Barter trade akan dikaji, ambil kira aspek keselamatan dan ekonomi (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
SANDAKAN: Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan menghidupkan semula perdagangan tukar barang atau 'barter trade' di antara negeri ini dan selatan Filipina.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengakui pihaknya menerima banyak cadangan mengenai perkara itu, namun kajian terperinci perlu dibuat sebelum ia dilaksanakan.
Katanya, pelbagai aspek perlu diambil kira, khususnya berkaitan keselamatan dan kebaikan aktiviti itu kepada peniaga serta ekonomi di negeri ini.
"Kita akan kaji..banyak pihak memberikan cadangan mengenai perkara ini. Semua aspek kita akan ambil kira, khususnya keselamatan dan kebaikannya kepada ekonomi kita.
"Kita akan bincang perkara ini nanti dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke beberapa pulau yang menempatkan pos keselamatan negara di perairan Sandakan, di sini, pada Selasa.
Ia sempena Program Lawatan Tinjauan Keselamatan Ketua Menteri Ke Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) yang turut disertai Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos.
Turut serta ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Jafry Arifin, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jamri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab,Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.
Hajiji bersama rombongan memulakan lawatan ke Pulau Bakungan Kecil, sebelum ke Pulau Selingan dan Pulau Langkayan.
Mengulas lawatannya, Ketua Menteri berkata program itu bertujuan meninjau keadaan di pulau terbabit yang menempatkan penguatkuasa Taman-Taman Sabah (TTS) dan pasukan keselamatan, sama ada polis atau tentera.
Katanya, lawatan itu juga membolehkan beliau bersama rombongan melihat sendiri keadaan pos keselamatan yang ditempatkan di pulau-pulau sekitar perairan Sandakan.
"Hasil tinjauan ini, saya lihat semua kesiapsiagaan pasukan keselamatan, termasuk fasiliti di pos kawalan dalam keadaan baik semua, fasiliti juga sudah ditambah.
"Saya telah bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dan banyak aset diberi peruntukan walaupun masih banyak lagi yang diperlukan.
"Ini amat penting untuk pasukan keselamatan mengawasi perairan kita, terutama aset canggih yang boleh memantau mereka yang mungkin mahu masuk ke negara kita," katanya.
Ketua Menteri turut menyatakan keyakinannya terhadap kekuatan aspek keselamatan perairan pantai timur Sabah dalam membantu meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan itu, khususnya pelancongan.
"Sudah lama tiada insiden dilapor berlaku di perairan kita, ini sudah tentu menggalakkan pelancongan di pantai timur Sabah. Apabila keadaan aman dan keselamatan terjamin, ramai pelancong suka datang sini dan pelancongan berkembang.
"Pulau Sipadan antaranya menjadi tumpuan sebagai destinasi selaman terbaik dunia, jadi kita kena jaga keselamatan untuk memastikan tarikan pelancongan ini terus menjadi tumpuan pengunjung," katanya.
Tamat
English version
SANDAKAN: The State Government will study the proposal to revive barter trade between Sabah and the southern Philippines.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor acknowledged that his administration has received many proposals on the matter, but said a detailed study must be conducted before it can be implemented.
He said various aspects need to be considered, particularly those related to security and the benefits of such activities to traders and the state’s economy.
“We will study this. Many quarters have proposed this. All aspects will be taken into account, especially on security and its benefits to our economy.
“We will discuss this later at meetings of the National Security Council (MKN) and the State Development Action Council,” he said.
He said this when met by reporters after a working visit to several islands housing national security posts in Sandakan waters, here, on Tuesday.
The visit was in conjunction with the Chief Minister’s Security Inspection Programme to the Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE), which was also attended by Sabah Police Commissioner Datuk Jauteh Dikun and Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Commander Datuk Victor Sanjos.
Also present were State Minister of Tourism, Culture and Environment Datuk Jafry Arifin, Deputy Minister of Human Resources Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Assistant Minister of Local Government and Housing Datuk Fairuz Renddan, Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun, Assistant Minister of Rural Development Datuk Samad Jamri, Sabah State Secretary Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Sabah Federal Secretary Datuk Mohd Razali Wahab, Members of Parliament and State Assemblymen.
Hajiji and his delegation began the visit at Pulau Bakungan Kecil, before proceeding to Pulau Selingan and Pulau Langkayan.
Commenting on the visit, the Chief Minister said the programme was aimed at assessing conditions on the islands, which host enforcement personnel from the Sabah Parks (TTS) and security forces, either police or military.
He said the visit also allowed him and his delegation to see first hand the condition of security posts located on the islands around Sandakan waters.
“From this inspection, I could see that the preparedness of all security forces, including facilities at control posts, is in good condition, and the facilities have also been upgraded.
“I have raised this matter with the Prime Minister and many assets have been allocated, although much more is still needed.
“This is very important for our security forces to monitor our waters, especially advanced assets that can detect those who may attempt to enter our country,” he said.
The Chief Minister also expressed confidence in the strength of security in Sabah’s east coast waters in helping to boost economic activities in the area, particularly tourism.
“It has been a long time since any incident was reported in our waters, which certainly encourages tourism on Sabah’s east coast. When the situation is peaceful and security is assured, more tourists are keen to come here and tourism will grow.
“Pulau Sipadan, for instance, is a major attraction as one of the world’s best diving destinations, so we must safeguard security to ensure this tourism asset continues to attract visitors,” he said.
Ends