KM iringi PM santuni mangsa kebakaran Kg. Bahagia Sandakan

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi  lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim ke lokasi kebakaran  Kampung Bahagia serta melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di  sini, pada Rabu. 

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 3.35 petang sebelum  menerima taklimat tragedi kebakaran daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan,  Datuk Walter Kenson di bilik kenamaan Lapangan Terbang Sandakan. 

Beliau bersama Ketua Menteri kemudian ke Kampung Bahagia untuk meninjau lokasi  kejadian dan melihat sendiri tahap kemusnahan, dan seterusnya ke PPS Dewan PPR  Taman Batu Sapi bagi meninjau keadaan mangsa, sebelum berlepas pulang kira-kira  jam 5.50 petang. 

Tamat