Prestasi Perbelanjaan Persekutuan meningkat pada Oktober tahun ini (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Prestasi perbelanjaan pembangunan Persekutuan di Sabah  meningkat kepada 71.78 peratus setakat 26 Oktober tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk  Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata, prestasi perbelanjaan pembangunan Persekutuan Sabah pada 10 Ogos,  2026 hanya berada pada paras 52.07 peratus. 

Pada masa yang sama, sebanyak 291 projek pembangunan berjaya disiapkan di Sabah  tahun ini, antaranya Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu dan Sekolah  Kebangsaan Buit Hill, Penampang. 

“Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya mampu untuk menjayakan pelaksanaan  sesebuah projek dan prestasi positif ini wajar diteruskan,” katanya ketika  mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah  di Menara Kinabalu hari ini. 

Sehubungan itu, Hajiji mahu semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana  mempergiat usaha bagi memastikan baki peruntukan pembangunan dapat  dimanfaatkan secara optimum sebelum berakhirnya tahun kewangan 2026. 

Katanya, perhatian khusus perlu diberikan kepada projek yang mempunyai baki  peruntukan besar atau berdepan kekangan pelaksanaan sehingga berisiko mengalami  kelewatan atau menjadi projek sakit. 

Beliau berkata, isu berkaitan kelulusan teknikal, pengambilan tanah, pengalihan utiliti,  perolehan dan pengurusan kontrak perlu dikenal pasti serta ditangani secara proaktif  melalui penyelarasan berkesan antara agensi terlibat. 

“Bagi isu rentas kementerian dan agensi, tindakan penyelesaian serta tempoh masa  yang jelas perlu ditetapkan dan dipantau sehingga selesai. 

“Saya ingin menegaskan bahawa setiap peruntukan pembangunan adalah amanah  yang mesti diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat. 

“Peruntukan yang diluluskan seharusnya menghasilkan kemudahan dan perubahan  yang dapat dirasai oleh rakyat Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji menyambut baik peruntukan RM18.7 bilion kepada Sabah  menerusi Belanjawan MADANI 2027 yang dibentangkan pada 9 Oktober lalu, meningkat  berbanding RM17.6 bilion tahun ini. 

Beliau berkata, peningkatan itu mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan  Persekutuan terhadap keperluan pembangunan Sabah, khususnya dalam  memperkukuh kemudahan infrastruktur asas dan kesejahteraan rakyat. 

Antara projek utama yang diberikan keutamaan ialah pelaksanaan Lebuhraya Pan  Borneo Sabah Fasa 1B selain usaha memperkukuh sistem bekalan elektrik menerusi  projek Sistem STATCOM di Dam Road dan Segaliud, Sandakan serta Talian  Penghantaran Southern Link di Sipitang. 

Katanya, peruntukan hampir RM1.3 bilion bagi menaik taraf 682 sekolah daif di Sabah  dan Sarawak juga merupakan langkah penting untuk meningkatkan kualiti persekitaran  pembelajaran serta menyediakan kemudahan pendidikan lebih baik kepada pelajar. 

“Saya mahu agar semua kementerian dan agensi berkaitan mengambil langkah  persediaan yang rapi bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut keutamaan  serta jadual yang ditetapkan,” katanya. 

Hajiji turut mengingatkan semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana supaya  menjadikan mesyuarat MTPNg sebagai platform untuk mencari penyelesaian terhadap  isu pelaksanaan projek, bukan sekadar membincangkan masalah yang dihadapi. 

“Kita perlu bergerak daripada sekadar membincangkan masalah kepada tindakan yang  lebih jelas. 

“Saya yakin melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan  Negeri serta komitmen seluruh jentera pelaksana, agenda pembangunan Sabah dapat  terus dipacu secara mampan dan inklusif, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya  2.0,” katanya. 

Beliau menegaskan bahawa kejayaan pembangunan negeri bukan hanya diukur  berdasarkan jumlah peruntukan atau bilangan projek dilaksanakan, tetapi sejauh mana  pembangunan itu mampu meningkatkan kualiti hidup dan menjamin kesejahteraan  rakyat di seluruh Sabah. 

Pada mesyuarat itu, Hajiji turut mengalu-alukan kehadiran Setiausaha Persekutuan  Sabah yang baharu, Datuk Zul Hadi Ahmad, dan berharap kerjasama erat antara  Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri terus diperkukuh bagi memastikan  agenda pembangunan Sabah dilaksanakan dengan berkesan. 

Ends

 

KOTA KINABALU: Federal development expenditure performance in Sabah has  increased to 71.78 per cent as of October 26 this year, said Chief Minister Datuk Seri  Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said that Sabah’s Federal development expenditure performance was only 52.07 per  cent as of August 10, 2026. 

At the same time, a total of 291 development projects have been completed in Sabah  this year, including Sekolah Menengah Sains Sabah in Kota Kinabalu and Sekolah  Kebangsaan Buit Hill in Penampang. 

“This demonstrates that we are capable of successfully implementing development  projects, and this positive performance should be sustained,” he said when chairing the  State Development Action Council (MTPNg) meeting at Menara Kinabalu here today. 

In this regard, Hajiji called on all ministries, departments and implementing agencies to  intensify efforts to ensure that the remaining development allocations were optimally  utilised before the end of the 2026 financial year. 

He said special attention should be given to projects with substantial unspent allocations  or those facing implementation constraints that could lead to delays or cause them to  become ailing projects. 

He said that issues related to technical approvals, land acquisition, utility relocation,  procurement, and contract management must be identified and proactively addressed  through effective coordination among the concerned agencies. 

“For issues involving multiple ministries and agencies, clear solutions and timelines must  be established and monitored until they are resolved. 

“I wish to emphasise that every development allocation is a responsibility entrusted to  us and must be translated into tangible benefits for the people. 

“Approved allocations should result in facilities and improvements that the people of  Sabah can feel,” he said. 

Meanwhile, Hajiji welcomed the RM18.7 billion allocation for Sabah under Budget  MADANI 2027, tabled on October 9, an increase from RM17.6 billion this year.

He said the increase reflected the Federal Government's continued commitment to  addressing Sabah's development needs, particularly by strengthening basic  infrastructure and improving people's well-being. 

Among the major projects given priority were the implementation of Phase 1B of the Pan  Borneo Highway in Sabah, as well as efforts to strengthen the electricity supply system  through the STATCOM System projects at Dam Road and Segaliud, Sandakan and the  Southern Link Transmission Line in Sipitang. 

He said the allocation of nearly RM1.3 billion to upgrade 682 dilapidated schools in  Sabah and Sarawak was also an important step toward improving the learning  environment and providing better educational facilities for students. 

“I want all relevant ministries and agencies to make thorough preparations to ensure that  every project is implemented according to the priorities and schedules set,” he said. 

Hajiji also reminded all ministries, departments and implementing agencies to use the  MTPNg meeting as a platform to find solutions to project implementation issues, rather  than merely discussing the problems encountered. 

“We must move beyond simply discussing problems towards taking clearer and more  concrete action. 

“I am confident that through close cooperation between the Federal and State  Governments, as well as the commitment of all implementing agencies, Sabah's  development agenda can continue to be driven sustainably and inclusively, in line with  the aspirations of Sabah Maju Jaya 2.0,” he said. 

He stressed that the state's development success should not be measured solely by the  amount of allocations or the number of projects implemented, but by how much  development improved the quality of life and ensured people's well-being throughout  Sabah. 

At the meeting, Hajiji also welcomed the newly appointed Sabah Federal Secretary,  Datuk Zul Hadi Ahmad, and expressed hope that the Federal and State Governments  would further strengthen close cooperation to ensure the effective implementation of  Sabah's development agenda. 

Ends