Sabah - jambatan penting perkukuh kerjasama Malaysia-China (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  Sabah berada pada kedudukan yang strategik untuk menjadi jambatan penting dalam  memperkukuh lagi kerjasama Malaysia–China. 

Beliau berkata hubungan Sabah dengan China merupakan bahagian penting dalam  kerjasama Malaysia–China yang lebih luas dan walaupun hubungan diplomatik rasmi  secara relatifnya masih baharu, hubungan antara Sabah dan China sebenarnya telah  terjalin sejak jauh lebih lama dalam sejarah. 

“Sejak berabad-abad lalu, laluan perdagangan maritim telah menghubungkan komuniti  pesisir Borneo dengan selatan China serta kawasan lain di Asia Tenggara. 

“Hubungan ini membolehkan pertukaran barangan, idea, budaya dan masyarakat,  sekali gus mewujudkan ikatan yang kekal bermakna sehingga hari ini,” katanya pada  Majlis Resepsi Sempena Ulang Tahun Ke-77 Penubuhan Republik Rakyat China di  Magellan Sutera Resort di sini malam ini. 

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri  Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

Beliau berkata Sabah menawarkan platform kukuh bagi penglibatan antara perusahaan,  institusi dan masyarakat China berikutan kedudukan geografinya yang strategik, potensi  ekonomi, kekayaan sumber semula jadi serta hubungan rakyat dengan rakyat yang  telah lama terjalin. 

“Perdagangan dan pelaburan kekal menjadi tonggak utama hubungan Sabah–China.  China merupakan antara rakan dagang terpenting Sabah dengan kerjasama  merangkumi komoditi, pertanian, perikanan, produk pembuatan, pelancongan dan  perkhidmatan. 

“Syarikat-syarikat China yang beroperasi di Sabah telah menyumbang kepada  pembangunan ekonomi, pewujudan peluang pekerjaan, pembangunan infrastruktur  serta hubungan perniagaan yang lebih kukuh,” katanya. 

Pada masa sama, beliau berkata Sabah menawarkan peluang pelaburan yang besar  kepada pelabur China dalam sektor pelancongan, tenaga boleh baharu, pertanian,  perikanan, logistik, perkhidmatan digital dan ekonomi biru.

Beliau berkata, antara lain terdapat juga peluang luas untuk Sabah dan China berkongsi  kepakaran dalam bidang pertanian, pemuliharaan marin, tenaga bersih, pertanian  pintar, dan akuakultur. 

“Dengan menyelaraskan kekuatan ekonomi Sabah dengan kepakaran, keupayaan  pelaburan dan kemampuan teknologi China, kita boleh mewujudkan hasil yang  bermakna serta memberi manfaat bersama,” katanya. 

Satu lagi bidang kerjasama penting ialah pelancongan yang diyakini Sabah boleh terus  dipertingkatkan melalui kesalinghubungan udara yang lebih kukuh, perluasan  pemasaran digital serta pembangunan produk ekopelancongan, pelancongan budaya  dan pelancongan pengembaraan, katanya. 

Ketua Menteri berkata selain kerjasama ekonomi, pendidikan, budaya dan pertukaran  rakyat dengan rakyat, terdapat potensi besar untuk memperluas kerjasama melalui  perkongsian antara universiti, pertukaran pelajar, program bahasa, kerjasama  penyelidikan, biasiswa, persembahan kebudayaan, aktiviti belia serta kerjasama dalam  bidang sains dan teknologi. 

“Pertukaran ini amat penting kerana ia memperdalam persefahaman bersama dan  memupuk persahabatan dalam kalangan generasi akan datang. 

“Ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar hubungan dua hala bukan sahaja  terletak pada perdagangan dan pelaburan, tetapi juga pada hubungan antara rakyat  kedua-dua negara,” katanya. 

Melangkah ke hadapan, Hajiji berkata Sabah kekal komited untuk menyokong hubungan  kukuh dan konstruktif antara Malaysia dengan China, sambil meneruskan keutamaan  negeri di bawah agenda pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0. 

“Sabah bersedia dan berhasrat untuk menjadi platform penting bagi kerjasama  Malaysia–China,” katanya. 

Tamat

 

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah  is well positioned to serve as an important bridge for deeper Malaysia–China  cooperation. 

He said Sabah’s relationship with China is an important part of a broader Malaysia – China partnership and while formal diplomatic relations are relatively recent, the ties  between Sabah and China extend much further into history. 

“For centuries, maritime trade routes connected the coastal communities of Borneo with  southern China and other parts of Southeast Asia. 

“These connections enabled the exchange of goods, ideas, cultures, and people,  creating bonds that remain meaningful to this day,” he said at the 77th Anniversary of  the Founding of the People’s Republic of China reception at the Magellan Sutera Resort  here tonight. 

Deputy Chief Minister I, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam delivered the Chief  Minister's speech. 

He said Sabah offers a strong platform for engagement between Chinese enterprises,  institutions and communities with its strategic geographical location, economic potential,  rich natural resources and long-standing people-to-people links. 

“Trade and investment remain central pillars of Sabah–China relations. China is one of  Sabah’s most important trading partners, with cooperation encompassing commodities,  agriculture, fisheries, manufactured products, tourism and services. 

“Chinese companies operating in Sabah have contributed to economic development,  employment creation, infrastructure development and stronger business linkages,” he  said. 

At the same time, he said Sabah offers significant opportunities for Chinese investment  in tourism, renewable energy, agriculture, fisheries, logistics, digital services and the  blue economy. 

He also said there is ample opportunity for Sabah and China to share expertise in  agriculture, marine conservation, clean energy, smart farming and aquaculture, among  others. 

“By aligning Sabah’s economic strengths with China’s expertise, investment capacity,  and technological capabilities, we can create meaningful and mutually beneficial  outcomes,” he said. 

Another important area of cooperation is tourism, which Sabah is confident could be  further boosted through stronger air connectivity, expanded digital marketing, and the  development of eco-tourism, cultural tourism as well as adventure tourism products, he  said. 

The Chief Minister said that beyond economic cooperation, education, culture and  people-to-people exchanges, there is considerable potential to expand cooperation  through university partnerships, student exchanges, language programmes, research  cooperation, scholarships, cultural performances, youth activities, and cooperation in  science and technology. 

“These exchanges are particularly important because they deepen mutual  understanding and foster friendships among future generations. 

“They remind us that the true strength of bilateral relations lies not only in trade and  investment, but also in the connections between our peoples,” he said. 

Looking forward, Hajiji said Sabah remained committed to supporting Malaysia’s strong  and constructive relationship with China, while advancing the state’s own priorities under  the Sabah Maju Jaya 2.0 development agenda. 

“Sabah is ready and keen to serve as an important platform for Malaysia–China  cooperation,” he said. 

Ends