KM terima kunjungan hormat Menteri KPWKM (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada MenterI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, di Bilik Danum di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.
Dalam kunjungan hormat itu, Ketua Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atas keprihatinan kementerian itu menerusi agensinya, Yayasan Kebajkan Negara (YKN) menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.
“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keperihatinan KPWKM menyerahkan sumbangan bantuan untuk membantu mangsa kebakaran di Sandakan,” katanya.
Turut hadir Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag Shaminan Ag Sahari; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Walter Kenson dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Kebajikan Negara, Nordina Haron.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor received a courtesy call from the Minister of Women, Family and Community Development, Datuk Seri Nancy Shukri, at the Danum Room in the Sabah State Legislative Assembly (DUN) Building here on Tuesday.
During the courtesy call, the Chief Minister also expressed his appreciation to the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM) for its concern through its agency, the National Welfare Foundation (YKN), in contributing RM200,000 to assist fire victims in Kampung Bahagia, Sandakan.
“On behalf of the State Government, I would like to thank KPWKM for its concern in extending assistance to help the fire victims in Sandakan,” he said.
Also present were Sabah Minister of Women, Health and People’s Wellbeing, Datuk Julita Majungki; State Secretary, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Secretary of Home Affairs and Research, Datuk Ag Shaminan Ag Sahari; Sandakan Municipal Council President, Datuk Walter Kenson; and Chief Executive Officer of the National Welfare Foundation, Nordina Haron.
Ends
