KKIS beri peluang pelajar sekolah tahfiz, pondok belajar kemahiran (Dwibahasa)

KOTA MARUDU: Kolej Kemahiran Islam Sabah (KKIS) di Pusat Pusat Latihan Dakwah  USIA – AlBukhary, Kampung Marasinsim, di sini, menjadi satu lagi landskap pendidikan  baharu dalam latihan kemahiran di negeri ini. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata penubuhan kolej ini  juga adalah satu usaha yang amat baik, tepat pada masanya dan relevan dengan  keperluan semasa. 

“Sudah pasti kolej ini memberi peluang kepada ramai anak-anak daripada institusi  pondok, tahfiz dan pendidikan Islam di Sabah, meneruskan pengajian mereka dalam  bidang kemahiran. Pelajar-pelajar tahfiz ini sudah mempunyai asas agama, hafazan  dan nilai akhlak yang baik.  

“Namun, dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar, mereka juga perlu diberikan  kemahiran teknikal supaya mempunyai peluang pendidikan dan kerjaya yang lebih luas.  Kita mahu menggabungkan ilmu Islam dengan kemahiran teknikal dan vokasional, agar  lepasan pondok dan tahfiz bukan sahaja mempunyai ilmu agama, tetapi juga  mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan.  

“Kita mahu anak-anak Sabah, termasuk lepasan pondok dan tahfiz, mempunyai laluan  pendidikan dan kemahiran yang jelas serta mampu menyesuaikan diri dengan  perkembangan teknologi, khususnya dalam menghadapi cabaran masa depan seperti  Kecerdasan Buatan atau AI,” katanya pada Majlis Perasmian Kolej Kemahiran Islam  Sabah atau KKIS, di Pusat Latihan Dakwah USIA – AlBukhary, Kampung Marasinsim,  di sini pada Selasa. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan  Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif. 

Dalam pada itu Ketua Menteri mahu kerjasama strategik Pertubuhan Islam Seluruh  Sabah (USIA) dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan atau IKDAR akan terus  diperkukuhkan. 

“Ini bagi memastikan KKIS dapat berkembang sebagai sebuah institusi kemahiran Islam  yang berkualiti dan berdaya saing. Kita amat menghargai perkongsian kepakaran,  teknologi, pengalaman serta jaringan pendidikan yang dibawa oleh IKDAR dalam  pembangunan KKIS. 

“Sudah pasti tindakan ini memberikan nilai tambah kemahiran supaya golongan muda  Islam bukan sahaja mantap ilmu agama, malah berdaya saing di pasaran kerja.  Kerajaan negeri akan menyokong USIA dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain  bagi melaksanakan usaha yang baik untuk kepentingan rakyat. 

“Saya berharap KKIS terus memperluaskan program kemahiran, memperkukuh  kerjasama industri serta mememperkasa penguasaan AI dan teknologi digital, agar lahir  graduan yang kukuh nilai agamanya, tinggi kemahirannya dan bersedia menghadapi  masa hadapan.” katanya. 

“Hari ini, kita dapat menyaksikan sendiri hasil daripada komitmen itu apabila bangunan  ini telah dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diberikan nafas baharu melalui  penubuhan KKIS. Saya berharap kolej ini terus menjadi pusat pendidikan,  pembangunan modal insan dan pemerkasaan ummah di Sabah,” katanya. 

Tamat

 

 

KOTA MARUDU: The Kolej Kemahiran Islam Sabah (KKIS) at the USIA - AlBukhary  Dakwah Training Centre in Kampung Marasinsim here has become a new education  landscape in skills training in the state. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the establishment of the  college was a commendable initiative that was timely and relevant to current needs. 

“This college will certainly provide opportunities for many students from pondok  institutions, tahfiz schools and Islamic educational institutions in Sabah to further their  studies in skills-based fields. These tahfiz students already have a strong foundation in  religion, Quranic memorisation and good moral values. 

“However, in an increasingly challenging job market, they must also be equipped with  technical skills so that they have broader education and career opportunities. We want  to combine Islamic knowledge with technical and vocational skills so that graduates of  pondok and tahfiz institutions not only possess religious knowledge, but also the skills  required by industries and the job market. 

“We want Sabah’s children, including graduates of pondok and tahfiz institutions, to have  clear education and skills pathways and be able to adapt to technological developments,  particularly in facing future challenges such as Artificial Intelligence or AI,” he said at the  official opening of KKIS, at the USIA - AlBukhary Dakwah Training Centre in Kampung  Marasinsim here on Tuesday. 

His speech was delivered by Sabah Local Government and Housing Minister Datuk Dr  Haji Mohd Arifin Mohd Arif. 

Meanwhile, the Chief Minister wants the strategic collaboration between the United  Sabah Islamic Association (USIA) and Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR)  to be further strengthened. 

“This is to ensure that KKIS can grow as a quality and competitive Islamic skills  institution. We greatly appreciate the sharing of expertise, technology, experience and  educational networks brought by IKDAR in the development of KKIS. 

“This will certainly add value to the skills of Muslim youths so that they are not only well grounded in religious knowledge but are also competitive in the job market. The State 

Government will support USIA and other non-governmental organisations (NGOs) in  implementing good initiatives for the benefit of the people. 

“I hope KKIS will continue to expand its skills programmes, strengthen industry  collaboration and enhance mastery of AI and digital technology so that it can produce  graduates who are strong in religious values, highly skilled and ready to face the future,”  he said. 

“Today, we can see for ourselves the results of that commitment, with this building now  being put to good use and given a new lease of life through the establishment of KKIS.  I hope this college will continue to serve as a centre for education, human capital  development and the empowerment of the Muslim community in Sabah,” he said. 

Ends