“Sabah First” kekal teras dasar Kerajaan Negeri (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata prinsip “Sabah First” terus menjadi teras kepada setiap dasar dan keputusan Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Sabah sentiasa diutamakan.
Ia juga untuk memastikan hasil negeri diurus dengan bertanggungjawab, serta peluang ekonomi diperluas secara adil kepada seluruh masyarakat, katanya.
“Oleh itu menjadi harapan saya untuk kita semua rakyat Sabah, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama untuk bersama-sama menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 ini,” katanya pada acara Kongsi Raya Muhibbah Yee Sang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.
Katanya, tahun 2026 menandakan lembaran baharu buat negeri Sabah untuk terus melangkah ke hadapan yang kini sedang melangkah ke fasa baharu pembangunan, sesuai dengan berakhirnya Pilihan Raya Umum Dewan
Undangan Negeri ke-17 yang lalu.
“Jika Pelan Pembangunan SMJ 1.0 merupakan fasa pemulihan, penyusunan semula dan penstabilan, maka Pelan Pembangunan SMJ 2.0 adalah fasa lonjakan yakni lonjakan daya saing, produktiviti dan nilai ekonomi negeri,” katanya.
Menurutnya, kejayaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0 telah memberikan keyakinan bahawa negeri ini berada pada landasan yang tepat.
Justeru, menurutnya Pelan Pembangunan SMJ 2.0 merupakan lanjutan yang menuntut perubahan yang berterusan dalam mempertingkatkan keupayaan diri, merangkumi perubahan cara berfikir, bekerja dan mencipta nilai baharu untuk rakyat.
“Hala Tuju ini juga sejajar dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 yang dilaksanakan bermula tahun ini sehingga 2030. Kerajaan Negeri kekal komited melaksanakan agenda Sabah Maju Jaya 2.0 sebagai kerangka pembangunan menyeluruh yang menekankan perpaduan rakyat, kestabilan politik dan Pembangunan yang inklusif serta mampan,” katanya.
Mengenai acara Kongsi Raya Muhibbah Yee Sang, Hajiji berkata ianya bukan sekadar gabungan perayaan, tetapi manifestasi nilai saling menghormati, kebersamaan dan kasih sayang yang telah lama menjadi amalan hidup rakyat Sabah.
“Keharmonian inilah yang menjadikan Sabah sebuah negeri yang aman, stabil dan dicontohi, di mana rakyat pelbagai etnik dan kepercayaan hidup bersama dalam suasana saling memahami,” katanya.
Mengenai cubaan untuk memecahkan rekod ASEAN Yee Sang terpanjang iaitu sepanjang 1,500 meter, hari ini, beliau berkata ianya bukan sekadar pencapaian dari sudut angka atau ukuran fizikal, tetapi membawa makna yang jauh lebih besar kepada rakyat dan negeri Sabah.
“Ia adalah simbol penyatuan rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan, disatukan dalam satu niat dan tujuan yang sama, iaitu untuk membina dan memajukan negeri Sabah yang kita cintai bersama.
“Semoga acara ini dapat memupuk semangat kerjasama serta saling membantu yang melibatkan semua pihak, sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, usahawan serta orang awam, dalam menjayakan satu usaha yang bersejarah di peringkat ASEAN.
“Berteraskan semangat saling menghormati dan kepercayaan, hubungan ini menjadikan ASEAN rakan strategik penting untuk negeri Sabah dalam pelancongan, perdagangan dan pelaburan,” katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the “Sabah First” principle continues to be the foundation of every policy and decision of the State Government in ensuring the interests of the people of Sabah are always prioritised.
It is also to ensure the state revenues are managed responsibly, and economic opportunities are expanded fairly to all segments of society, he said.
“Therefore, it is my hope that all Sabahans, regardless of race or religion, will come together to make the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 a success,” he said at the Kongsi Raya Muhibbah Yee Sang event at the Sabah International Convention Centre (SICC) today.
His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Ceasar Mandela Malakun.
He said that 2026 marked a new chapter for Sabah, as it continues to move forward and enters a new phase of development, in line with the conclusion of the 17th State Assembly General Election.
“If the SMJ 1.0 Development Plan was a phase of recovery, restructuring and stabilisation, then the SMJ 2.0 Development Plan represents a leap forward that is a leap in competitiveness, productivity and the state’s economic value,” he said.
According to him, the success of the SMJ 1.0 Development Plan has instilled confidence that the state is on the right track.
As such, he said the SMJ 2.0 Development Plan is a continuation that demands continuous change to enhance capabilities, encompassing changes in the way of thinking, working, and creating new value for the people.
“This direction is also aligned with the implementation of the 13th Malaysia Plan, which will be carried out from this year until 2030. The State Government remains committed to implementing the Sabah Maju Jaya 2.0 agenda as a comprehensive development framework that emphasises unity among the people, political stability, and inclusive and sustainable development,” he said.
On the Kongsi Raya Muhibbah Yee Sang event, Hajiji said it was not merely a combination of festive celebrations, but a manifestation of mutual respect, togetherness and affection that have long been part of the way of life for the people of Sabah.
“It is this harmony that makes Sabah a peaceful, stable and exemplary state, where people of various ethnicities and beliefs live together in an atmosphere of mutual understanding,” he said.
Regarding the attempt to break the ASEAN record for the longest Yee Sang, measuring 1,500 meters, today, he said it was not merely an achievement in terms of numbers or physical measurement, but carried a much deeper meaning for the people and the state of Sabah.
“It is a symbol of the unity of the people of Sabah, comprising various ethnicities, cultures and beliefs, united in a single intention and purpose to build and develop our beloved state of Sabah together.
“May this event foster a spirit of cooperation and mutual assistance involving all parties, whether the government, non-governmental organisations (NGOs), the private sector, entrepreneurs or the general public, in making this a historic effort at the ASEAN level.
“With the spirit of mutual respect and trust as the main pillar, this relationship makes ASEAN an important strategic partner for the state of Sabah in tourism, trade and investment,” he said.
Ends
