Model pertumbuhan seimbang tangani isu alam sekitar dan pembangunan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan model pertumbuhan  seimbang dalam menangani isu alam sekitar dan pembangunan di Sabah, kata Ketua  Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“Sabah tidak mahu pembangunan yang memusnahkan alam sekitar kita. Namun Sabah  juga tidak boleh menerima pendekatan yang mana idealisme alam sekitar melambatkan  kemajuan rakyat kita. 

“Kita mesti menolak kedua-dua ekstrem ini. Kita tidak mahu pembangunan yang melulu.  Tetapi kita juga tidak mahu peralihan yang tidak realistik. Jalan ke hadapan bagi Sabah  ialah model pertumbuhan seimbang. 

“Itulah pertumbuhan dengan disiplin; pemuliharaan dengan nilai; pelaburan dengan  tanggungjawab; peralihan tenaga dengan kemampuan dan kemampanan dengan  keadilan,” katanya pada sidang kemuncak Powering Green Growth: Sabah and  Malaysia in the Age of Sustainability World Green and Sustainability (WGSS) di Shangri La Tanjung Aru Resort dekat sini pada Isnin. 

Beliau berkata Sabah mungkin sebuah negeri kecil dalam sebuah negara kecil, namun  mempunyai kekuatan dan aset yang semakin bernilai dalam dunia hari ini. 

“Kita dikurniakan modal semula jadi yang kaya dan biodiversiti luar biasa. Kita  mempunyai sumber daratan dan maritim yang luas. Kita mempunyai potensi tenaga,  kedudukan geografi yang strategik dan kestabilan politik. Dan yang paling penting, kita  mempunyai generasi muda yang bersedia membantu membentuk ekonomi masa  depan. 

“Peluang yang ada di hadapan Sabah amat besar. Sabah telah menunjukkan prestasi  cemerlang dalam melindungi kawasan hutan simpan yang luas, memelihara biodiversiti  yang penting di peringkat global serta mengekalkan antara kadar tertinggi kawasan  perlindungan di rantau ini. 

“Hari ini, Sabah diiktiraf sebagai pemimpin penting dalam pemuliharaan, bukan sahaja  di Malaysia malah di seluruh Asia Tenggara. Disebabkan itu, Sabah berada pada  kedudukan terbaik untuk menjadi destinasi pelaburan yang bertanggungjawab dan  mampan,” katanya. 

Hajiji berkata fasa pertumbuhan hijau Sabah seterusnya adalah bergerak kepada  pemuliharaan yang mempunyai nilai.

“Kita sedang beralih daripada melindungi sumber kepada membangunkan industri yang  bertanggungjawab berasaskan sumber tersebut. Kita juga sedang beralih daripada  hanya menjadi penyumbang hijau kepada peneraju ekonomi hijau. 

“Ini bermakna membangunkan pasaran karbon yang berwibawa dan memberi manfaat  kepada Sabah. Ia juga bermakna menarik pelaburan hijau berkualiti yang mewujudkan  nilai ekonomi sebenar, serta mengembangkan industri berasaskan tenaga boleh  diperbaharui, pertanian mampan, ekonomi biru, ekopelancongan dan inovasi  berasaskan biodiversiti. 

“Ia juga bermakna memastikan syarikat tempatan, pekerja tempatan dan komuniti  tempatan menjadi sebahagian daripada rantaian nilai,” katanya. 

Ketua Menteri berkata jauh sebelum kemampanan menjadi agenda antarabangsa,  Sabah sudah pun melindungi hutan, lautan, hidupan liar dan sebahagian daripada  ekosistem terkaya di rantau ini. 

“Hari ini, hampir 30 peratus keluasan tanah Sabah berada di bawah Kawasan  Perlindungan Sepenuhnya (Totally Protected Areas), dan itu bukan satu komitmen yang  kecil,” katanya. 

Beliau berkata WGSS merupakan platform penting untuk membincangkan isu  kemampanan yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan masa depan generasi  muda. 

Namun katanya, kemampanan bukan sekadar kedengaran baik di dewan persidangan,  tetapi ia juga mesti berfungsi di lapangan dan masuk akal kepada rakyat. 

“Peralihan hijau yang terlalu mahal untuk keluarga biasa bukanlah sesuatu yang  mampan. Dasar yang melindungi masa depan tetapi membebankan masa kini perlu  dinilai dengan teliti. 

“Model pembangunan yang kelihatan baik di peringkat antarabangsa tetapi  melemahkan daya saing tempatan bukanlah model yang tepat untuk Sabah. Bagi  Sabah, kemampanan mesti bersifat praktikal. Ia mesti adil. Ia mesti mampu  dilaksanakan dan paling penting, ia mesti memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: The State Government is adopting a balanced model of growth  approach in dealing with Sabah’s environment and development issues, said Chief  Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.  

“Sabah does not want development that destroys our environment. But Sabah also  cannot accept an approach where environmental idealism delays the progress of our  people. 

“We must reject both extremes. We do not want reckless development. But we also do  not want an unrealistic transition. The way forward for Sabah is a model of balanced  growth.  

“That is growth with discipline; Conservation with value; Investment with responsibility;  Energy transition with affordability and sustainability with justice,” he said at the  Powering Green Growth: Sabah and Malaysia in the Age of Sustainability World Green  and Sustainability Summit (WGSS) at Shangri-La Tanjung Aru Resort near here on  Monday.  

He said Sabah may be a small state within a small nation, but it possesses strengths  and assets that are becoming increasingly valuable in today’s world.  

“We are blessed with rich natural capital and extraordinary biodiversity. We have vast  land and maritime resources. We have energy potential, strategic geographical  positioning, and political stability. And, most importantly, we have a young generation  ready to help shape the economy of the future.  

“The opportunities before Sabah are immense. Sabah has done exceptionally well in  protecting our vast forest reserves, preserving globally important biodiversity, and  maintaining one of the highest proportions of protected land in this region.  

“Today, Sabah is recognised as an important leader in conservation, not only within  Malaysia, but also across Southeast Asia. And because of that, Sabah is well positioned  to become a destination for responsible and sustainable investment,” he said.  

Hajiji said Sabah’s next green growth phase is to move to conservation with value.  

“We are moving from protecting resources to building responsible industries around  those resources. We are moving from being only a green contributor to becoming a  green economy leader. 

“That means developing credible carbon markets that benefit Sabah. It means attracting  quality green investments that create real economic value, and growing industries  around renewable energy, sustainable agriculture, the blue economy, eco-tourism, and  biodiversity-based innovation. 

“It means ensuring that local companies, local workers and local communities are part  of the value chain,” he said. 

The Chief Minister said that long before sustainability became an international agenda,  Sabah was already protecting its forests, oceans, wildlife, and some of the richest  ecosystems in this region. 

“Today, almost 30 per cent of Sabah’s landmass is under Totally Protected Areas (TPA),  which is not a small commitment,” he said. 

He said the WGSS is an important platform for discussing sustainability issues that affect  people’s lives and the future of younger generations. 

However, he said, sustainability cannot sound good only in conference halls, but it must  also work on the ground and make sense to the people. 

“A green transition that is too expensive for ordinary families is not sustainable. A policy  that protects the future but burdens the present must be carefully reviewed. 

“A development model that looks good internationally, but weakens local  competitiveness, cannot be the right model for Sabah. For Sabah, sustainability must be  practical. It must be fair. It must be affordable and above all, it must serve the people,”  he said. 

Ends