TPNS salur RM40 juta bantu 27,781 pelajar Sabah (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) menyalurkan RM40 juta  bantuan sejak dilancarkan pada 2 Jun 2022, memberi manfaat secara langsung kepada  27,781 pelajar di seluruh negeri. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata bagi tempoh Januari  hingga Ogos tahun ini sahaja, seramai 11,383 orang dari seluruh pelosok Sabah  menerima manfaat menerusi bantuan TPNS berjumlah RM15.89 juta. 

Beliau berkata, penubuhan TPNS berasaskan tema ‘Peluang Tajaan Untuk Semua’  terbukti menjadi satu instrumen penting dalam memperluas akses bantuan pendidikan  kepada rakyat. 

“Majlis ini penting kerana kita bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi kita sedang  membuka ruang dan peluang kepada anak-anak Sabah untuk terus belajar, mencapai  cita-cita dan membina masa depan. Inilah antara tanggungjawab besar Kerajaan Negeri  dalam membangunkan modal insan Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis  Penyampaian Bantuan TPNS dan Pelancaran Sistem TPNS Smart Application di  Menara Kinabalu, di sini, hari ini. 

Hajiji berkata, sesebuah negeri tidak akan dapat melangkah maju tanpa sistem  pendidikan yang kukuh dan berkualiti, kerana pembangunan negeri bukan hanya  mengenai pembinaan jalan, jambatan, bangunan dan infrastruktur. 

“Kita mesti melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran, berintegriti dan mampu  bersaing. Inilah pelaburan paling penting untuk masa depan Sabah,” katanya. 

Beliau berkata, komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan pendidikan turut  diterjemahkan menerusi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dengan peruntukan  RM155 juta tahun ini, yang memberi manfaat kepada ribuan pelajar di pelbagai  peringkat, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  (STEM). 

Katanya, peruntukan itu meningkat lebih tiga kali ganda berbanding RM50 juta pada  2020, manakala sepanjang 2021 hingga 2025, sebanyak 14 inisiatif berkaitan  pendidikan diperkenalkan, antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan  Ihsan Komputer (BAIK) dan bantuan tiket penerbangan kepada pelajar Sabah di  Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Mengenai bantuan yang disampaikan hari ini, Hajiji berkata seramai 362 penerima dari  sekitar daerah Kota Kinabalu menerima manfaat berjumlah RM6.79 juta. 

“Penyerahan bantuan pendidikan ini merupakan bukti nyata bahawa kerajaan tidak  pernah membiarkan mana-mana anak Sabah tercicir daripada mendapat peluang  pendidikan yang sewajarnya,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji berkata gelombang transformasi digital dalam  penyampaian perkhidmatan pendidikan negeri dimulakan menerusi pelancaran Portal  Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) pada 2 Julai 2024. 

Katanya, PTPS bertindak sebagai ‘single window platform’ yang menghimpunkan lima  agensi penaja dan pemberi bantuan pendidikan utama negeri dalam satu platform  bersepadu. 

“Memperkukuh momentum pemodenan ini, pada hari ini kita melangkah setapak lagi ke  hadapan menerusi Pelancaran Sistem TPNS Smart Application,” katanya. 

Beliau berkata, aplikasi mudah alih itu membolehkan permohonan bantuan TPNS  dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya, selain pemohon boleh menyemak status  permohonan secara masa nyata dengan proses lebih telus dan mesra pengguna. 

“Dengan kemudahan ini, proses permohonan diharap menjadi lebih mudah, cepat dan  teratur, khususnya bagi anak-anak Sabah di seluruh pelosok negeri, terutama mereka  yang berada di kawasan luar bandar,” katanya. 

Hajiji turut menyeru lebih banyak syarikat korporat tempatan dan antarabangsa yang  beroperasi serta meraih keuntungan di Sabah tampil melaksanakan Tanggungjawab  Sosial Korporat (CSR) menerusi sumbangan kepada TPNS. 

Beliau berkata, kerjasama kerajaan negeri, sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan  (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mampu membina ekosistem pendidikan  yang lebih kukuh untuk anak-anak Sabah. 

Hajiji turut menyifatkan ulang tahun ke-60 Kumpulan Yayasan Sabah tahun ini sebagai  pencapaian penting, dengan agensi itu memainkan peranan dalam memperkasa rakyat  dan memacu pembangunan negeri menerusi pendidikan, pembangunan modal insan,  ekonomi, sosial dan pemuliharaan alam sekitar. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: The Sabah State Education Fund (TPNS) has disbursed RM40  million in assistance since it was launched on 2 June 2022, directly benefiting 27,781  students throughout the State. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that from January to August  this year alone, 11,383 people from across Sabah benefited from TPNS assistance  amounting to RM15.89 million. 

He said the establishment of TPNS, based on the theme “Sponsorship Opportunities for  All”, had proven to be an important instrument in expanding access to educational  assistance for the people. 

“This event is important because we are not merely presenting assistance, but opening  up space and opportunities for Sabah’s children to continue their studies, achieve their  ambitions and build their future. This is among the major responsibilities of the State  Government in developing Sabah’s human capital,” he said at the TPNS Assistance  Presentation Ceremony and the launch of the TPNS Smart Application System at  Menara Kinabalu here today. 

Hajiji said a state would not be able to progress without a strong and quality education  system, as development was not merely about building roads, bridges, buildings and  infrastructure. 

“We must produce a generation that is knowledgeable, skilled, has integrity and is able  to compete. This is the most important investment for Sabah’s future,” he said. 

He said the State Government’s commitment to education development was also  reflected through the Sabah State Government Scholarship (BKNS), with an allocation  of RM155 million this year, benefiting thousands of students at various levels, particularly  in Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). 

He said the allocation had increased more than threefold compared with RM50 million  in 2020, while between 2021 and 2025, a total of 14 education-related initiatives were  introduced, including the Higher Education Institution Registration Cash Assistance  (BUDI), Computer Assistance Programme (BAIK) and flight ticket assistance for Sabah  students in Peninsular Malaysia, Sarawak and Labuan.

On the assistance presented today, Hajiji said 362 recipients from around the Kota  Kinabalu district received assistance amounting to RM6.79 million. 

“The presentation of this educational assistance is clear proof that the government has  never allowed any Sabah child to be left behind in obtaining the educational  opportunities they deserve,” he said. 

In a related development, Hajiji said the wave of digital transformation in the delivery of  the State’s education services began with the launch of the Sabah Education  Sponsorship Portal (PTPS) on 2 July 2024. 

He said PTPS serves as a “single-window platform” that brings together five of the  State’s main education sponsorship and assistance agencies on one integrated  platform. 

“To further strengthen this modernisation momentum, today we are taking another step  forward with the launch of the TPNS Smart Application System,” he said. 

He said the mobile application enables TPNS assistance applications to be made fully  online, while applicants can also check the status of their applications in real time  through a more transparent and user-friendly process. 

“With this facility, the application process is expected to become easier, faster and more  organised, particularly for Sabah’s children throughout the State, especially those in rural  areas,” he said. 

Hajiji also called on more local and international corporations operating and generating  profits in Sabah to come forward and fulfil their Corporate Social Responsibility (CSR)  by contributing to TPNS. 

He said cooperation between the State Government, private sector, government-linked  companies (GLCs) and non-governmental organisations (NGOs) could help build a  stronger education ecosystem for Sabah’s children. 

Hajiji also described the 60th anniversary of the Yayasan Sabah Group this year as a  significant milestone, with the agency playing an important role in empowering the  people and driving the State’s development through education, human capital  development, economic and social development, and environmental conservation. 

Ends