10,825 KIR berjaya dikeluarkan daripada senarai miskin tegar (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah telah berjaya  mencapai sifar Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar daripada angka yang telah dikunci pada  Januari 2026 melibatkan seramai 10,825 KIR. 

Berdasarkan data eKasih sehingga 31 Mei 2026, jumlah KIR miskin tegar yang dikunci pada  Januari tahun ini telah berjaya dikurangkan 100 peratus hasil pelaksanaan pelbagai intervensi  bantuan yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan,  katanya. 

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa pendekatan berasaskan data, penyelarasan bantuan  melalui sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) dan eKasih serta pelaksanaan  pelbagai intervensi bantuan secara bersasar telah berjaya membawa perubahan yang signifikan  kepada golongan sasar.  

“Walau bagaimanapun, pencapaian ini bukanlah noktah kepada perjuangan kita. Kerajaan  Negeri menyedari bahawa masih terdapat rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan.  

“Berdasarkan data eKasih sehingga 31 Mei 2026, seramai 57,710 Ketua Isi Rumah masih  berada dalam kategori miskin berbanding 70,298 KIR pada Januari 2026, iaitu penurunan  sebanyak 17.9 peratus dalam tempoh empat bulan,” katanya pada majlis pelancaran program  Outreach Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) daerah Tuaran di Dewan Sri Sulaman di sini pada  Selasa. 

Selain itu, Ketua Menteri berkata jumlah keseluruhan individu yang berada dalam kategori  miskin turut menunjukkan penurunan ketara.  

Menurut beliau, bilangan KIR dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berada dalam kategori miskin juga  telah berkurangan daripada 743,939 orang pada Januari 2026 kepada 577,110 orang pada Mei  2026.  

Berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2024 yang  diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Insiden kemiskinan mutlak Sabah telah  menurun daripada 19.7 peratus pada tahun 2022 kepada 17.7 peratus pada tahun 2024,  katanya. 

Manakala, katanya bagi insiden kemiskinan tegar juga mencatat penurunan di mana pada tahun  2022 insiden kemiskinan tegar direkod sebanyak 1.2 peratus dan pada tahun 2024 insiden  kemiskinan tegar berkurang kepada 0.7 peratus iaitu pengurangan sebanyak 0.5 peratus. 

“Walaupun Sabah masih merekodkan kadar kemiskinan mutlak dan miskin tegar tertinggi di  Malaysia, penurunan peratus insiden ini menunjukkan bahawa pelbagai dasar dan program  pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan mula membuahkan hasil,” kata beliau.

Hajiji berkata kejayaan mencapai sifar miskin tegar pada tahun 2026 merupakan satu  pencapaian penting dalam perjalanan Sabah ke arah mencapai sasaran pembangunan sosial  yang lebih inklusif.  

“Namun demikian, cabaran sebenar yang masih perlu ditangani adalah mengurangkan insiden  kemiskinan negeri yang masih tinggi berbanding negeri-negeri yang lain.  

“Oleh itu, SMJ 2.0 menetapkan hala tuju yang jelas untuk mengurangkan insiden kemiskinan  secara berperingkat sehingga menghampiri kadar nasional menjelang tahun 2030 melalui  pelaksanaan program pembangunan yang lebih bersasar, berimpak tinggi dan mampan,”  katanya. 

Justeru, Kerajaan Negeri mensasarkan insiden kemiskinan mutlak Sabah dapat dikurangkan  secara berperingkat kepada sekitar tiga hingga lima peratus dan insiden miskin tegar sehingga  0 ke 0.1 peratus menjelang tahun 2030.  

“Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan akan terus melaksanakan Program Menoktahkan  Kemiskinan dan Miskin Tegar Negeri Sabah dengan memberi tumpuan kepada penyediaan  rumah mampu milik, pembangunan modal insan, penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan  kemahiran, pembangunan ekonomi luar bandar serta bantuan kewangan yang bersasar kepada  golongan yang memerlukan,” katanya. 

Pendekatan ini juga selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan manfaat  pembangunan dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh seluruh rakyat tanpa mengira  lokasi, latar belakang dan status ekonomi, tambah beliau. 

Usaha Kerajaan Negeri dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini berpandukan lima  intervensi bantuan utama kepada golongan miskin tegar. 

Intervensi pertama ialah bantuan perumahan melalui pemberian bantuan rumah percuma di  bawah Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, kedua bantuan peluang pekerjaan melalui  Program MySMJ Kerja dan ketiga bantuan Pendidikan Modal Insan dengan penyediaan 14  Jenis Bantuan Pendidikan termasuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan bantuan daripada  Yayasan Sabah serta Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).  

Manakala intervensi keempat ialah bantuan kebajikan dengan memfokuskan kepada golongan  yang tidak produktif seperti warga emas, pesakit terlantar dan orang kurang upaya (OKU) dan  intervensi terakhir ialah bantuan keusahawan dan peningkatan ekonomi melalui program seperti  Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Sejahtera MADANI.  

Ketua Menteri berkata Kerajaan negeri meletakkan agenda pembasmian kemiskinan sebagai  keutamaan dalam pembangunan negeri ini.  

“Ini adalah tekad kerajaan negeri bagi memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus  pembangunan negara dan setiap rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera. Dalam  konteks ini, usaha telah dan sedang kita laksanakan di bawah Pelan Pembangunan SMJ 1.0  dan kini diteruskan melalui Pelan Pembangunan SMJ 2.0,” katanya.  

tamat

 

English version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah has  successfully achieved zero Hardcore Poor Household Heads (KIR) from the figure locked in  January 2026, involving 10,825 KIR. 

Based on eKasih data as of May 31, 2026, the number of hardcore poor KIR recorded in  January this year has been reduced by 100 per cent through the implementation of various  assistance interventions carried out in an integrated manner by the State and Federal  Governments, he said. 

“This achievement demonstrates that a data-driven approach, coordination of assistance  through the Sabah State Database System (PADANS) and eKasih, as well as the  implementation of targeted aid interventions, have successfully brought significant changes  to the target groups. 

“However, this achievement is not the end of our struggle. The State Government recognises  that there are still people who require attention and assistance. 

“Based on eKasih data as of May 31, 2026, a total of 57,710 household heads remain in the  poor category compared to 70,298 in January 2026, representing a reduction of 17.9 per  cent within four months,” he said at the launch of the Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR)  Outreach Programme for Tuaran district at Dewan Sri Sulaman here on Tuesday. 

The Chief Minister said the overall number of individuals classified as poor had also recorded  a significant decline. 

According to him, the number of poor household heads and household members (AIR) fell  from 743,939 people in January 2026 to 577,110 in May 2026. 

Citing the Household Income and Basic Amenities Survey 2024 published by the  Department of Statistics Malaysia (DOSM), Hajiji said Sabah’s absolute poverty incidence  declined from 19.7 per cent in 2022 to 17.7 per cent in 2024. 

Meanwhile, hardcore poverty incidence also showed a reduction, from 1.2 per cent in 2022  to 0.7 per cent in 2024, a decrease of 0.5 percentage points. 

“Although Sabah still records the highest absolute and hardcore poverty rates in Malaysia,  the decline in these incidence rates indicates that the various policies and development  programmes implemented by the government are beginning to yield results,” he said.

Hajiji said achieving zero hardcore poverty in 2026 marks an important milestone in Sabah’s  journey towards more inclusive social development. 

“However, the real challenge that remains is reducing the State’s poverty incidence, which  is still higher than that of other states. 

“Therefore, SMJ 2.0 sets a clear direction to gradually reduce poverty incidence to levels  closer to the national rate by 2030 through the implementation of more targeted, high-impact  and sustainable development programmes,” he said. 

The State Government is targeting Sabah’s absolute poverty incidence to be reduced  progressively to around three to five per cent and hardcore poverty incidence to between  zero and 0.1 per cent by 2030. 

“To achieve this goal, the government will continue implementing the Sabah Poverty and  Hardcore Poverty Eradication Programme, focusing on the provision of affordable housing,  human capital development, job creation, skills enhancement, rural economic development  and targeted financial assistance for those in need,” he said. 

He added that the approach is in line with the State Government’s commitment to ensuring  that the benefits of development are enjoyed fairly and equitably by all Sabahans regardless  of location, background or economic status. 

The State Government’s efforts to eradicate hardcore poverty are guided by five key  intervention strategies. 

The first is housing assistance through the provision of free homes under the Sabah Maju  Jaya Friendly Housing Programme, the second is employment assistance through the  MySMJ Kerja Programme and the third is human capital and education assistance through  14 types of educational aid, including Sabah State Government scholarships and assistance  from the Sabah Foundation and the Sabah Islamic Religious Council (MUIS). 

While the fourth intervention is welfare assistance focusing on non-productive groups such  as senior citizens, bedridden patients and persons with disabilities (PwDs) and the last  intervention is entrepreneurship and economic empowerment assistance through  programmes such as the People's Income Initiative (IPR) and Sejahtera MADANI. 

The Chief Minister said the State Government has placed poverty eradication as a key  priority in the development agenda of the State. 

“This reflects the State Government’s commitment to ensuring that no one is left behind in  the nation’s development and that every citizen enjoys a better quality of life. In this regard,  efforts initiated under the Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 Development Plan are being  continued and further strengthened through the SMJ 2.0 Development Plan,” he said. 

Ends