Hajiji Terima Kunjungan Hormat Deligasi MPN PKR Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa. 

Deligasi itu diketuai oleh Pengerusi MPN, Datuk Dr.Haji Sangkar Rasam. Turut serta  ialah Naib Pengerusi MPN, Encik Joseph Alex Chang dan Encik Romansa Lamin,  Setiausaha, Encik Simsudin Haji Sidek, Setiausaha Pengelola, Encik Sahrudin A.Harol,  Ketua Wanita Sabah, Puan Noriha Yakub dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)  Sabah, Encik Zaidi Jatil. 

Menurut Haji Sangkar, kunjungan itu bertujuan mempekenalkan MPN PKR Sabah  kepada Hajiji selain memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman  yang sedia terjalin diantara MPK PKR Sabah dan Ketua Menteri. 

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Haji Abdul Rahman Yakub. 

Tamat