Kerajaan Negeri aktifkan PKOB Negeri dan di Kota Kinabalu, Keningau, Papar (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan PKOB peringkat daerah di Kota Kinabalu, Keningau dan Papar berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri bacaan 200.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata perkara ini telah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini.
“Pelan tindakan mengikut kawasan ini adalah berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” katanya.
Setakat jam 5 petang pada Selasa (1 September) bacaan IPU di Kota Kinabalu adalah 177, Tawau (153), Keningau (165), Kimanis, Papar (166) dan Politeknik Kota Kinabalu (153). Kesemuanya adalah dalam tahap “Tidak Sihat.”
Zainudin berkata Ketua Menteri juga telah dimaklumkan bahawa peningkatan IPU dipengaruhi oleh pergerakan angin menghala ke arah Sabah dan dijangka meningkat dengan konsisten selagi tiada hujan berlaku di Kalimantan.
Beliau berkata berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, kesemua kawasan Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, Kimanis dan Politeknik Kota Kinabalu adalah dikategorikan dalam tahap Amaran 1A.
“Bagi tahap Amaran 1A, antara tindakan yang ditetapkan ialah menghentikan aktiviti di luar bilik darjah, menangguhkan aktiviti kokurikulum dan sukan, memberikan hebahan kepada orang awam berkenaan bacaan IPU serta langkah berjaga-jaga, meningkatkan penguatkuasaan dan mempergiatkan pemantauan terhadap industri serta tapak pelupusan sampah,” katanya.
Zainudin berkata pengisytiharan darurat atau bencana jerebu akan dilaksanakan apabila bacaan IPU mencecah 500 dan ke atas.
Beliau mencadangkan agar aktiviti rasmi Kerajaan Negeri dibatalkan atau ditangguhkan sekiranya bacaan IPU mencapai atau melebihi 200, manakala aktiviti di dalam bangunan masih dibenarkan.
Zainudin berkata Kerajaan Negeri juga akan mengesyorkan agar sekolah-sekolah di kawasan yang mencapai bacaan atau melebihi 200 ditutup dan menjalani pembelajaran dari rumah.
“Dicadangkan agar pelaksanaan solat hajat diadakan di setiap daerah bagi umat Islam sebagai salah satu usaha memohon perlindungan dan kesejahteraan.
“Pada masa yang sama, rumah-rumah ibadah agama lain turut disarankan untuk melaksanakan aktiviti keagamaan yang bersesuaian mengikut kepercayaan dan amalan masing-masing,” katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: The State Government has activated the State Disaster Operations Command Centre (PKOB), as well as district-level PKOBs in Kota Kinabalu, Keningau and Papar, as the Air Pollutant Index (API) readings approached 200.
State Secretary Datuk Zainudin Aman, who is also Chairman of the State Disaster Management Committee (JPBN), said the matter was brought to the attention of Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor today.
“The action plan in accordance with areas is based on the National Haze Action Plan,” he said.
As of 5pm on Tuesday (September 1), the API readings in Kota Kinabalu were 177, Tawau (153), Keningau (165), Kimanis, Papar (166) and Kota Kinabalu Polytechnic (153). All were classified as “Unhealthy.”
Zainudin said the Chief Minister was also informed that the increase in API readings was influenced by wind movement towards Sabah and was expected to continue rising steadily as long as there was no rain in Kalimantan.
He said that based on the National Haze Action Plan, Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, Kimanis and Kota Kinabalu Polytechnic were all categorised under Alert Level 1A.
“For Alert Level 1A, among the prescribed measures are suspending activities outside classrooms, postponing co-curricular and sports activities, informing the public of API readings and precautionary measures, stepping up enforcement and intensifying monitoring of industries and landfill sites,” he said.
Zainudin said a haze emergency or disaster would be declared when API readings reached 500 and above.
*He suggested that official State Government activities be cancelled or postponed if the API reading reaches or exceeds 200, while indoor activities would still be allowed.*
*Zainudin said the State Government would also recommend that schools in areas where the API reading reaches or exceeds 200 be closed and switch to learning from home.*
“It is proposed that solat hajat be held in every district for Muslims as part of efforts to seek protection and well-being.
“At the same time, houses of worship of other religions are also encouraged to hold appropriate religious activities in accordance with their respective beliefs and practices,” he said.
Ends