Ketua Menteri Terima Kunjungan HRD Corporation

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat delegasi Human Resource Development Corporation (HRD  Corp) diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood di pejabatnya di Menara  Kinabalu, hari ini. 

Hajiji diberi taklimat oleh Shahul berhubung cadangan program kolaborasi diantara HRD  Corp bersama Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Sabah  (SMJ). 

HRD Corp yang dahulunya dikenali sebagai HRDF merupakan sebuah badan berkanun  di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu aspirasi  pembangunan bakat pekerja melalui kutipan levi daripada majikan dan pembiayaan  program latihan dan pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia. 

Hajiji mahu HRD Corp membantu negeri ini dalam menangani sebarang jurang  kemahiran dan cabaran tenaga kerja khususnya melibatkan rakyat tempatan negeri ini,  agar mereka boleh membangun, menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran  terbaik. 

Katanya, usaha melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan sesuai  dengan keperluan pasaran pekerjaan merupakan antara agenda kerajaan untuk  memperkasaan modal insan negeri ini.  

Menurutnya, menurusi program-program latihan dan peningkatan kemahiran yang  disediakan oleh HRD Corp kepada tenaga kerja sedia ada, dapat membantu  memperkukuhkan pembangunan modal insan. 

HRD Corp telah bertapak di negeri Sabah sejak tahun 1998 dan kini sejumlah 4,571  majikan di Sabah telah berdaftar dengan agensi itu. 

Tamat