KM: Belia pemandu ekonomi, agen perubahan Sabah (Dwibahasa)
TUARAN: Golongan belia bukan sekadar pemimpin masa depan, tetapi pemandu ekonomi dan agen perubahan utama yang diperlukan hari ini bagi menjayakan aspirasi pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata komitmen kerajaan negeri memperkasa belia akan diteruskan menerusi pelbagai bantuan, dana dan latihan kemahiran supaya anak muda bukan sahaja mencari pekerjaan, malah mampu mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.
Katanya, tumpuan strategik turut diberikan bagi memastikan golongan muda dilengkapi kemahiran tinggi, termasuk menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memenuhi kehendak industri masa hadapan.
“Kerajaan negeri meletakkan agenda pembangunan belia sebagai salah satu keutamaan kerana golongan ini bukan sekadar pemimpin masa hadapan, tetapi merupakan pemandu ekonomi dan agen perubahan utama yang kita perlukan hari ini untuk menjayakan aspirasi pelan pembangunan SMJ,” katanya ketika merasmikan Karnival Tamu Belia Tuaran 2026 di Padang Istiadat Pekan Tuaran, hari ini.
Hajiji berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM98.06 juta kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) bagi 2026, merangkumi dana pembangunan modal insan, geran persatuan belia, sektor sukan serta usahawan belia menerusi Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS).
"Selain itu, inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) turut diperuntukkan kepada golongan belia yang baharu mendirikan rumah tangga, manakala Pemikir Muda Ketua Menteri menyediakan platform bagi membolehkan belia Sabah terlibat secara langsung dalam proses penggubalan dasar serta polisi pembangunan negeri.
"Dewan Belia Sabah pula menjadi platform penyatuan dan perwakilan belia untuk membincangkan isu serta hala tuju anak muda menerusi format pelaksanaan baharu di bawah seliaan kementerian berkaitan", katanya.
Hajiji berkata, belia adalah aset penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan negeri, dengan Sabah mempunyai anak muda yang berbakat, kreatif, berkemahiran dan mempunyai semangat tinggi.
Katanya, dasar dan inisiatif kerajaan negeri perlu diterjemahkan melalui program yang benar benar menyentuh keperluan golongan belia.
Menyentuh penganjuran Karnival Tamu Belia Tuaran, beliau berkata, program itu membuktikan golongan belia bukan sekadar kumpulan yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan masyarakat dan negeri, malah rakan strategik kerajaan dalam memacu pembangunan ekonomi, sosial dan komuniti pada hari ini.
Beliau berkata, karnival itu menyediakan ruang kepada anak muda untuk berhimpun, berkongsi idea, mengetengahkan bakat, mengembangkan perniagaan serta membina jaringan kerjasama.
Katanya, tamu bukan sekadar tempat jual beli, sebaliknya sebahagian daripada khazanah kehidupan masyarakat Sabah yang menghubungkan peniaga, pengusaha kecil, petani, penggiat seni dan komuniti setempat.
“Apabila konsep tamu digabungkan dengan semangat dan kreativiti belia, kita dapat mewujudkan ruang yang lebih dinamik untuk aktiviti keusahawanan, kebudayaan, kesukanan, hiburan yang sihat serta perkongsian ilmu,” katanya.
Hajiji berharap karnival itu terus membuka peluang kepada belia memperkenalkan produk tempatan, mengetengahkan bakat seni dan budaya, menyertai pertandingan yang membina keyakinan diri serta menjalin hubungan antara komuniti.
Beliau berkata, aktiviti seumpama itu perlu menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan belia yang berdikari, berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh, selain menghasilkan usahawan baharu, kerjasama perniagaan, peluang pekerjaan, jaringan komuniti serta idea yang boleh dikembangkan pada masa depan.
Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus komited memperkukuh pembangunan negeri mengikut keutamaan, kemampuan sumber yang ada dan acuan tersendiri, sambil berharap anak muda Tuaran menjadi contoh kepada belia di daerah lain dari segi kreativiti, semangat kesukarelawanan, keusahawanan dan perpaduan masyarakat.
Katanya, kejayaan pembangunan belia turut bergantung kepada kesungguhan golongan itu sendiri, sokongan keluarga, komitmen komuniti dan kerjasama semua pihak.
Beliau berharap Karnival Tamu Belia Tuaran 2026 mencapai objektifnya, memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembangunan belia di daerah Tuaran serta seluruh Sabah.
Tamat
TUARAN: Young people are not merely future leaders but also economic drivers and key agents of change needed today to realise the aspirations of the Sabah Maju Jaya (SMJ) development plan.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government would continue its commitment to empowering youth through various forms of assistance, funding and skills training to enable them not only to seek employment but also to create job opportunities for others.
He said strategic emphasis would also be placed on ensuring that young people are equipped with high-level skills, including through Technical and Vocational Education and Training (TVET), to meet the demands of future industries.
“The State Government has made youth development one of its priorities because young people are not merely future leaders but also economic drivers and key agents of change we need today to realise the aspirations of the SMJ development plan,” he said when officiating at the Tuaran Youth Tamu Carnival 2026 at the Padang Istiadat here today.
Hajiji said the State Government had allocated RM98.06 million to the Ministry of Youth Development, Sports Advancement and Creative Economy (KBSK) for 2026, covering human capital development funds, grants for youth associations, the sports sector and youth entrepreneurs through the Sabah Youth Entrepreneur Success Scheme (SYABAS).
“In addition, the Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) initiative also provides housing assistance to young newlyweds, while the Chief Minister’s Young Thinkers initiative offers a platform for Sabah youth to participate directly in the formulation of state development policies.
“The Sabah Youth Assembly also serves as a platform for youth unity and representation to discuss issues and the direction of youth development through a new implementation format under the supervision of the relevant ministry,” he said.
Hajiji said young people were important assets in determining the direction and future of the state, adding that Sabah was blessed with talented, creative, skilled and highly motivated youth.
He said the State Government's policies and initiatives must be translated into programmes that genuinely address the needs of young people.
On the organisation of the Tuaran Youth Tamu Carnival, he said the programme demonstrated that young people were not merely the generation that would eventually inherit the leadership of society and the state, but also strategic partners of the government in driving economic, social and community development today.
He said the carnival provided a platform for young people to gather, exchange ideas, showcase their talents, expand their businesses and build collaborative networks.
He said the traditional tamu was more than just a marketplace, as it formed part of Sabah's rich community heritage, connecting traders, small entrepreneurs, farmers, artists and local communities.
“When we combine the tamu concept with the enthusiasm and creativity of young people, we can create a more dynamic space for entrepreneurship, cultural activities, sports, wholesome entertainment and knowledge sharing,” he said.
Hajiji hoped the carnival would continue to provide opportunities for young people to promote local products, showcase artistic and cultural talents, participate in competitions that build self-confidence and strengthen ties among communities.
He said such activities should form part of continuous efforts to nurture independent, disciplined and competitive youth with strong character and identity, while also producing new entrepreneurs, business collaborations, employment opportunities, community networks and ideas that could be further developed in the future.
Hajiji said the State Government would remain committed to strengthening Sabah's development according to its priorities, available resources and its own development approach.
He also expressed hope that young people in Tuaran would serve as an example to youth in other districts in terms of creativity, volunteerism, entrepreneurship and community unity.
He said the success of youth development also depended on the determination of young people themselves, family support, community commitment and cooperation from all parties.
He hoped the Tuaran Youth Tamu Carnival 2026 would achieve its objectives, benefit the community and serve as a catalyst for more youth development initiatives in Tuaran and throughout Sabah.
Ends