kunjungan hormat itu, Langella berkata, Itali sangat berminat untuk  meneroka peluang yang terdapat di Sabah. 

“Minat dalam kalangan pihak di Itali amat besar. Mereka mengetahui terdapat banyak  peluang yang boleh diteroka di Sabah. Namun, mereka memerlukan bantuan, mungkin  dari segi mengenal pasti peluang pelaburan. Oleh itu, saya telah berbincang dengan  Ketua Menteri mengenai cara untuk melaksanakannya. 

“Tahun depan merupakan Tahun Melawat Sabah 2027, jadi kami juga ingin  menghulurkan bantuan dalam usaha mempromosikan Sabah,” katanya. 

Langella berkata, Itali turut berminat untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor  pendidikan tinggi di Sabah. 

“Kerjasama antara universiti merupakan bidang yang sangat menarik dan berpotensi  besar. Universiti-universiti di Itali kini semakin berdaya saing dan amat berminat untuk  mengembangkan aktiviti mereka di rantau ini, khususnya di Sabah,” katanya. 

Beliau berharap pertemuan itu akan membuka jalan ke arah hubungan yang lebih erat  serta menghasilkan keputusan yang bermakna pada masa hadapan. 

Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela  Malakun. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Sabah looks forward to stronger bilateral cooperation with Italy in  terms of investment opportunities in the oil and gas, tourism and higher education  sectors. 

“We welcome the interest of the Italian government and businesses to explore the  business opportunities in Sabah further,” said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji  Hajiji Haji Noor after meeting with Italy Ambassador to Malaysia Raffaele Langella at  Menara Kinabalu near here today. 

Met after the courtesy call, Langella said Italy is very interested in exploring opportunities  in Sabah. 

“The interest in Italy is huge. They know there are many opportunities to explore in  Sabah. But they need assistance, perhaps in scouting for investments, so I discussed  with the Chief Minister how we are going to go about it. 

“Next year, it will be Visit Sabah Year 2027, so we would like to give a helping hand (in  promoting Sabah),” he said. 

Langella said Italy is also keen to explore opportunities in Sabah's higher education  sector. 

“University cooperation is a very interesting field and promising. Italian universities are  more and more competitive, and they are very much interested in expanding their  activities in this part of the world, and in Sabah in particular,” he said. 

He hoped the meeting would pave the way for stronger relations and lead to meaningful  decisions in the future. 

Also present was Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela  Malakun. 

Ends