Tongod tidak tercicir dari arus kemajuan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TONGOD: Kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan pedalaman menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk memastikan daerah Tongod tidak tercicir daripada arus kemajuan negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, sepanjang tahun lalu hingga pertengahan tahun ini, Tongod merekodkan lonjakan signifikan dalam pembangunan infrastruktur meliputi jaringan jalan raya, sektor ekonomi, pendidikan serta potensi pelancongan lestari.
Katanya, kerajaan komited memperkasakan rangkaian jalan raya yang menghubungkan Tongod dengan daerah luar seperti Keningau, Telupid, Sandakan dan Tawau bagi meningkatkan mobiliti rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi hiliran di kawasan itu.
“Tongod mempunyai kawasan tanah yang luas dan berpotensi untuk pembangunan pertanian moden. Kerajaan negeri turut menyediakan pelbagai insentif bagi membantu transformasi pertanian sara diri kepada pertanian komersial yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod Tahun 2026 di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod, pada Rabu.
Hajiji berkata, kerajaan negeri turut memberi perhatian serius terhadap pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan generasi muda di kawasan pedalaman menerusi pelaburan besar dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran.
“Kita mahu anak-anak muda di Tongod merebut peluang melanjutkan pengajian termasuk dalam bidang kemahiran kerana mereka adalah pemimpin masa depan negeri ini,” katanya.
Beliau berkata, Tongod juga memiliki khazanah alam yang amat bernilai termasuk Kawasan Konservasi Kanyon Imbak yang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai hab eko-pelancongan lestari Sabah.
Katanya, kedudukan Tongod yang berada di tengah-tengah geografi Sabah menjadikan daerah itu sebagai “The Heart of Sabah” atau jantung negeri yang menyatukan wilayah utara, selatan, timur dan barat Sabah.
Menurutnya, pembangunan sektor pelancongan di Tongod juga perlu bergerak seiring dengan usaha memelihara keaslian budaya masyarakat tempatan termasuk memperkasakan produk kraf tangan, makanan tradisi dan inap desa yang diusahakan penduduk.
“Keharmonian antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar adalah kunci kepada kemampanan ekonomi Tongod dalam jangka panjang,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai masalah air dihadapi penduduk Tongod, Hajiji berkata masalah itu akan diatasi menggunakan peruntukan yang disalurkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB).
Katanya, kuasa melaksanakan projek itu sudah diturunkan kepada kerajaan negeri dan bagi tahun ini lebih RM4 bilion disalurkan oleh KKDW untuk tujuan itu.
"Pada April lalu, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek Bekalan Air dengan peruntukan lebih RM4 bilion dan saya berharap daerah Tongod juga dapat manfaat.
"Inilah yang kita selalu bincang dengan kerajaan Persekutuan, kalau kita berbincang secara berhemah dan hormat-menghormati, maka banyak urusan yang dulu dikendali oleh Persekutuan atau jabatannya di Sabah, tapi sejak lima tahun kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang saya pimpin ini, sudah banyak kuasa diturunkan kepada negeri, antaranya ialah bekalan air luar bandar, termasuk di Tongod," katanya.
Hajiji menegaskan, semangat kerjasama negeri dan Persekutuan mesti diteruskan tanpa meminggirkan kepentingan Sabah, selain pada masa yang sama tetap menjaga kepentingan Malaysia sebagai negara.
"Jangan kerana menuntut hak negeri, kita keruhkan hubungan dengan Persekutuan, sebaliknya kita kena bangunkan juga negara kita Malaysia.
"Sabah adalah negeri yang sama-sama membentuk Malaysia, jadi apa yang kita buat mesti dilakukan bersama supaya Sabah boleh terus maju ke hadapan dengan kerjasama Persekutuan.
"Ini perlu kita buat, jangan kita gaduh dengan Persekutuan, rugi kita kerana untuk bangunkan Sabah, kita perlukan pertolongan Persekutuan," katanya.
Katanya, walaupun pada masa depan peruntukan hasil Sabah meningkat, termasuk menerusi bayaran cukai bersih 40 peratus, Sabah masih memerlukan kerjasama Persekutuan untuk terus menjadi negeri yang maju di Malaysia.
Mengenai sambutan Kaamatan, Hajiji menegaskan bahawa sambutan itu bukan sahaja melambangkan kesyukuran terhadap hasil tuaian, malah menjadi wadah penting memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di Sabah selaras tema “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”.
Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita mengenai cadangan pembinaan pekan baharu Tongod, Ketua Menteri berkata projek itu akan dilaksanakan sebuah syarikat swasta di tapak tanah milik mereka sendiri.
"Satu syarikat swasta akan membangunkan pekan baharu Tongod di tanah mereka sendiri, termasuk membina pejabat kerajaan. Jadi, kita mengalu-alukan kerjasama di antara syarikat swasta dan kerajaan. Dengan sokongan wakil rakyat di sini, usaha ini dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh yang terdekat ini," katanya.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyerahkan sebanyak 239 geran tanah NT, dengan keluasan 583.38 hektar (1,441.57 ekar) kepada rakyat Tongod.
Daripada jumlah itu, sebanyak 199 geran melibatkan keluasan 500.09 hektar (1235.75 ekar) adalah NT biasa. Manakala geran deraf PANTAS melibatkan 7 mukim, sebanyak 40 geran dengan keluasan sebanyak 83.29 hektar (205.82 ekar).
Tamat
English version
TONGOD: The State Government continues to focus on the development of rural areas through the Sabah Maju Jaya (SMJ) development plan, including ensuring that Tongod is not left behind in the state’s progress.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that from last year until mid this year, Tongod recorded significant progress in infrastructure development ranging from road connectivity, the economy, education and sustainable tourism potential.
He said the government remains committed to strengthening road networks linking Tongod with surrounding districts such as Keningau, Telupid, Sandakan and Tawau to improve mobility for the people and stimulate downstream economic growth in the area.
“Tongod has vast land areas with strong potential for modern agricultural development. The State Government is also providing various incentives to help transform subsistence farming into commercial agriculture capable of increasing household incomes,” he said.
He said this when officiating at the Tongod District Level Kaamatan Festival 2026 at the Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod on Wednesday.
Hajiji said the State Government is also paying serious attention to human capital development, particularly among the younger generation in rural areas, through major investments in education and skills training.
“We want the youths in Tongod to seize opportunities to further their studies, including in technical and skills-based fields, because they are the future leaders of this state,” he said.
He said Tongod also possesses highly valuable natural treasures, including the Imbak Canyon Conservation Area, which has great potential to be developed as Sabah’s sustainable eco-tourism hub.
According to him, Tongod’s location at the heart of Sabah’s geography makes the district “The Heart of Sabah”, connecting the northern, southern, eastern and western regions of the state.
He said the development of Tongod’s tourism sector must also move in tandem with efforts to preserve the authenticity of local cultures, including empowering handicraft products, traditional food and homestay programmes managed by local communities.
“Harmony between development and environmental conservation is the key to Tongod’s long-term economic sustainability,” he said.
Meanwhile, commenting on the water supply issues faced by Tongod residents, Hajiji said the problem would be addressed using allocations channelled by the Ministry of Rural and Regional Development (KKDW) to the State Government for the implementation of Rural Water Supply (BALB) projects.
He said the authority to implement the projects has now been delegated to the State Government, with more than RM4 billion allocated by KKDW this year for the purpose.
“Last April, the Federal Government through the Ministry of Rural and Regional Development handed over the authority to the State Government to implement water supply projects with an allocation exceeding RM4 billion, and I hope Tongod district will also benefit.
“This is what we have always discussed with the Federal Government. If we engage in discussions prudently and with mutual respect, many matters previously managed by the Federal Government or its departments in Sabah can now be entrusted to the state. Over the past five years under the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) government that I lead, many powers have already been devolved to the state, including rural water supply projects in Tongod,” he said.
Hajiji stressed that the spirit of cooperation between the state and Federal governments must continue without sidelining Sabah’s interests,while at the same time safeguarding the interests of Malaysia as a nation.
“We should not strain relations with the Federal Government simply because we are demanding the state’s rights. Instead, we must also work together to develop our country, Malaysia.
“Sabah is one of the states that formed Malaysia, therefore whatever we do must be done together so Sabah can continue progressing with the cooperation of the Federal Government.
“This is what we need to do. We should not quarrel with the Federal Government because Sabah still needs Federal assistance to continue developing,” he said.
He added that although Sabah’s revenue allocation may increase in the future, including through the 40 per cent special grant payment, the state still requires Federal cooperation to continue becoming a developed state within Malaysia.
On the Kaamatan celebration, Hajiji stressed that the festival not only symbolises gratitude for a bountiful harvest, but also serves as an important platform to strengthen unity and harmony among Sabah’s multi-racial communities in line with the theme “Harvesting Unity, Celebrating Harmony."
Meanwhile, when asked by reporters about the proposal to build a new Tongod township, the Chief Minister said the project would be implemented by a private company on its own land.
“A private company will develop the new Tongod township on its own land, including the construction of government offices. Therefore, we welcome cooperation between the private sector and the government. With the support of the people’s representatives here, this effort is expected to be realised in the near future,” he said.
At the event, the Chief Minister also handed over 239 Native Title (NT) land grants covering a total area of 583.38 hectares (1,441.57 acres) to the people of Tongod.
Of the total, 199 grants involving 500.09 hectares (1,235.75 acres) were ordinary NT grants, while 40 draft PANTAS grants involving seven mukims covered 83.29 hectares (205.82 acres).
Ends