KM: Sabah peruntuk RM2.3 juta perkukuh usaha pencegahan dadah (Dwibahasa)

BEAUFORT: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.3 juta tahun ini bagi memperkukuh usaha  pencegahan dadah menerusi peluasan Program TEKAD Sektor Awam dan pemerkasaan  SKUAD Antidadah, sebagai komitmen berterusan membendung ancaman penyalahgunaan  dadah di negeri ini. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata peruntukan berjumlah RM2.3 juta itu  diluluskan menerusi Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) bagi 2026, selain  pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah. 

Beliau berkata, pembangunan Sabah bukan sahaja diukur melalui pertumbuhan ekonomi dan  kemajuan infrastruktur, tetapi turut bergantung kepada kesejahteraan keluarga, keselamatan  komuniti dan masa depan generasi muda. 

"Ancaman dadah tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya bukan sahaja menjejaskan  kesihatan dan kehidupan individu, malah turut menggugat keharmonian keluarga, keselamatan  masyarakat serta produktiviti negeri. 

"Di sebalik setiap angka yang direkodkan, terdapat individu dan keluarga yang memerlukan  perhatian, bimbingan dan sokongan untuk membina kehidupan lebih baik," katanya ketika  merasmikan Program MADANI Kita 2026 dan Penutupan Festival Bagandang Beaufort di  Dataran Bagandang, di sini, hari ini. 

Hajiji berkata, berdasarkan statistik AADK sehingga Jun 2026, seramai 130,307 individu  direkodkan sebagai penagih dan penyalah guna dadah di seluruh negara, menurun 3.4 peratus  berbanding 134,916 individu bagi tempoh sama tahun lalu. 

Di Sabah, katanya seramai 5,269 individu direkodkan dengan penurunan sebanyak 0.02 peratus  berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Walaupun terdapat penurunan, kita tidak boleh  berasa selesa kerana ancaman dadah terus berkembang, khususnya membabitkan dadah  sintetik seperti Amphetamine-Type Stimulants (ATS), bahan psikoaktif baharu (NPS) dan opioid  sintetik seperti fentanyl," katanya. 

Beliau berkata, golongan belia berusia 19 hingga 39 tahun perlu diberikan perhatian serius  kerana mereka antara penggerak utama pembangunan negeri. Sekiranya golongan itu  terjerumus dalam penyalahgunaan dadah, kesannya bukan sahaja menjejaskan masa depan  mereka, malah turut merugikan keluarga, ekonomi dan masyarakat. 

Sehubungan itu, beliau berkata, tiga strategi utama perlu diberikan penekanan bagi memastikan  ancaman dadah dapat ditangani dengan lebih berkesan. 

Strategi pertama ialah memperkukuh keluarga dan komuniti sebagai benteng utama  pencegahan dadah, termasuk peranan ibu bapa memantau pergaulan, memahami perubahan  tingkah laku anak-anak serta membina komunikasi terbuka dalam keluarga. Pada masa sama, pemimpin masyarakat, persatuan belia dan sukarelawan perlu memperluas aktiviti positif bagi  membina jati diri serta melindungi golongan muda daripada pengaruh dadah. 

Hajiji berkata, usaha itu juga perlu menjangkau kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau pulau supaya faktor geografi tidak menjadi penghalang kepada akses pendidikan antidadah,  intervensi awal dan perkhidmatan kerajaan. 

Strategi kedua ialah mempertingkat penguatkuasaan serta kerjasama bersepadu antara agensi,  termasuk AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi  berkaitan menerusi perkongsian maklumat, risikan serta operasi bersepadu bagi membanteras  pengedaran dadah dan memutuskan rangkaian sindiket. 

Katanya, tindakan tegas terhadap pengedar dan sindiket perlu dilaksanakan seiring usaha  pencegahan dan intervensi awal bagi membendung bekalan dadah, mengurangkan permintaan  serta mencegah kes baharu. 

Strategi ketiga pula ialah memperluas akses kepada rawatan, pemulihan dan peluang pekerjaan  supaya individu yang berhadapan masalah penagihan dapat kembali berdikari serta menjalani  kehidupan produktif. 

"Kita perlu tegas terhadap kegiatan pengedaran dadah, namun pada masa sama memberikan  ruang kepada individu yang berusaha untuk pulih. Mereka tidak seharusnya terus dibebani  stigma sehingga sukar kembali kepada keluarga dan masyarakat. Sebaliknya, mereka perlu  dibimbing, diberikan peluang kedua dan dibantu untuk kembali menyumbang kepada  pembangunan negara," katanya. 

Menurutnya, antara inisiatif AADK Sabah yang dilaksanakan termasuk Program Kampung  Aspirasi Bebas Dadah (KABD), Program Komuniti MADANI FELDA Sejahtera, Jerayawara  SKUAD Antidadah Dua Roda, Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD), Moto Day 9.0 dan Ops  Cegah Khas, selain tindakan berfokus di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT). 

Hajiji berharap kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah, AADK,  agensi penguatkuasaan dan masyarakat dapat diterjemahkan kepada tindakan terselaras serta  berkesan hingga ke peringkat akar umbi. 

Beliau berkata, penganjuran semula festival itu dapat menghidupkan kembali suasana serta  tradisi kesenian Bagandang yang sinonim dengan masyarakat Beaufort, selain  memperkenalkannya kepada masyarakat seluruh Sabah, ia juga menjadi landasan  mempersiapkan daerah Beaufort menyambut Tahun Melawat Sabah 2027, selain memberi  impak ekonomi dan sosial kepada masyarakat menerusi peluang perniagaan kepada usahawan  tempatan melalui gerai jualan dan pasar tamu. 

Sempena majlis itu, Ketua Menteri turut menyerahkan 247 geran tanah berkeluasan  keseluruhan 889.21 ekar kepada penduduk kampung. Daripada jumlah itu, sebanyak 24 geran  adalah geran PANTAS melibatkan keluasan 77.51 ekar, manakala baki 223 geran lagi adalah  geran Tanah Anak Negeri (NT) biasa dengan keluasan 811.7 ekar. 

Tamat

 

BEAUFORT: The State Government has allocated RM2.3 million this year to strengthen drug  prevention efforts through the expansion of the Public Sector TEKAD Programme and the  empowerment of the Anti-Drug Squad (SKUAD Antidadah), reflecting its continued commitment  to combating drug abuse in Sabah. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor said the allocation of RM2.3 million was approved  through the 2026 Meeting on Action to Combat Drugs (MTMD), alongside various initiatives  implemented by the Sabah National Anti-Drugs Agency (AADK). 

He said Sabah's development was measured not only by economic growth and infrastructure  progress but also by the well-being of families, community safety and the future of the younger  generation. 

“The drug menace must not be taken lightly because its impact goes beyond affecting an  individual's health and life. It also threatens family harmony, community safety and the state's  productivity. 

“Behind every recorded statistic are individuals and families who need attention, guidance and  support to build better lives,” he said when officiating the MADANI Kita 2026 Programme and  the closing of the Beaufort Bagandang Festival at Dataran Bagandang here today. 

Hajiji said AADK statistics showed that 130,307 individuals nationwide were recorded as drug  addicts and abusers in the first half of 2026, a 3.4 per cent decrease from 134,916 in the  corresponding period last year. 

In Sabah, he said 5,269 individuals were recorded, representing a 0.02 per cent decrease  compared with the same period last year. Despite the decline, we cannot afford to be complacent  because the drug menace continues to evolve, particularly involving synthetic drugs such as  Amphetamine-Type Stimulants (ATS), New Psychoactive Substances (NPS) and synthetic  opioids such as fentanyl,” he said. 

He said serious attention must be given to young people aged between 19 and 39, as they were  among the main drivers of the state's development. If they became involved in drug abuse, the  consequences would not only jeopardise their future but also adversely affect their families, the  economy and society. 

In this regard, he said emphasis must be placed on three main strategies to ensure the drug  menace could be addressed more effectively. 

The first strategy is to strengthen families and communities as the primary line of defence against  drug abuse, including the role of parents in monitoring their children's social interactions,  recognising behavioural changes and fostering open communication within families.

At the same time, community leaders, youth associations and volunteers must expand positive  activities to build strong character and protect young people from the influence of drugs. 

Hajiji said these efforts must also reach rural, interior and island communities to ensure that  geographical factors would not hinder access to anti-drug education, early intervention and  government services. 

The second strategy is to enhance enforcement and integrated cooperation among agencies,  including AADK, the Royal Malaysia Police (PDRM), the Royal Malaysian Customs Department  and other relevant agencies, through information sharing, intelligence gathering and joint  operations to combat drug trafficking and dismantle syndicate networks. 

He said firm action against drug traffickers and syndicates must be carried out alongside  prevention and early intervention efforts to curb drug supply, reduce demand and prevent new  cases. 

The third strategy is to expand access to treatment, rehabilitation and employment opportunities  to enable individuals struggling with drug addiction to regain their independence and lead  productive lives. 

“We must be firm against drug trafficking activities, but at the same time, provide opportunities  for individuals who are striving to recover. They should not continue to be burdened by stigma  that makes it difficult for them to reintegrate into their families and society. Instead, they must be  guided, given a second chance and assisted in returning to contribute to national development,”  he said. 

Hajiji said initiatives implemented by AADK Sabah included the Drug-Free Aspiration Village  Programme (KABD), FELDA Sejahtera MADANI Community Programme, Two-Wheeled Anti Drug Squad Roadshow, Drug-Free Aspiration Tour (JABD), Moto Day 9.0 and Ops Cegah Khas,  as well as targeted actions in High-Risk Areas (KBT). 

He hoped that close cooperation between the Federal Government, Sabah State Government,  AADK, enforcement agencies and the community would translate into coordinated and effective  action down to the grassroots level. 

Hajiji also congratulated the organising committee for successfully reviving the Beaufort  Bagandang Arts Festival, which was last held in 2016. 

He said the revival of the festival would bring back the atmosphere and traditional Bagandang  arts synonymous with the Beaufort community, while introducing the cultural heritage to people  throughout Sabah. The festival also served as a platform to prepare Beaufort for Visit Sabah  Year 2027, while generating economic and social benefits for the community by providing  business opportunities for local entrepreneurs through sales stalls and traditional tamu markets. 

At the event, the Chief Minister also presented 247 land titles covering a total of 889.21 acres to  villagers. Of the total, 24 were PANTAS land titles covering 77.51 acres, while the remaining  223 were ordinary Native Title (NT) land titles covering 811.7 acres. 

Ends