Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Nik Nazmi & Fadhlina Sidek

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim  (NRECC), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini. 

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama  antara Kerajaan Negeri dan kementerian khususnya dalam aspek pembangunan  sumber asli dan alam sekitar. 

Nik Nazmi berada di Sabah atas lawatan kerja bagi meninjau perkembangan terkini  beberapa projek dan inisiatif di bawah NRECC di negeri ini. 

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan  Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Haji  Rosli Isa, Setiausaha Bahagian Kanan (Bekalan Eletrik), Puan Mareena Mahpudz dan  Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Encik Hamsha Injau. 

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan Malaysia,  Puan Fadhlina Sidek dan rombongan terdiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan  Malaysia, Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali dan Timbalan Pengarah (menjalankan  tugas Pengarah Pendidikan Sabah), Encik Mohd Zaini Yanin. 

Hadir sama Armizan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji  Mohd Arifin Mohd Arif.  

Tamat