KM: Bertenang dan patuhi arahan pihak berkuasa (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menasihati penduduk di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya bertenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa susulan amaran tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berlaku di Mindanao, Selatan Filipina, pagi tadi.
Ketua Menteri berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di daerah daerah berkenaan telah diaktifkan bagi menangani situasi tersebut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan bahawa ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan berkenaan bermula jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.
“Adalah penting untuk rakyat kekal bertenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” kata Hajiji.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri sedang memantau keadaan itu dengan rapi.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor advised people in Tawau, Kunak, Semporna and Lahad Datu to remain calm and follow instructions of the authorities in the wake of a tsunami warning following the 7.9 magnitude earthquake in Mindanao, southern Philippines this morning.
The Chief Minister said the Disaster Management Commitee (JPBD) in the respective districts have been activated to handle the situation.
The Malaysia Meteorological Department has issued a statement that a 0.4 metre tsunami is expected to hit these districts from 10.30am until 12 noon today.
"It is important for the people to remain calm and always adhere to the instructions of the authorities," said Hajiji.
He added the State Government through the Disaster Command Centre is monitoring the situation closely.
Ends