Kimanis Power Sdn Bhd Bayar RM20 Juta Dividen Kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd

KOTA KINABALU:Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan pembayaran dividen berjumlah RM20 juta untuk tahun 2022 daripada Kimanis Power Sdn.Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn.Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (YS) di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. 

Pengerusi Kimanis Power Sdn.Bhd, Encik Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen itu kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasni Daya. 

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua (Pembangunan Perniagaan dan Komersial) PETRONAS Gas Berhad, Encik Hisham Maaulot, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kimanis Power Sdn.Bhd, Encik Rozali Khamis, Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Puan Siti Ayu Abdul Wahab dan Pengarah ICSB, Encik Joshua Ho. 

Tamat