Empat lokasi Sabah catat IPU tidak sihat (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Empat lokasi di Sabah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran  Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi hari ini, susulan keadaan kualiti  udara yang kurang baik di beberapa kawasan negeri. 

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah yang dikemas kini pada 1  September 2026, Kota Kinabalu mencatat bacaan tertinggi 171, diikuti Kimanis dan  Keningau masing-masing 156, manakala Tawau 132. Sandakan pula merekodkan  bacaan IPU 91, yang dikategorikan sebagai sederhana. 

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah  menasihatkan orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung  dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, supaya mengurangkan aktiviti di  luar rumah serta mengelakkan aktiviti fizikal dan lasak. 

Mereka yang perlu keluar rumah disaran memakai pelitup muka yang sesuai, selain  meminum air secukupnya, menjaga kebersihan diri selepas aktiviti luar dan memastikan  pengudaraan dalam bangunan berada pada tahap baik. 

JPBN turut mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran terbuka dan  sentiasa mengikuti perkembangan bacaan IPU serta nasihat terkini daripada JAS dan  pihak berkuasa kesihatan.  

Sementara mereka yang mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas atau sakit dada  dinasihatkan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran. 

JPBN Sabah akan terus memantau perkembangan kualiti udara di seluruh negeri dan  menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi  mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada udara tercemar. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Four locations in Sabah recorded Air Pollutant Index (API) readings  at unhealthy levels as of 8 am today, following poor air quality conditions in several parts  of the state. 

Based on data from the Sabah Department of Environment (DOE), updated on  September 1, 2026, Kota Kinabalu recorded the highest reading at 171, followed by  Kimanis and Keningau at 156 each, while Tawau recorded 132. Sandakan recorded an  API reading of 91, which is categorised as moderate. 

In view of this, the Sabah State Disaster Management Committee (JPBN) advised the  public, particularly children, senior citizens, pregnant women and individuals with  respiratory problems, to reduce outdoor activities and avoid strenuous physical activities. 

Those who need to go outdoors are advised to wear suitable face masks, drink sufficient  water, maintain personal hygiene after outdoor activities and ensure good ventilation  indoors. 

JPBN also reminded the public to avoid open burning and to keep abreast of the latest  API readings as well as advisories issued by the DOE and health authorities. 

Meanwhile, those experiencing symptoms such as coughing, shortness of breath, or  chest pain are advised to seek treatment at the nearest healthcare facility. 

Sabah JPBN will continue to monitor air quality conditions throughout the state and  advised the public to take precautionary measures to reduce health risks arising from  exposure to polluted air. 

Ends