RM32.31 juta perkukuh pendigitalan Sabah, pacu ekonomi inklusif (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus mempergiat agenda pendigitalan sebagai  pemacu utama pertumbuhan negeri, termasuk memperluas capaian di luar bandar,  memperkukuh keupayaan digital serta merancakkan pembangunan ekonomi digital  yang inklusif. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata bagi tujuan itu  sebanyak RM32.31 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri  (JPKN) bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan tahun ini. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM9.59 juta disalurkan untuk memantapkan sistem  penyampaian perkhidmatan kerajaan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT), merangkumi pembekalan komputer serta rangkaian ICT kepada agensi kerajaan  negeri, pengurusan pusat data, peningkatan keselamatan siber dan pembangunan  sistem aplikasi kerajaan. 

“Kerajaan negeri melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), dengan  sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), terus menjadikan  pendigitalan sebagai teras utama pertumbuhan. 

“Fokus diberikan kepada peluasan capaian digital di luar bandar, pengukuhan  keupayaan digital serta pembangunan ekonomi digital yang inklusif, sejajar komitmen  meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri,” katanya. 

Hajiji berkata demikian pada Majlis Pelancaran Identiti Korporat Baharu Celcom Timur  (Sabah) Sdn Bhd di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, pada Selasa 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk  Joniston Bangkuai. 

Hajiji berkata, peranan kesalinghubungan digital kini menjadi tunjang utama dalam  menyokong komunikasi, memacu inovasi serta membuka ruang pertumbuhan  merentasi pelbagai sektor. 

Sehubungan itu, katanya, pengukuhan infrastruktur digital menjadi antara faktor kritikal  dalam memastikan kejayaan dan kemajuan Sabah, termasuk dalam menjayakan Hala  Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“SMJ 2.0 adalah pelan strategik utama yang dirangka untuk melonjakkan daya saing,  produktiviti dan nilai ekonomi Sabah secara mampan serta inklusif. 

“Ia merupakan kesinambungan kepada SMJ 1.0 yang sebelum ini memberi tumpuan  kepada pemulihan dan penstabilan pasca pandemik COVID-19, dan kini diperluas bagi  menghadapi cabaran global yang semakin kompleks, termasuk dipacu teknologi  kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan perdagangan rentas sempadan,” katanya. 

Beliau berkata, dalam konteks itu, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan pemain  industri seperti Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd amat penting bagi merapatkan jurang  digital serta mempercepat pembangunan ekosistem digital negeri. 

Katanya, pembaharuan identiti korporat syarikat itu mencerminkan kesiapsiagaan untuk  melangkah ke hadapan sebagai penyedia infrastruktur dan rakan strategik dalam  membentuk masa depan digital Sabah. 

Hajiji berkata, sehingga kini Celcom Timur Sabah telah membangunkan hampir 12,000  kilometer rangkaian gentian optik di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,  sekali gus menjadi tulang belakang kepada hubungan antara daerah serta menyokong  keperluan industri, khususnya sektor telekomunikasi. 

“Rangkaian ini membolehkan perkhidmatan digital dinikmati secara lebih meluas,  termasuk di kawasan yang sebelum ini kurang mendapat liputan. 

“Peranan ini menjadikan Celcom Timur Sabah bukan sekadar penyedia infrastruktur,  tetapi juga pemudah cara kepada pembangunan digital inklusif serta antara pemacu  utama daya saing negeri dalam era digital,” katanya. 

Beliau berkata, sumbangan syarikat itu turut terserlah melalui pelaksanaan pelbagai  inisiatif nasional seperti JENDELA, Point of Presence (POP2) dan rangkaian 5G,  dengan Celcom Timur Sabah bertindak sebagai penyedia utama rangkaian gentian optik  di negeri ini. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The State Government continues to intensify its digitalisation agenda  as a key driver of growth, including expanding connectivity in rural areas, strengthening  digital capabilities and accelerating the development of an inclusive digital economy. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said for this purpose, a total of  RM32.31 million has been allocated to the State Computer Services Department (JPKN)  for operating and development expenditure this year. 

He said of the total, RM9.59 million is to enhance the delivery of government services  based on information and communication technology (ICT), covering the provision of  computers and ICT networks to state government agencies, data centre management,  strengthening cybersecurity, and the development of government application systems. 

“The State Government, through the Sabah Maju Jaya (SMJ) development plan, with  the support of the Ministry of Science, Technology and Innovation (KSTI), continues to  place digitalisation as a core pillar of growth. 

“Focus is given to expanding digital connectivity in rural areas, strengthening digital  capabilities, and developing an inclusive digital economy, in line with the commitment to  enhance the state’s productivity and competitiveness,” he said. 

Hajiji said this at the launch of Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd's new corporate identity  at the Sabah International Convention Centre (SICC) here on Tuesday. 

His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Joniston  Bangkuai. 

Hajiji said digital connectivity now plays a pivotal role in supporting communication,  driving innovation, and unlocking growth opportunities across various sectors. 

In this regard, he said strengthening digital infrastructure is among the critical factors in  ensuring Sabah’s success and progress, including in realising the Sabah Maju Jaya  (SMJ) 2.0 roadmap for the period 2026 to 2030. 

“SMJ 2.0 is a key strategic plan designed to elevate Sabah’s competitiveness,  productivity and economic value in a sustainable and inclusive manner.

“It is a continuation of SMJ 1.0, which previously focused on post-COVID-19 recovery  and stabilisation, and is now expanded to address increasingly complex global  challenges, including those driven by artificial intelligence (AI), the digital economy and  cross-border trade,” he said. 

He said in this context, close collaboration between the State Government and industry  players such as Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd is crucial in bridging the digital divide  and accelerating the development of the state’s digital ecosystem. 

He added that the company’s corporate identity transformation reflects its readiness to  move forward as an infrastructure provider and strategic partner in shaping Sabah’s  digital future. 

Hajiji said that to date, Celcom Timur Sabah has developed nearly 12,000 kilometres of  fibre optic network across Sabah and the Federal Territory of Labuan, serving as the  backbone of inter-district connectivity and supporting industrial needs, particularly in the  telecommunications sector. 

“This network enables wider access to digital services, including in areas that were  previously underserved. 

“This role positions Celcom Timur Sabah not only as an infrastructure provider, but also  as an enabler of inclusive digital development and a key driver of the state’s  competitiveness in the digital era,” he said. 

He said the company’s contributions are also evident through the implementation of  various national initiatives such as JENDELA, Point of Presence (POP2), and the 5G  network, with Celcom Timur Sabah acting as the main fibre optic network provider in the  state. 

Ends