KM: Pembangunan Sabah perlu dipergiat di setiap daerah (Dwibahasa)
SEMPORNA: Pembangunan Sabah tidak hanya dilihat dari Kota Kinabalu atau bandar-bandar besar di negeri ini, tetapi perlu dipergiatkan di setiap daerah mengikut keperluan dan kekuatan masing-masing sebagai ruang untuk terus membangun dan berkembang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata pembangunan komersial di Jalan Bubul perlu dilihat sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan Sabah, bukan hanya sebagai satu projek komersial.
Beliau berkata, Semporna mempunyai keistimewaan tersendiri dan namanya sudah berada di pentas dunia kerana keindahan pulau-pulau, kejernihan air laut serta tarikan pelancong khususnya bagi aktiviti menyelam.
“Semporna mempunyai aset semula jadi yang sangat bernilai. Namun, untuk memastikan potensi tersebut dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang lebih besar kepada rakyat, kita memerlukan pembangunan yang saling melengkapi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran 106 Unit Kedai Dua Tingkat Fasa 1 dan Pecah Tanah Projek Komersil Fasa 2 dan 3 Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah di Jalan Bubul, di sini, hari ini.
Hajiji berkata, sektor pelancongan perlu berkembang seiring dengan perkembangan perniagaan tempatan bagi mewujudkan peluang kepada usahawan tempatan, selain membuka peluang pekerjaan kepada anak muda Semporna dan memastikan masyarakat tempatan turut menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.
Katanya, kedudukan strategik kawasan komersial Jalan Bubul di sepanjang laluan utama Balung–Semporna memberikan potensi untuk kawasan itu berkembang sebagai salah satu kawasan perdagangan dan perniagaan baharu.
“Saya percaya, jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik, kawasan ini boleh menjadi salah satu pemangkin kepada perkembangan ekonomi di sekitar Semporna,” katanya.
Hajiji berkata, kawasan pembangunan berkenaan juga mempunyai kelebihan kerana terdapat sungai dan berhampiran dengan laut, justeru beliau mencadangkan kepada Ampe (Semporna) Sdn. Bhd. supaya turut mempertimbangkan pembinaan sebuah jeti.
Katanya, jika ada jeti yang sesuai dan cantik, ia boleh memberikan nilai tambah dengan membolehkan orang ramai menikmati pemandangan sungai dan laut, bersantai, menikmati matahari terbenam serta mengambil gambar.
“Kita ingin manfaatkan keindahan yang Allah sudah berikan kepada Semporna ini sebaik-baiknya,” katanya.
Hajiji berkata, tahun ini merupakan permulaan kepada satu fasa baharu pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) bagi tempoh 2026 hingga 2030, sebagai kesinambungan usaha yang dilaksanakan melalui SMJ 1.0.
Katanya, SMJ 2.0 disusun dengan matlamat melonjakkan daya saing, produktiviti dan nilai ekonomi Sabah, di samping memastikan pembangunan yang dilaksanakan kekal inklusif dan mampan.
“Kita mahu Sabah yang ekonominya lebih pelbagai, lebih banyak memberi peluang kepada rakyat dan kita mahu modal insan yang lebih bersedia menghadapi ekonomi masa hadapan. Dan kita mahu pembangunan yang akhirnya meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus menyediakan persekitaran kondusif kepada pembangunan dengan memperkukuh infrastruktur, memperbaiki penyampaian perkhidmatan dan menarik pelaburan yang sesuai, selain bekerjasama dengan sektor swasta serta semua pihak berkepentingan.
Hajiji turut menegaskan pembangunan Sabah bukan tanggungjawab kerajaan semata mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk sektor swasta, agensi pelaksana, usahawan dan rakyat.
“Kita tidak mahu Sabah hanya menjadi tempat pelaburan. Kita mahu anak Sabah menjadi sebahagian daripada pelaburan dan pertumbuhan itu,” katanya.
Beliau berkata, kemajuan mesti dirasai masyarakat di bandar dan luar bandar, usahawan besar dan kecil serta golongan muda dan generasi lebih berusia, sambil menegaskan kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada pembangunan setiap daerah kerana “tidak ada daerah yang terlalu jauh dan tidak ada potensi yang harus kita biarkan begitu sahaja.”
Tamat
SEMPORNA: Sabah’s development should not be viewed only from the perspective of Kota Kinabalu or major towns in the state, but must be intensified in every district according to their respective needs and strengths, providing room for continued growth and development.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the commercial development at Jalan Bubul should be seen as part of Sabah’s overall development journey and not merely as a commercial project.
He said Semporna has its own unique strengths and has already gained international recognition for the beauty of its islands, crystal-clear waters and tourism attractions, particularly diving activities.
“Semporna has highly valuable natural assets. However, to ensure that this potential can be translated into greater economic benefits for the people, we need development that complements one another,” he said.
He said this in his speech at the Launching Ceremony of 106 Units of Two-Storey Shoplots under Phase 1 and the Groundbreaking Ceremony for Phase 2 and 3 of the Sabah Housing and Town Development Authority (LPPB) Commercial Project at Jalan Bubul here today.
Hajiji said the tourism sector must grow in tandem with the development of local businesses to create opportunities for local entrepreneurs, while also opening up employment opportunities for Semporna’s youth and ensuring that local communities benefit from economic growth.
He said the strategic location of the Jalan Bubul commercial area along the main Balung–Semporna route gives it the potential to develop into one of the new trading and business hubs.
“I believe that if properly planned and implemented, this area can become one of the catalysts for economic growth in and around Semporna,” he said.
Hajiji said the development area also has the advantage of being located near a river and the sea, and therefore suggested that Ampe (Semporna) Sdn. Bhd. consider constructing a jetty.
He said an attractive and suitable jetty could provide added value by allowing people to enjoy views of the river and sea, relax, watch the sunset and take photographs.
“We want to make the best possible use of the beauty that Allah has bestowed upon Semporna,” he said.
Hajiji said this year marks the beginning of a new phase in Sabah’s development through the Sabah Maju Jaya Development Plan 2.0 (SMJ 2.0) for the 2026–2030 period, continuing the efforts implemented under SMJ 1.0.
He said SMJ 2.0 was formulated with the aim of boosting Sabah’s competitiveness, productivity and economic value, while ensuring that development remains inclusive and sustainable.
“We want a Sabah with a more diversified economy that provides more opportunities for the people, and we want human capital that is better prepared for the economy of the future. We also want development that ultimately improves the well-being of the people,” he said.
He said the State Government would continue to provide a conducive environment for development by strengthening infrastructure, improving service delivery and attracting suitable investments, while working closely with the private sector and all stakeholders.
Hajiji also stressed that Sabah’s development is not the responsibility of the government alone, but requires the cooperation of all parties, including the private sector, implementing agencies, entrepreneurs and the people.
“We do not want Sabah to merely be a destination for investment. We want Sabahans to be part of that investment and growth,” he said.
He said progress must be felt by communities in both urban and rural areas, by large and small entrepreneurs, as well as by the younger and older generations, stressing that the State Government would continue to give attention to the development of every district because “no district is too far away and no potential should be left untapped.”
Ends