JKKK diminta mainkan peranan mereka (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan ahli  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan  mereka selaku ejen transformasi dan wakil kerajaan yang sentiasa memberi  penerangan dan maklumat tepat kepada rakyat.  

“Tugas ini antara keutamaan untuk memastikan rakyat tidak mudah terpengaruh dengan  anasir jahat yang sentiasa berusaha memecahbelahkan rakyat dan menggugat  kestabilan negeri dan negara.  

"Salah satu tugas utama adalah untuk menjalinkan hubungan erat dan perpaduan dalam  kalangan masyarakat berbilang kaum selain membantu kerajaan menyebarluaskan  dasar serta pembangunan yang sudah dibawa dan akan dilaksanakan di negeri ini,  khususnya inisiatif-inisiatif Hala Tuju SMJ," katanya. 

Berucap di majlis penyampaian watikah pelantikan (2023-2025) kepada JKKK bagi DUN  Sulaman dan Pantai Dalit di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini, beliau turut menyeru  kepada semua Pengerusi JKKK serta ahli-ahlinya agar sentiasa menjalankan  perancangan strategik, menunjukkan kesungguhan dan ketekunan serta mengamalkan  semangat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup  rakyat dan membangunkan kawasan masing-masing. 

"Saya perlukan JKKK yang aktif dan komited membuat perancangan dan perlaksanaan  program atau projek di kampung, di samping menggerakkan serta penglibatan komuniti  setempat. 

"Jangan pula apabila dilantik sebagai pemimpin, hanya mahu fikir projek sahaja, tidak  mahu turun padang, tidak mahu bekerjasama termasuk meminggirkan mereka yang  tidak sehaluan dengan kerajaan. Pengerusi dan ahli jawatankuasa JKKK perlu peka  dengan setiap masalah penduduk di kawasan masing-masing dan menyampaikan  maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat," katanya. 

Institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung adalah satu entiti atau  jentera yang amat penting di peringkat akar umbi, katanya. 

Menurutnya, sejak penubuhannya pada tahun 1962, peranan dan fungsi JKKK terus  relevan sehingga ke hari ini sebagai mata dan telinga serta penghubung antara kerajaan  dengan rakyat sehingga ke akar umbi. 

Justeru, Hajiji berkata kerajaan negeri terus komited untuk memperkukuhkan institusi ini  khususnya dalam aspek kepimpinan dan kecekapan tadbir urus kampung.  

Ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang komited untuk memastikan  pembangunan ekonomi di kawasan bandar dan luar bandar diurus dengan sebaik  mungkin dengan bantuan yang padu daripada JKKK, ujar beliau. 

Beliau juga menyarankan kepada semua wakil rakyat agar melibatkan JKKK dalam  setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan di luar bandar.  

Hajiji menggesa agar Pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasa mengaktifkan semua biro,  untuk tidak membantutkan usaha kerajaan membangunkan negeri dan membantu  rakyat. 

Terdapat 11 Biro Ahli Jawatankuasa dalam organisasi JKKK antaranya Biro  Pembangunan Prasarana; Keselamatan dan Kesihatan; Pengurusan Kewangan;  Ekonomi dan Keusahawanan; Kesejahteraan dan Keceriaan; Pendidikan dan Inovasi;  Kebajikan dan Kesukarelawan dan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. 

Hajiji berkata peranan biro-biro ini akan membawa satu tranformasi dan impak yang  besar dalam membantu Pelan Hala Tuju SMJ yang diterajui Kerajaan GRS menyantuni  dan membantu rakyat.  

"Saya juga berharap agar semua JKKK berusaha meningkatkan pengetahuan dan  kemahiran secara berterusan untuk memperkukuhkan keupayaan dan kompetensi  sebagai pemimpin dan pentadbir di peringkat paling asas," katanya. 

Tamat

 

English Version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has directed Village  Development and Security Committee (JKKK) members to play their role as  transformation agents and representatives of the government by always providing  accurate information to the people. 

"Among your main duties is to ensure the people would not be easily influenced by  negative elements that are constantly trying to create discord and disrupt the stability of  the state and nation. 

"Equally important is to foster greater relations and unity among the multi-racial people  apart from helping the government to disseminate the policies and developments that  had and will be implemented in the state, particularly those under the Hala Tuju Sabah  Maju Jaya initiatives," he said. 

Speaking at the ceremony to present appointment letters to JKKK chairmen and  committee members for Sulaman and Pantai Dalit at the Dewan Seri Sulaman here  today, the Chief Minister also urged the JKKK to continue implementing strategic  planning, be diligent and adopt the camaraderie spirit in the efforts to uplift the standard  of living and development in their respective areas. 

"I want JKKK that is active and committed in planning and implementing programmes  and projects in the villages involving the local community.  

"Those appointed should not only think about getting projects and refusing to go down  to the ground or refuse to cooperate and sidelining those who are not supportive of the  government. 

"The JKKK chairman and committee members must be sensitive to the problem of  everyone in their areas and must be ready to relay information on government  assistance to the people," he said. 

The JKKK institution is an important machinery at the grassroots level and it is still  relevant to this day since its inception in 1962, he said. 

Hence, Hajiji said the State Government is committed to taking every measure to  strengthen the institution, especially in the aspect of leadership and village governance  efficiency. 

This is in line with the State Government's commitment to ensure economic  developments in the rural and urban areas are being managed efficiently through the  strong support from the JKKK, he said. 

He also called upon all elected representatives to get grassroots leaders such as the  JKKK involved in every planning and implementation of development in the rural areas. 

Hajiji urged the JKKK chairmen and committee members to activate all the committee  bureaus available so that this would ease government's efforts to develop the state and  help the people. 

There are 11 bureaus in a JKKK organisation, among them Amenity Development;  Security and Health; Financial Management; Economy and Entrepreneurship;  Prosperity and Happiness; Education and Innovation; Welfare and Voluntarism and  Women and Family Affairs. 

"I also hope all JKKKs would make an effort to continuously improve their knowledge  and skill to boost competency as leaders and administrators," he said. 

Ends