Memperkukuh sokongan kepada pesakit HIV/AIDS (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri kekal komited dalam memperkukuh sokongan  kepada golongan yang memerlukan, termasuk pesakit HIV/AIDS yang rentan di Sabah,  kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“Dalam perjuangan bersama ini, respons kita mesti menyeluruh dan meluas. Kita kekal  komited sepenuhnya untuk memastikan usaha kita sampai kepada komuniti di seluruh  Sabah supaya tiada sesiapa pun, walau sejauh mana lokasi mereka, tercicir. 

“Usaha ini turut diperkukuh menerusi kepimpinan dan hala tuju strategik Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pelan Strategik Nasional Menamatkan AIDS2030 (NSPEA2030), yang terus memandu dan menyelaras respons HIV/AIDS negara. 

“Ketika Malaysia berusaha mencapai matlamat Menamatkan AIDS 2030,  memperluaskan akses kepada rawatan dan meningkatkan pematuhan terhadap  rawatan kekal menjadi keutamaan agenda nasional ini,” katanya pada Majlis Minum  Petang Red Ribbon Kota Kinabalu yang dianjurkan oleh Yayasan AIDS Malaysia (MAF) di Hotel Hilton di sini pada Ahad. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk  Caesar Mandela Malakun. 

Beliau berkata inisiatif yang memperkukuh sistem sokongan kepada individu yang hidup  dengan HIV/AIDS adalah tepat pada masanya dan amat diperlukan. 

“Walaupun perkhidmatan rawatan dan penjagaan disediakan secara percuma oleh  Kerajaan, masih ramai individu rentan berdepan halangan praktikal dan kewangan untuk  mendapatkan rawatan secara konsisten, khususnya mereka daripada golongan  berpendapatan rendah dan komuniti luar bandar,” katanya. 

Sehubungan itu, program seperti Sabah Health Access Programme (SHAPE)  berperanan sebagai mekanisme sokongan penting selain inisiatif KKM iaitu  Differentiated HIV Services for Key Populations (DHSKP) dan klinik kesihatan terpilih di  seluruh Sabah. 

“Program-program ini membantu golongan rentan untuk terus mendapatkan rawatan  dan penjagaan secara lebih konsisten dan berkesan. 

“Ia juga membantu merapatkan jurang kemiskinan yang dihadapi rakyat Sabah kurang  berkemampuan yang hidup dengan HIV/AIDS melalui sokongan berterusan terhadap akses rawatan dan penjagaan seperti bantuan pengangkutan ke hospital dan klinik,  elaun makanan serta keperluan asas harian,” katanya. 

Ketua Menteri berkata sokongan sedemikian mungkin kelihatan sederhana, namun ia  sering menjadi faktor penting dalam memastikan pesakit dapat meneruskan rawatan  secara konsisten sambil menjalani kehidupan dengan lebih bermaruah, stabil dan penuh  harapan. 

Pada masa sama, beliau menegaskan usaha pencegahan dan pendidikan perlu  dipertingkatkan. 

“Peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan golongan muda, khususnya melalui  penularan seksual, memerlukan perhatian serius dan berterusan,” katanya. 

Beliau berkata, sama penting ialah keperluan menangani stigma dan maklumat salah  yang terus menghalang kemajuan bermakna dalam respons terhadap HIV. 

“Kita mesti memupuk masyarakat yang mendekati cabaran kesihatan awam dengan  belas ihsan, kematangan dan kefahaman berasaskan bukti,” katanya. 

Hajiji mengakui Kerajaan tidak mampu menangani cabaran ini secara bersendirian  memandangkan kerumitan epidemik HIV/AIDS memerlukan pendekatan seluruh  masyarakat serta kerjasama kukuh antara agensi kerajaan, institusi kesihatan,  organisasi masyarakat sivil, pemimpin komuniti dan sektor swasta. 

Dalam hal ini, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri Sabah amat menggalakkan  peningkatan penglibatan sektor korporat dalam menyokong inisiatif HIV/AIDS di Sabah. 

“Penglibatan organisasi seperti PETRONAS, Sunway Group dan Sime Darby  membuktikan bagaimana tanggungjawab bersama dan tindakan kolektif mampu  mewujudkan impak yang lebih besar, terselaras dan mampan. 

“Ini menekankan kepentingan kerjasama berterusan bagi memastikan respons  HIV/AIDS yang lebih inklusif dan mampan,” katanya. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib,  Penaung MAF Borneo, Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu serta  Pengerusi MAF, Dato Dr Adeeba Kamarulzaman. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: The State Government remains steadfast in strengthening support  for those in need, including vulnerable HIV/AIDS patients in Sabah, said Chief Minister  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“In this shared struggle, our response must be seamless and far-reaching. We remain  deeply committed to ensuring our efforts reach communities across Sabah so that no  one, regardless of how remote, is left behind. 

“These efforts are further strengthened through the leadership and strategic direction of  the Ministry of Health (MOH) under the National Strategic Plan on Ending AIDS 2030 (NSPEA2030), which continues to guide and coordinate the nation’s HIV/AIDS  response. 

“As Malaysia works towards the Ending AIDS 2030 goals, expanding access to  treatment and improving adherence remain key priorities of this national agenda,” he  said at the Red Ribbon Kota Kinabalu High Tea organised by the Malaysia AIDS Foundation(MAF) at the Hilton Hotel here on Sunday. 

His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Caesar  Mandela Malakun. 

He said initiatives that strengthen support systems for people living with HIV/AIDS are  both timely and necessary. 

“While treatment and care services are provided free by the Government, many  vulnerable individuals still face practical and financial barriers to consistent care,  especially those from low-income backgrounds and remote communities,” he said. 

Hence, programmes such as the Sabah Health Access Programme (SHAPE) served as  an important support mechanism alongside initiatives such as MOH’s Differentiated HIV  Services for Key Populations (DHSKP) and selected Health Clinics across Sabah. 

“These programmes help vulnerable individuals continue accessing treatment and care  more consistently and effectively. 

“They also help bridge the poverty gap faced by underprivileged Sabahans living with  HIV/AIDS by supporting continued access to treatment and care, such as assistance  with transportation to hospitals and clinics, food allowances, and basic daily necessities,”  he said. 

The Chief Minister said this support may seem simple, but it is often critical in enabling  patients to continue treatment consistently, while living with greater dignity, stability, and  hope. 

At the same time, he stressed that prevention and education efforts are of the utmost  importance and must be intensified. 

“The growing number of HIV infections among young people, particularly through sexual  transmission, requires serious and sustained attention,” he said. 

Equally important, he said, is the need to address stigma and misinformation, which  continue to hinder meaningful progress in the HIV response. 

“We must foster a society that approaches public health challenges with compassion,  maturity, and evidence-based understanding,” he said. 

Hajiji acknowledged that the Government cannot address these challenges alone due  to the complexity of the HIV/AIDS epidemic, which requires a whole-of-society approach  and strong collaboration among government agencies, healthcare institutions, civil  society organisations, community leaders, and the private sector. 

In this regard, the Chief Minister said the Sabah State Government is encouraged by the  growing participation of the corporate sector in supporting HIV/AIDS response initiatives  in Sabah. 

“The involvement of organisations such as Yayasan PETRONAS, Sunway Group,  Berjaya Corporation Bhd and Affin Bank, among others demonstrates how shared  responsibility and collective action can create greater, more coordinated, and more  sustainable impact. 

“This underscores the importance of continued collaboration to ensure a more inclusive  and sustainable HIV/AIDS response,” he said. 

Also present were Malaysia’s Deputy Health Minister Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Patron of MAF Borneo, Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu and  Chairman of MAF, Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman. 

Ends