Memperkukuh penglibatan pelabur melalui Acara Perniagaan di Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  Kerajaan Negeri akan terus menyokong Acara Perniagaan yang selari dengan hala tuju  ekonomi negeri, memperkukuh penglibatan serantau dan dialog pelaburan. 

“Kami akan memanfaatkan platform ini untuk memperluaskan kerjasama rentas  sempadan dan menghubungkan keupayaan serantau dengan rangkaian global. Seiring  perubahan jangkaan global, hala tuju Sabah kekal jelas dan berfokus. 

“Kami akan terus meningkatkan piawaian serta menyusun perkongsian dengan  memberi keutamaan kepada pelaksanaan dan penyampaian,” katanya ketika berucap  pada Forum Acara Perniagaan Antarabangsa ke-Tiga (BE di Sabah) 2026 di Pusat  Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk  Joniston Bangkuai. 

Beliau berkata Kerajaan Negeri mengiktiraf Acara Perniagaan sebagai pemacu penting  agenda ekonomi dan pembangunan Sabah, berperanan sebagai platform berfokus yang  merangsang pertumbuhan industri, memudah cara perbincangan pelaburan serta  menggalakkan penyertaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana,  golongan profesional dan bakat muda. 

“Keberhasilan seperti ini amat penting ketika kita mengejar pertumbuhan yang inklusif,  seimbang, realistik dan mampan,” katanya sambil menambah bahawa strategi  pembangunan Sabah berteraskan kestabilan, tadbir urus yang baik dan penciptaan nilai  jangka panjang. 

“Kita memahami bahawa keyakinan pelabur dan kepercayaan antarabangsa bukan  sekadar terhasil daripada pengumuman, tetapi melalui dasar yang konsisten, hala tuju  yang jelas dan pelaksanaan yang boleh dipercayai. Dalam konteks ini, Acara  Perniagaan bertindak sebagai jambatan strategik antara dasar dan pelaksanaan,  kepakaran global dan keupayaan tempatan serta penyampaian,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata platform seperti BE di Sabah menyediakan peluang  penting untuk penglibatan secara langsung dengan peneraju industri antarabangsa, di  samping meningkatkan keupayaan dan kecanggihan ekosistem tempatan negeri.

Hajiji berkata Sabah berada pada kedudukan strategik dalam ASEAN Timur, sebuah  sub-rantau yang dicirikan oleh kepentingan ekonomi bersama, kekuatan saling  melengkapi dan potensi kerjasama yang besar. 

“Kita komited terhadap penglibatan konstruktif dalam landskap serantau ini,  memperkukuh keterhubungan, memupuk perkongsian serta menyokong platform  berimpak yang menghasilkan hasil praktikal,” katanya. 

Beliau berkata penganjuran acara ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah  (SICC), sebuah kemudahan yang dibina khas dan berkeupayaan menganjurkan  perhimpunan berskala besar serta kompleks, mencerminkan komitmen negeri untuk  meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan, menambah baik penyelarasan institusi dan  memperkukuh keupayaan industri bagi memastikan setiap acara menampilkan  kecemerlangan dan profesionalisme. 

Biro Konvensyen Sabah (SCB), yang beroperasi di bawah Kementerian Pelancongan,  Kebudayaan dan Alam Sekitar, turut memperkukuh persekitaran pemudah cara ini  dengan bekerjasama rapat bersama industri bagi mewujudkan antara muka yang boleh  dipercayai untuk acara antarabangsa, katanya. 

“Kepada delegasi antarabangsa, Sabah bersedia, terkoordinasi dan bersiap siaga untuk  penglibatan. Kepada rakan tempatan dan serantau, forum ini mencerminkan  pendekatan Kerajaan Negeri yang berteraskan piawaian serta komitmen kami yang  tidak berbelah bahagi terhadap penyampaian,” katanya. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government will continue to support Business Events (BE) that are aligned with its  economic intent, enhancing regional engagement and investment dialogue. 

“We will leverage these platforms to expand cross-border collaboration and connect  regional capabilities to global networks. As global expectations evolve, Sabah's direction  remains clear and focused. 

“We will continue to enhance our standards and structure our partnerships with priority  on implementation and delivery,” he said at the Third International Business Events  Forum (BE in Sabah) 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) here  today. 

His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Joniston Bangkuai. 

He said the State Government recognizes Business Events as a crucial driver of Sabah’s  economic and development agenda, serving as purposeful platforms that foster industry  growth, facilitate investment discussions, and promote local participation, especially  among small and medium enterprises, professionals and young talent. 

“Such outcomes are vital as we pursue inclusive, balanced, realistic, and sustainable  growth,” he said, adding that Sabah's development strategy is grounded in stability, good  governance, and long-term value creation. 

“We understand that investor confidence and international trust stem not just from  announcements, but from consistent policies, clarity of direction, and reliable execution.  In this context, Business Events act as a strategic bridge between policy and  implementation, global expertise and local capability and delivery,” he said. 

To this end, he said platforms like BE in Sabah provide essential opportunities for direct  engagement with international industry leaders while enhancing the capacity and  sophistication of the state’s local ecosystem. 

Hajiji said Sabah is strategically positioned within East ASEAN, a subregion characterised by shared economic interests, complementary strengths, and significant  potential for cooperation.

“We are committed to constructive engagement in this regional landscape, enhancing  connectivity, fostering partnerships and supporting impactful platforms that yield  practical outcomes,” he said. 

Hajiji said the event is held at the Sabah International Convention Centre (SICC), a  purpose-built facility that can host complex, large-scale gatherings, reflecting the state’s  dedication to enhancing service readiness, improving institutional coordination, and  boosting industry capabilities to ensure every event exemplifies excellence and  professionalism. 

The Sabah Convention Bureau (SCB), operating under the Ministry of Tourism, Culture  and Environment, further strengthens this enabling environment, working closely with  industry to create a reliable interface for international events, he said. 

“To our international delegates, Sabah is prepared, coordinated, and ready for  engagement. To our local and regional partners, this forum reflects the State Government's standards-driven approach and our unwavering commitment to delivery,”  he said. 

Ends