KM hadiri pembukaan Penggal Kedua DUN Sabah Ke-17

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri  Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 yang  disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji  Aman di Bangunan DUN Sabah, pada Khamis. 

Hajiji yang tiba bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag pada jam  9.08 pagi di Dataran DUN Sabah, menerima tabik hormat sebelum bersama Speaker  DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M.Yahya menyambut ketibaan Tun  Musa dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin mengikut  istiadat rasmi.  

Istiadat diteruskan dengan Tun Musa pemeriksaan kawalan kehormatan, diiringi lagu  Negaraku dan Sabah Tanah Airku, sebelum majlis rasmi berlangsung di Dewan  Persidangan.  

Pada majlis itu, Hajiji menyerahkan Teks Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah kepada  Yang di-Pertua Negeri Sabah sebelum Tun Musa menyampaikan ucapan perasmian  pembukaan penggal persidangan berkenaan.  

Sejurus selesai istiadat pembukaan, tetamu menghadiri Majlis Jamuan Negeri di Dewan  Bankuasi dan seterus sesi bergambar rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan  Toh Puan.  

Tamat