2026 Ketua Menteri melepaskan konvoi JABD

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini  melepaskan konvoi Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Sabah yang melibatkan 150  motosikal dan lapan kenderaan pacuan empat roda di Menara Kinabalu. 

Program yang dianjurkan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Skuad Anti Dadah  Sabah, Foodpanda dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu akan  menjelajah seluruh Sabah sehingga September. 

Bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah serta  kepentingan menjadikan Sabah bebas dadah, program tersebut akan berakhir pada 6 September di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Sabah Moto Day 9.0. 

Dalam majlis sama, Ketua Menteri turut menyerahkan replika cek berjumlah RM531,350 sebagai sumbangan caruman daripada Kerajaan Negeri kepada KWSP untuk 10,627  penunggang e-hailing. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor flagged off  the Sabah Drug Free Aspiration Tour (JABD) convoy comprising 150 motorcycles and  eight four-wheel drive vehicles at the Menara Kinabalu, here today. 

Jointly organised by the National Anti-Drugs Agency, the Sabah Anti-Drugs Squad,  Foodpanda, and the Employees Provident Fund (EPF), the JABD will be touring Sabah  until September. 

Aimed at raising awareness of drug abuse and the importance of a drug-free Sabah, the  event would culminate on Sept 6 at the Universiti Malaysia Sabah (UMS) in conjunction  with Sabah Moto Day 9.0. 

During the ceremony, the Chief Minister also handed over a cheque replica for  RM531,350 as a contribution to the EPF from the State Government for 10,627 e-hailing  riders. 

Ends