Profesion kejuruteraan penting dalam menjayakan SMJ 2.0 (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu alukan sumbangan profesion kejuruteraan dalam membantu merealisasikan agenda  pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. 

Beliau berasa gembira melihat kesiapsiagaan dan komitmen Institusi Jurutera Malaysia  cawangan Sabah (IEM Sabah) untuk terus membantu Kerajaan Negeri dalam  merealisasikan visi tersebut. 

Hajiji berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi IEM Sabah yang  diketuai pengerusinya, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob di Menara Kinabalu pada Selasa. 

Dalam pertemuan itu, IEM Sabah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri  atas sumbangan dan sokongan terhadap program mereka, terutama Persidangan  Persekutuan Organisasi Kejuruteraan ASEAN (CAFEO) yang telah diadakan di sini  pada Oktober 2024. 

Mohd Yaakob akan secara rasmi menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai  pengerusi Cawangan IEM Sabah pada Jun tahun ini dan akan digantikan oleh Ir Tan  Kok Jyh, yang kini merupakan naib pengerusi IEM Sabah. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor welcomes  the contribution of the engineering profession in helping to realise the Hala Tuju Sabah  Maju Jaya 2.0 development agenda. 

He was heartened to note the Institution of Engineers Malaysia, Sabah branch’s (IEM  Sabah) readiness and commitment to continue assisting the State Government in  realising the vision. 

Hajiji said this when meeting with the IEM Sabah delegation led by its chairman Datuk  Ir Ts Mohd Yaakob at Menara Kinabalu on Tuesday. 

During the meeting the IEM Sabah extended appreciation to the State Government for  its contribution and support to its programmes, especially the Conference of ASEAN  Federation of Engineering Organisations (CAFEO) held here in October 2024. 

Mohd Yaakob will officially conclude his tenure as chairman of IEM Sabah Branch in  June this year and will be succeeded by Ir Tan Kok Jyh, the current IEM Sabah vice  chairman. 

Ends