Sabah kekal status negeri karbon negatif (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

SOOK: Sabah masih mengekalkan status sebagai net carbon sink atau negeri karbon  negatif berdasarkan data inventori gas rumah hijau serta laporan terkini, kata Ketua  Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

"Status ini disokong oleh keluasan kawasan berhutan yang signifikan di negeri ini, yang  menyumbang secara besar kepada kapasiti penyerapan karbon negara,” katanya pada  perasmian Hari Hutan Antarabangsa Kebangsaan di Dataran Sook pada Sabtu. 

Menurut beliau peranan hutan dalam mengurangkan impak pemanasan global akibat  Perubahan Iklim menjadi sangat kritikal kerana hutan berfungsi sebagai “carbon sink”,  iaitu kawasan yang menyerap lebih banyak karbon dioksida yang dilepaskan ke  atmosfera, seterusnya membantu menstabilkan sistem iklim global.  

Secara tidak langsung, hutan yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada  aktiviti karbon khususnya hutan paya dan bakau boleh dikembangkan dalam sektor  ekonomi alam semulajadi selaras dengan pembangunan sektor Blue Economy dan  Green Economy di peringkat negeri, katanya. 

Katanya lagi, pendekatan pengurusan hutan secara inklusif yang melibatkan komuniti  mampu mencapai keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan  sosio-ekonomi rakyat. 

Ini terbukti melalui inisiatif Jabatan Perhutanan Sabah melaksanakan projek-projek  bersama komuniti setempat di bawah Tabung Projek Pemulihan Hutan, katanya. 

Program berasaskan komuniti ini termasuklah program penanaman semula hutan  terosot melalui pendekatan pemulihan landskap hutan, pemulihan kawasan tadahan air,  serta pembangunan sumber pendapatan alternatif berasaskan hasil hutan bukan kayu  seperti madu kelulut dan rotan. 

Usaha Kerajaan Negeri turut dibantu melalui penyaluran peruntukan berterusan di  bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan juga Tabung Ecological Fiscal Transfer  (EFT), katanya. 

“Saya dimaklumkan, di bawah Rolling Plan-One (RP-1), Jabatan Perhutanan Sabah  telah diperuntukkan sebanyak RM70.8 juta bagi tujuan pelaksanaan projek-projek  perhutanan di Sabah, dalam tempoh RMK13. 

“Melalui EFT pula, Sabah adalah di antara wilayah penerima dana terbesar, iaitu  sebanyak RM126.36 juta sejak tahun 2019. Dana ini telah digunakan untuk  melaksanakan projek konservasi biodiversiti. Ini juga menunjukkan pengiktirafan  daripada Kerajaan Persekutuan ke atas usaha konservasi yang dijalankan di wilayah  ini,” katanya. 

Hajiji berkata tema Hari Hutan Antarabangsa, “Hutan dan Ekonomi”, amat bertepatan  bagi menonjolkan peranan hutan bukan sahaja sebagai khazanah alam, tetapi juga  sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. 

Sementara itu, Hajiji mengalu-alukan pemilihan daerah Sook sebagai hos kepada majlis  ini di luar kawasan ibu negara yang membuka ruang dan peluang kepada rakyat di  pedalaman untuk sama-sama meraikan Hari Hutan Antarabangsa peringkat  kebangsaan. 

“Ini tentunya atas inisiatif dan sokongan padu daripada Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup,  selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia. 

“Kebetulan juga Sook ini baharu juga dinaiktaraf dan diwartakan sebagai daerah penuh  pada April tahun lalu; dan hari ini mendapat penghormatan sebagai tuan rumah untuk  sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada dearah  dan penduduk Sook,” katanya. 

Tamat

 

English Version

SOOK: Sabah continues to maintain its status as a net carbon sink or carbon-negative  state based on greenhouse gas inventory data and the latest reports, said Chief Minister  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“This status is supported by the significant forested areas in the state, which contribute  greatly to the nation’s carbon absorption capacity,” he said at the opening of the National  International Forest Day celebration at Dataran Sook on Saturday. 

According to him, the role of forests in reducing the impact of global warming caused by  Climate Change has become increasingly critical because forests function as “carbon  sinks”, namely areas that absorb more carbon dioxide released into the atmosphere,  thereby helping to stabilise the global climate system. 

Indirectly, forests that have been identified as contributors to carbon-related activities,  particularly peat swamp and mangrove forests, can also be expanded within the natural  economy sector in line with the development of the Blue Economy and Green Economy  sectors at the state level, he said. 

He added that an inclusive forest management approach involving local communities is  capable of achieving a balance between environmental conservation and the socio economic wellbeing of the people. 

This is evident through initiatives by the Sabah Forestry Department in implementing  projects with local communities under the Forest Restoration Project Fund, he said. 

These community-based programmes include reforestation of degraded forests through  the forest landscape restoration approach, rehabilitation of water catchment areas, as  well as the development of alternative income sources based on non-timber forest  products such as kelulut honey and rattan. 

The State Government’s efforts are also supported through continuous allocations under  the 13th Malaysia Plan (13MP) and the Ecological Fiscal Transfer (EFT) Fund, he said. 

“I was informed that under Rolling Plan-One (RP-1), the Sabah Forestry Department has been allocated RM70.8 million for the implementation of forestry projects in Sabah  during the 13MP period.

“Through the EFT as well, Sabah is among the largest recipients of funds, amounting to  RM126.36 million since 2019. These funds have been used to implement biodiversity  conservation projects. This also reflects the Federal Government’s recognition of the  conservation efforts carried out in this region,” he said. 

Hajiji said the International Forest Day theme, “Forests and Economy”, is highly  appropriate in highlighting the role of forests not only as a natural treasure, but also as  a driver of sustainable economic growth. 

Meanwhile, Hajiji welcomed the selection of Sook district as the host for the celebration  outside the state capital, saying it provides opportunities for people in the interior to  jointly celebrate International Forest Day at the national level. 

“This is certainly due to the initiative and strong support from Dato’ Sri Arthur Joseph  Kurup, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability Malaysia. 

“It is also timely as Sook was only recently upgraded and gazetted as a full district in  April last year, and today it is honoured to host the National-level International Forest  Day celebration. Congratulations to the district and the people of Sook,” he said. 

Ends